Sunday, December 25, 2011

2011 - Suatu Cabaran


Mentang2 next year EURO, semangat terlebih lak aku...:p

2011..sejujurnya memang suatu cabaran untuk aku..buat pertama kali aku rasa aku belajar mengenai apa itu kehidupan..lambat giler kematangan aku..tinggal beberapa hari sahaja lagi tirai 2011 akan dilabuhkan..terlalu banyak peristiwa, cerita, masalah menjengah dalam kehidupan aku pada tahun ni...

Dari Januari sampai Disember ni, this is my story cannot story everything..Mungkin siapa yang selalu baca blog ni dan rajin, belek balik lah entry2 aku yang lepas tu..You guys will get a hint what really happen to me for this year..

Marah..menyumpah..memuji...stress..bersyukur..kesedihan..
Itu antara sifat2 aku sepanjang tahun ni..seriously, banyak yang mazmumah dari yang mahmudah well done afif..
Ramai juga yang menegur aku..well,nak buat macam mana..Muhammad Afif ni seorang yang x makan saman..:p
tapi aku harus berubah..sampai bila aku harus begini..I'm just getting more hate rather than love if I continue to stay on this kind of attitude..Allah pun ada cakap Dia xkan mengubah sesuatu kaum tu melainkan kaum tersebut sendiri yang mahu berubah..Biar perlahan,asalkan sampai ke destinasi perubahan yang aku idamkan..InsyaAllah, He will always be on my side..pedulikan mulut2 jahat yang x habis2 buat aku nak mengamuk je memanjang...

2011 juga antara tahun aku dikurniakan dengan orang2 yang cukup membantu aku ketika aku dalam kesusahan..aku cukup bersyukur kepada-Mu kerna mengurniakan aku dengan mereka2 yang cukup menyayangi aku..
ketika aku stress kesorangan..ketika aku menangis sendirian, ketika aku kehilangan hala tuju..mereka2 ini muncul dan berada di samping aku, membantu aku untuk kuat, tabah dan bangkit menghadapi cabaran2 tersebut..Terima kasih awak2 semua...:)

2011 juga kehilangan beberapa2 orang yang amat aku sayangi..dan paling menyedihkan mereka pergi ketika aku berada di tempat lain..Ya Allah..ampunkan aku Ya Allah..:(..Kehilangan mereka amat memberi kesan kepada aku..yang pasti, ajal maut itu ditangan Allah..bila2 masa sahaja suis aku ni akan di switch off kan..Aku kena bersedia bila2 masa sahaja yang Malaikat Izrail akan menjemput aku...

Secara konklusinya, 2011 mengajar aku untuk lebih matang..x payah nak emo2 dah walaupun ada je nak buat aku menyumpah seranah..Sesungguhnya yang baik2 sepanjang 2011 ni hanya dari Allah..yang buruk sesungguhnya daripada aku yang sentiasa lemah ni..May 2012 give another great experience for me..Ameen...:)

p/s: aim 2012 yang paling besar nak cari bakal isteri..boleh x??

Sunday, December 18, 2011

Saya tampar awak..Saya ludah awak...


Rasanya ramai dah tengok video ni..Perghhh..marah dowh jurucakap Pemuda Umno Petaling Jaya Utara ni..Ye lah..Gambar DSN di turunkan..hina betul yek bagi diorang muka pemimpin diorang diperlakukan sedemikian...serious x faham..

Aku ni boleh dikategorikan seorang pemerhati politik yang neutral..mana yang bengong,aku kutuk..x kisah lah UMNO,PAS,PKR,DAP,MCA dan banyak lagi..tapi bagi aku,video ni sangat bengong dan menunjukkan kedangkalan mereka2 di dalam video ni..

Kenapa dangkal??satu, lepas maki hamun sebut Allahu Akbar...diorang sangat bagus apa lepas mencerca, sebut lafaz mulia tu.kira hapus dosa ke apa...ingat ni macam belajar sains ke apa..kutub utara pasti bercantum dgn kutub selatan...Yes, tindakan mahasiswa2 tersebut berlandaskan emosi tapi it's just a picture..bukan perkara besar pun..kita ni manusia, bukan Rasul..x maksum..banyak buat dosa..jadi,nak turun gambar siapa2 pun bukan dosa besar...

yang keduanya, PM sendiri x bising pasal ni..yang diorang terlebih ni kenapa...nak mengampu yaa abang..mentang2 lah PRU 13 nak dekat dah..pelbagai lagak2 mengampu yang bebal nak mampus dipertontonkan...aku boleh terima kalau PM dah bersuara..Kalau pakcik2 nak mengamuk 1Malaysia pun xpe..:p..Bagi aku,kalau PM senyap ni tanda dia x mahu isu ni diperbesarkan..kiranya benda kecil pakcik wei...:p

yang ketiganya, kenyataan jurucakap dalam video ni sangat dangkal..nak tampar..nak ludah..diorang siapa ada hak buat macam tu..mahasiswa2 tersebut ada parents..diorang ada university yang boleh menghukum diorang..pakcik jangan sibuk sangat boleh..apa perasaan parents mahasiswa yang pakcik nak tampar dan ludah ni..I bet you are a parent too and now what kind of feeling if someone curses your son or daughter..Confirm bengang kan..Cuba bayangkan anak2 pakcik dihina seperti pakcik hina diorang..mesti diorang rasa terhina kan..:p..Pakcik x fikir ke masa buat recording video ni kesan kepada keluarga pakcik..Saya peduli apa kesan kepada pakcik, saya cuma kesian dekat keluarga dan saudara mara pakcik..:)

Sesungguhnya, sila buang gelaran panglima perang tu..Bila si bebal CSL hina hudud, kenapa x hentam dia..adakah dia kawan anda..tapi bila si Karpal hina hudud, kaw2 punya statement..banyak lagi perkara yang lagi bagus untuk pakcik2 ludah dan tampar...Janganlah kerana marahkan nyamuk, dibakarnya satu kelambu entah betul ke x peribahasa aku ni..Sekian

Saya x suka tampar awak..Saya xnak ludah awak

Hidup ini bagaikan roda (cewaaahhh)


Warna-warni betul batang2 kat roda ni...macam kehidupan kita gak kan..:)...Assalamualaikum

Tiba2 je rasa nak menulis pasal roda ni..kenapa??sebab lepas tengok drama Emang Manang berlakon tadi kat Astro Oasis nikmat duduk rumah...drama ni dah berapa kali dah rewind, aku je malas tengok..Melihat jalan cerita drama tersebut sangat menyentuh hati aku..Kisah lakonan Emang Manang yang pada mulanya seorang yang berjaya dan kemudian menjadi orang gelandangan..saat perubahan kehidupan beliau, beliau kehilangan keluarga tercinta, dia kehilangan kerjaya dia dan dia kehilangan kepercayaan masyarakat..dia x menjadi gila apabila dia kehilangan semua tu..dia cuma menjadi orang gelandangan yang berjalan-jalan di sekitar Key Ell tu..dan bermulalah perbandingan perbezaan kehidupan beliau ketika beliau menjadi manusia yang berjaya dan manusia gelandangan...

Bagi aku untuk menceritakan jalan cerita drama ni sepenuhnya, memang x r kan..sila download sendiri...haha..tapi banyak benda yang aku pelajari daripada cerita ni..kita hidup di dunia ni memang xkan sempurna..pasti ada masa kita akan jatuh..Janganlah kita ingat kita ni bijak je memanjang..ada masa gak kita bodoh memanjang, cuma xnak akui je...:p

Justin Timberbalik ada cakap what goes around comes around..It's mean that our life is really like a wheel pandai juga budak NSYNC...sekejap di atas..sekejap di bawah..Ingat, kesenangan ketika berada di atas sebenarnya suatu ujian yang Allah kasi untuk kita sedar yang kita ni jenis pandai ucap Alhamdulillah ke x..kalau x,bila2 masa je Allah boleh turn over the wheel..fahimtu??

Bila kita lihat pusingan roda tu, kita pasti sentiasa nak duduk kat atas kan..ye lah, hina kot duduk bawah for certain people..dan bila dikatakan duduk atas, pasti ia mengenai nikmat..Nikmat Allah di dunia ni sangat banyak..antaranya,time aku tengah taip entry ni antara nikmat Allah lah ni..aku masih boleh menggerakkan jari untuk menaip dan melihat skrin untuk memperbaiki isi kandungan entry aku..tetapi kalau aku x reti bersyukur, siap siaga lah aku untuk kehilangannya...

Indeed, what goes around comes around but that around we could stop it for a while if we learn to say Allhamdulillah in each our action..:)..

ALHAMDULILLAH

Friday, December 16, 2011

Biar Lambat Asalkan Selamat


Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,

kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal 

yang akan merosak Izzah dan Iffahmu .. baru tau makna Izzah dan Iffah ni..:)

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH S.W.T 

pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?

yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah...

Monday, December 12, 2011

Janganlah kedekut sangat


Assalamualaikum..A+...Impian semua orang kalau suasana final examination tiba2 je mengetuk minda, hati dan badan setiap para pelajar..Itu yang bakal dialami budak2 UIA sebab tinggal kurang 2 more weeks, final examination will come..Time ni, siapa2 yang selama ni malas nak pergi kelas, pergi tutorial, assignment pun hantar last2 minit akan berubah 360 darjah semata-mata nak memastikan x fail untuk setiap subjek yang diambil semester ni...

Well, that's life..Bukan semua orang rajin macam aku ni puji diri nampak...Time dekat2 nak exam ni lah, ramai akan mencari golongan bijak pandai untuk menerangkan dan menanyakan apa2 points, facts, cases berkaitan sesuatu subjek...Di sini, kita boleh lihat sama ada golongan bijak pandai tu jenis pemurah ilmu atau kedekut ilmu...:)..

Ilmu adalah sesuatu perkara yang bagi aku patut dikongsikan..bukan simpan dan buat peram..Ingat petai jeruk ke apa...Aku bukanlah nak cakap aku ni pandai yang orang selalu rujuk..Kalau aku pandai, dah lama aku jadi DL tiap2 sem..ada gak part yang aku bodoh tahap langit petala kelapan...Aku cuma x faham sangat orang yang kedekut ilmu ni..Ada 2 jenis orang yang akan datang bertanya ketika fina examination datang menjengah..ada yang datang bertanya tu datang dengan ilmu yang kosong, tanpa sebarang persediaan langsung..dan ada yang datang bertanya memang dah ada ilmu pasal sesuatu topik tapi mungkin dia perlukan penjelasan yang lebih lanjut lagi..Aku pernah melihat hamba Allah ni yang didatangi dengan dua jenis orang ni...dan aku terkejut dia buat bodoh dan siap halau jenis orang yang pertama...Dia cuma layan jenis orang yang kedua je..What the heck man!!!

Katakan aku jumud tapi bagi aku, ilmu yang kita tau tu xkan hilang punya kalau ajar orang bodoh...Ingat, kita pun BODOH masa awal2 masuk sem..x payah berlagak yang kau dah tau principles dalam setiap subjek yang kau ambil awal semester..Apa masalahnya kalau ajar jenis orang yang pertama..Orang Terengganu cakap "dop degih lasung"..Well, memang salah orang tersebut x belajar awal2..x faham awal2...tapi bagi aku itu bukan satu masalah besar...Kita boleh ajar dia dari awal juga..kalau lectures kita boleh layan kita dengan melayan pertanyaan kita mengenai topik awal sem ketika nak habis sem dah ni, kenapa kita yang cuma students je x boleh tolong kawan sendiri yang merupakan seorang pelajar macam kita juga..ditujukan kepada dir sendiri dan lecturer yang terlibat..haha..Sebab itulah orang putih buat term 'consultation'..tiba2 je

Mungkin kita akan cakap aku nak study juga..Kalau aku ajar kau, bila masa aku nak cover topics yang aku belum cover...Ingat, Nabi sendiri pernah cakap sesiapa yang mengajarkan sesuatu kepada orang lain dengan niat kerana Allah, dia akan mendapat keberkatan daripada 2x ganda daripada Allah terutamanya ilmu yang diajar...See, besar tu pahala dapat..Ingat, purpose of examination bukan sekadar nak berjaya di dunia ni tapi di akhirat nanti...X payahlah kedekut sangat...Even just for a simple question, bukakanlah hati untuk menolong mereka...Kalau kita xtau pasal topics tu, bagitau je xtau..X payah nak berlagak ajar gak..Kan x pasal2 makin bengong orang yang bertanya tu...

Stress menjelang final exam itu perkara biasa..nak hafal tu..nak hafal ni..sampai orang bertanya x faham soalan pun stress..tapi fikirlah positive time orang datang tanya tu..Kita jadikan soalan2 yang dia tanya sebagai tempat kita meluahkan stress kita..Kita cerita semua benda yang kita tau pasal soalan yang ditanyakan tu..Ingat, kita stress sebab kita hafal banyak sangat before exam dan xtau nak luahkan kat mana segala rumus2 tu..jadi,ambilah kesempatan dengan menjadikan soalan2 yang ditanya sebagai tempat membuang stress..Serious menjadi..Korang boleh cuba...:)..

Ingat kalau yang bertanya tu berjaya, kita berkongsi kegembiraan mereka sebab dengan ilmu yang kita ada, dia pun boleh berjaya..Korang x suka ke ilmu yang korang ada tu berjaya menggembirakan mereka..Lantaklah mereka ucap terima kasih ke x, yang penting korang berjaya buktikan perkongsian ilmu sangat menguntungkan daripada membawa sebarang kerugian..

Konklusinya, ilmu tu luas..xkan hilang punya kalau kita kongsikannya kepada orang lain..Allah pasti mengaturkan perjalanan yang lebih indah dan sempurna bagi mereka yang sudi berkongsi ilmu...May Allah bless all of you..Good luck for this coming final examination...Wat molek2 boh...:)

p/s: comel je Vierra yang nyanyi lagu Semua Tentangmu...:D

Saturday, December 10, 2011

Counselling Session (Satu Peluang)

Assalamualaikum...

Wednesday, 7/12/2011, 2.30 p.m, buat pertama kali dalam hidup aku, I was attending a counselling session for the purpose of my counselling assignment..Amazing giler..Muhammad Afif met someone who was a stranger and professional one and told everything about my life...haha..Dengan kawan, keluarga yang cukup rapat dengan aku pun aku x cerita..

Mula2 aku agak reluctant untuk buat benda ni sebab ini sangat bukan nature aku..attitude bangang aku yang mengatakan my problem is my problem, why I need to bother people to hear and solve it selalu aku pegang menyebabkan aku lebih suka pendam rather than share it to someone sebab tu kerja nak emo je memanjang..Pengalaman menghadiri sesi kaunseling ni bersama counselor Bro WMA sangat lancar, best dan menyenangkan hati..It is really a good feeling for me...

Bro WMA sangat memahami apa yang aku rasa..sampai dia boleh detect yang badan aku dah berada di tahap penat, letih dan stress melampau..well done afif..dia sampai memberi warning yang situasi aku ni boleh membawa kepada depression which is tahap teruk untuk stress..padan muka kau afif...Well, when he told so, aku rasa tindakan aku untuk stop from joining any program starting next semester is a good decision..Aku dah terlalu memberi fokus kepada program2 yang aku sertai..nak buat macam mana, itu je aku pandai..nak bersukan hampeh..:D..Bila aku datang Aikol je, office mesti call...datang je Aikol, office call...I'm getting fed-up with it..seriously..Diri aku bukan untuk ini semua dah..sampai bila aku harus tersekat di dalam satu suasana sahaja...masih banyak lagi peluang yang aku harus ambil di luar Aikol tu..tambah2 peluang belajar agama..begitu banyak kuliah2 agama yang sering dianjurkan di luar Aikol tapi aku x pergi..alasannnya disebabkan penat...

Sesi kaunseling ni sangat memberi aku satu perspective baru terhadap kehidupan aku ni...Aku harus memberi ruang kepada diri aku untuk belajar perkara lain..x kisah benda laro atau bagus...hahaha..janganlah terlalu memikirkan sesuatu yang x patut..I should know how to appreciate this life..Life is only once in this world..If Allah dah kasi order your time is up, memang x dapat nak buat apa lagi..Dan InsyaAllah, aku memang ke arah perubahan tu..

Terima kasih Bro WMA..nanti next time saya pergi lagi ke Counselling Service tu..haha...Terima kasih juga kepada sesiapa yang pernah menjadi tempat aku menjadikan sesi kaunseling secara x bertauliah..I do appreciate it...Aku beruntung dikelilingi orang2 yang sanggup bertanyakan keadaan aku ok ke x even aku buat diam je..Sesungguhnya Allah sahaja mampu membalas jasa2 kalian...

*Satu Peluang*

Tuesday, December 6, 2011

Kepenatan

Assalamualaikum...Dah lama x menulis..apa khabar semua pembaca blog2 aku...bajet famous..Dah lama x post entry baru..last post time cuti mid break dulu...Terlalu banyak kerja, assignments, tests serious teruk result aku sekarang dan terlalu banyak masalah lagi...haha..tetapi macam biasa, sila berlakon afif..cukuplah aku menyusahkan orang...macam biasa...let me handle it by myself...:)

Kepenatan...ini lah semester aku yang paling penat..too much things come and knock into my life...penat..penat..penat..Itu je aku nak bagitau...Aku nak cerita kepenatan aku ni dekat orang lain memang x lah..memang ajaib kalau aku cerita kat orang..huhu...

Sekarang, aku lebih ke arah mencari kedamaian Ilahi..itu kawan aku..tempat aku meluahkan kepenatan aku..best wei cari si Dia..Bila aku lebih ingat Dia dengan membaca kitab-Nya, berzikir kepada-Nya, hati aku tenang...penat aku hilang..migraine aku xde..Ajaib dan powernya Allah...Tuhan yang Esa..tiada tolak bandingan...

Terima kasih Allah kerana menyedarkan aku sekarang...aku cukup takut aku akan menemui-Mu tanpa diberi peluang merasai nikmat sebenar hidup di dunia ini..Biarlah aku kepenatan tapi aku tau Engkau ada disisi aku, menemani aku ketika aku dalam kesusahan..
Sesungguhnya Engkau Pencipta yang sempurna dalam segala-galanya...

Thursday, November 10, 2011

Hati dan Batu...

Assalamualaikum..entry kali ni pasal hati..hati lagi??Apa kena dengan aku ni..asyik2 pasal hati..nampak sangat hati aku ni tengah x tenang dan hitam nak mati..Well, nak buat macam mana, hati aku ni bukan macam hati Rasulullah s.a.w yang 2x dicucikan oleh Malaikat dengan air zam-zam..:)

Kali ni aku nak cerita pasal hati dan batu..aku terdetik benda ni bila dengar pasal ni dekat radio IKIM..perghh aku dengar IKIM tu..aku x pasti the exact topic si deejay dengan tetamu dia bincang tapi ada kaitan pasal hati dan batu..Aku sebelum tu tengah dengar Hitz.fm tapi sebab time tu lagu x best, aku tukar lah channel..tup tup, sampai siaran 100.2 fm di Terengganu hehe aku dengar perbincangan mengenai hati ini sampai habis dan banyak benda bagus yang aku dapat daripada perbincangan ni...

Allah S.W.T ada berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 74 yang bermaksud;
" Then after that your hearts were hardened and becomes as stones or even worse in hardness. And indeed there are stones out of which rivers gust forth, and indeed, there are them (stones) which split asunder so that water flows from them, and indeed, there are of them (stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do. "
Firman Allah dalam ayat di atas menggambarkan mengenai kekuasaan Allah mengubah hati seseorang yang terlalu keras sehingga digambarkan kekerasan tu seperti kerasnya batu atau lebih daripada itu..Perghhh..serious hebat kuasa Allah...

Bagi aku, isu hati keras macam batu ini adalah fitrah kehidupan..Bukan semua orang berhati lembut..Macam aku, aku ni boleh dikategorikan hati keras dan xde perasaan..Seperti yang mana kita tahu, setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih, tanpa sebarang corak..Corak kita ditentukan oleh ibu bapa kita dan bila kita meningkat dewasa, corak itu ditentukan oleh kita pula..Semestinya, corak yang ditentukan oleh ibu bapa confirm yang terbaik punya..Diorang ajar solat, hormat orang tua, belajar baik2 dan sebagainya..Aku pasti hati setiap orang sangat bersih time ni..Corak ni mula menjadi masalah kalau usia dah mencapai tahap akil baligh yang memerlukan kita menentukan dengan mendalam apa yang terbaik untuk hati kita..dengan pelbagai dugaan kehidupan seperti benda, manusia dan banyak lagi, hati pasti menjadi keliru..kalau keliru tapi dapat jumpa jalan balik, alhamdulillah..ni x jumpa jalan balik yang jadi sekian,terima kasih tu...bila x jumpa jalan balik, makin sesat lah hati  tu sehingga Allah sendiri cakap boleh jadi seperti batu...

Bila lihat betul2 ayat Quran di atas, Allah cakap hati hamba-Nya yang keras pasti akan berjaya dilembutkan oleh si Dia.. tetapi aku harus sedar yang hati aku ni automatic Allah nak tolong lembutkan..Aku harus berusaha terlebih dahulu belajar melembutkan hati aku..Allah pun ada pesan Quran, Dia tidak akan menolong umat-Nya untuk berubah melainkan mereka sendiri yang sanggup berubah dahulu..Tu guideline Allah kasi dalam kitab-Nya..Aku x boleh mengharapkan orang lain berdoa je untuk aku agar aku bisa berubah..I need to take a step earlier..
Antara langkah2 aku ambil sekarang adalah cuba untuk kurangkan menjadi emotional..walaupun ada je saat nak naik hantu tapi aku cuba salurkan kemarahan aku dengan tidak menunjukkannya..cukuplah pengalaman lepas mengajar aku..aku xnak pisang berbuah 2x..aku cuba memujuk hati aku dengan bercakap "sabar apih..sabar apih..dugaan je ni"..selain tu,aku lebih fokus mengisi kemarahan aku dekat blog aku..aku akan menulis apa2 saja yang aku nak tapi bukan pasal apa aku marah..alhamdulillah, it works for me..

Selain daripada itu, aku lebih fokuskan mencari bahan bacaan yang boleh mendidik hati aku..bahan bacaan ni x semestinya buku2 agama je tapi buku2 novel pun ada je yang bagus..Antara bahan bacaan kegemaran aku sekarang novel2 karya Andrea Hirata dan majalah Solusi..Sejujurnya, bahan2 bacaan ni sangat mendidik dan membuka hati dan minda aku mengenai fitrah kehidupan dalam dunia ni..Nak tau apa yang best pasal dua benda ni, cuba lah baca yek...:)..Selain itu, aku juga mendownload peduli apa aku copyright ke x kuliah2 agama yang telah dimuat naik betul x ayat aku ni di Youtube..aku kena harus mula belajar mencari orang2 yang boleh menjadi tok guru untuk aku..tetapi benda ni aku x boleh amalkan selalu sebab bila nak menuntut ilmu, seharusnya aku pergi mencari mereka yang boleh membantu aku, bukan mendownload..bengong punya aku..jadi, kepada budak2 UIA, kalau ada kuliah2 agama yang best, nanti ajak aku yek..tapi dalam UIA je lah dulu..kalau kat luar, aku payah sikit sebab xde transportation dan malas nak keluar....:)

Aku cukup yakin yang hati aku ni pasti akan mampu berubah walaupun akan mengambil masa... cukuplah aku berperangai seperti batu..secantik mana batu tu pun kalau baling konpem sakit sebab sifatnya yang keras..walaupun aku ni handsome tu dia, x malu giler aku xde guna juga kalau hati x handsome..kalau nak handsome, biarlah luaran dan dalaman..Sekian, wallahualam...:)

p/s: kenapalah Wonder Girls keluar lagu baru time SNSD tengah panas..stress aku..hahaha








Wednesday, November 9, 2011

I DO BELIEVE I REALLY HAVE A GOOD TIME THIS HOLIDAY..:)

5-10 November..sekejap je..buat pertama kali aku balik mid break lewat dan balik UIA awal..
Tetapi aku rasa cukup bermakna rehat aku ni...
Dengan pertama kali aku boleh slumber gajah x bawa balik sebarang assignment atau buku untuk incoming tests.
I DO BELIEVE I REALLY HAVE A GOOD TIME THIS HOLIDAY..:)

Dengan kerja aku cuma solat, makan, tidur, download cerita..
Aku buat perkara2 yang aku x dapat nak buat kat UIA except solat lah..kan wajib tu..:)
Aku boleh jalan2 cuti ni..
Lepak dengan abiyd, si gemok...
Jumpa kawan2 yang betul2 memahami aku...
I DO BELIEVE I REALLY HAVE A GOOD TIME THIS HOLIDAY..:)

Iini adalah nikmat Allah kasi untuk orang yang balik rumah 2x dalam satu semester..:)
Melihat orang2 yang aku sayang semua ada di depan mata is really a gift from Him to me..:)
Melihat mereka is enough for me to rid off all stupid nightmares, stress, ketidaksenangan jiwa serta hamba2 Allah yang buat migraine aku kaw2 punya...habis 3 botol Minyak Mestika sebelum cuti sebab migraine je
Mungkin xde gambar untuk menggambarkan semua ini tapi xpe, aku ada kepala yang cukup besar yang boleh muatkan semua memori yang aku dapat cuti ni....

I DO BELIEVE I REALLY HAVE A GOOD TIME THIS HOLIDAY..:)








Tuesday, November 8, 2011

Tudungku (bukan aku okay) tudungmu...


" yang kiri sekali, memang x sesuai dengan aku yang kepala ting tong ni...yang no.2 style yang aku suka..hehe..yang no.3, lebih ke arah jawapan tidak..yang no.4, maaf permohonan anda terpaksa aku tolak.."Berikut adalah jawapan2 aku kalau ditanya yang mana calon2 yang aku nak abduct haha sebagai isteri aku..

Pilih calon ikut gaya tudung??
- Mestilah..kalau aku gaya tudung antara kriteria yang aku tengok dalam pemilihan calon isteri...

Apa kaitan??Hadith Nabi pasal pilihan calon isteri mana ada sebut gaya tudung..lebih2 lak.
- Memang..Nabi cuma sebut agama, harta, rupa dan keturunan..tapi bagi aku elemen tudung ni ada kaitan dengan elemen agama dan keturunan..bagi aku, perempuan bertudung melambangkan tarbiyyah diri dia..Islam menyuruh kaum perempuan untuk menjaga aurat kan dan salah satu caranya adalah memakai tudung..then, kalau keturunan kita boleh agak kalau dalam satu keluarga tu telah diasuh untuk memakai tudung bagi yang perempuan bila dah mencapai tahap akil baligh, itu menandakan keluarga tu adalah keturunan yang baik2, yang pasti menjaga aurat taktala berhadapan yang bukan muhrim...:)

Ala, pakai tudung x semestinya baik..ada juga mulut puaka..ada je yang x pakai tudung tapi baik, xde cakap benda2 mengarut..
- Kalau pasal ni, aku pun x boleh nafi..tetapi kita balik kepada tarbiyyah diri si empunya..aku cukup husnuzon dengan wanita2 bertudung ni bahawa mereka memakai tudung kerana mereka nak menjaga maruah mereka..basically aurat mereka lah..bila mereka menjaga aurat mereka, secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada perkara lain seperti gaya pertuturan, kesopanan dalam berbahasa dan sebagainya..jadi aku rasa tudung sangat memainkan peranan dalam menentukan sahsiah seorang yang dicipta dari tulang rusuk lelaki yakni wanita...:)

Fine lah dengan jawapan2 tu tapi kenapa aku terlalu memilih kalau berdasarkan gambar di atas..aku nak yang no.2 dan mungkin 3..yang no.4 terus reject..dia pakai tudung kot..ingat diri sendiri tu baik sangat ke nak pilih2 lak...:p..
- Well, aku mudah je..macam aku cakap tadi, aku cukup husnuzon dengan sesiapa yang pakai tudung tadi..bagi aku mereka semua baik dan sahsiah mereka terjaga..tetapi aku cuma ikut authority dari Surah An-Nur: 31

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

(Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya; janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) tampak padanya. Wajib atas mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya.)..Frasa mâ zhahara minhâ (yang biasa tampak padanya) mengandung pengertian wajah dan kedua telapak tangan. Hal ini dapat dipahami dari beberapa hadis Rasulullah saw., di antaranya: Pertama, hadis penuturan ‘Aisyah r.a. yang menyatakan: Suatu ketika datanglah anak perempuan dari saudaraku seibu dari ayah ‘Abdullah bin Thufail dengan berhias. Ia mengunjungiku, tetapi tiba-tiba Rasulullah saw. masuk seraya membuang mukanya. Aku pun berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah, ia adalah anak perempuan saudaraku dan masih perawan tanggung.” Beliau kemudian bersabda, “Apabila seorang wanita telah baligh, ia tidak boleh menampakkan anggota badannya kecuali wajahnya dan ini.” Ia berkata demikian sambil menggenggam pergelangan tangannya sendiri dan dibiarkannya genggaman telapak tangan yang satu dengan genggaman terhadap telapak tangan yang lainnya). (HR Ath-Thabari).
Berdasarkan authority di atas, aku masih ragu2 dengan gaya tudung perempuan no.4 sebab itu antara gaya tudung hari ni yang lebih mementingkan gaya, bukan kerana agama..mereka sanggup pakai tudung sebab certain public figures macam Yuna, Hana Tajima...bukan kerana kewajiban Allah dalam Surah an-Nur tu..dan gaya tu sangat x menepati ciri2 Islam..contohnya, pakaian Yuna semasa AJL yang lepas..dah lah pakai macam gaya Firaun perempuan dan baju dia nampak sendat okay sehingga rupa bukit2 dia boleh nampak..adakah dengan menutup bukit2 tu dengan jaket atau sweater boleh dikatakan sudah mengikut perintah Allah ni..katakan aku jumud, tapi bagi aku bila perempuan disuruh pakai tudung sehingga menutup dadanya bermakna bahagian dada harus ditutup dengan tudung, bukan dengan baju2 lain yang boleh menampakkan bahagian dada tersebut..kalau nak pakai jaket atau seumpama dengannya, cubalah cari yang longgar sikit..janganlah kasi nampak sampai buat mata aku terbeliak..nafsu aku ni bukan boleh kawal pun..:D

Okay..cukuplah entry kali ni..Kalau ada sesiapa terasa, sila2 lah komen dan tegur..Kan menegur itu bagus..Lagipun aku ni bukan bagus sangat..Masih dalam proses pembelajaran...:)..Sekian, majulah sukan untuk negara...:D

p/s: Foster the People..aku dah ketagih dengan lagu diorang...:)








Sunday, November 6, 2011

Rasul dan Profesion Mereka

Adam a.s : Petani
Idris a.s : Membuat pakaian dan menenun. Manusia pertama yang membuat fabrik daripada pokok kapas..insaf aku bila lebih agungkan fashion designer sekarang daripada Rasul sendiri...aishhh
Nuh a.s : Tukang kayu. Orang pertama yang membina kapal daripada kayu..Titanic pun kalah
Daud a.s : Tukang besi. Otai dalam buat baju besi dan pedang
Yusuf a.s : Wazir Mesir..Ada skill pengurusan pentadbiran yang superb...
Musa a.s : Penternak
Ibrahim a.s : Petani dan penternak
Ismail  a.s : Pemburu dan penternak..Orang pertama yang boleh menjinakkan kuda..Hercules pun xde skill ni
Ishak a.s : Penternak
Ya'kub a.s : Penternak
Syua'ib a.s : Penternak
Soleh a.s : Businessman
Sulaiman a.s : Raja segala raja meliputi semua aspek hidupan di muka bumi ini...
Ilyas a.s : Penenun
Muhammad s.a.w : Penternak kambing dan peniaga je tetapi Baginda ni seorang multi-tasking...Semuanya Baginda boleh...Serious otai...:)




Solat cepat dan lambat

Assalamualaikum...

Masa??Kenapa dengan masa...apa kaitan masa dengan entry terbaru aku ni baru lah sangat..dah lama aku peram...haha..Bila sebut masa, Allah dah kasi clear guideline pasal masa ni..x caye, ace try cuba test baca Surah Al-Asr tu..dokket Allah start dengan 'Demi Masa'...:)

Aku xtau kenapa kalau bab2 masa aku ni sensitif sangat tiba2 je..maksud sensitif ni aku x suka lewat dalam sesuatu benda ada je lewat sebenarnya terutamanya bab solat..hehehe...tapi aku boleh cakap berlagak giler dalam banyak hal aku x suka lewat2...kalau orang cakap nak jumpa pukul 9am, bagi aku perjumpaan itu harus bermula 9am, bukan 9am baru nak gerak dari tempat tidur...:p..Aku kalau terlewat pun biasanya sebab aku ada hal penting yang belum selesai atau badan penat sangat nak bangun dari tidur...:D..x berniat pun nak lewat2...hehehe

Tapi ada suatu perkara mengenai ketepatan masa ni yang buat aku pening memikirkannnya minta maaf ee sebab aku fikir benda2 macam ni lagi..hehehe..kenapa ada orang cuma pandai menepati masa dalam sesuatu perkara sahaja..bukan dalam setiap perkara..dan perkara yang aku nak cakap pasal ketepatan menunaikan solat..macam aku cakap tadi, aku bukan punctual sangat pasal solat2 ni tapi aku cuba sedaya mungkin untuk solat di awal waktu dan solat kerana Allah, bukan kerana benda lain..aku nak kasi contoh, pasal orang yang buat aku pening ni..mereka sanggup solat awal tiba2 semata-mata nak jumpa awek atau pakwe..semangat nak pergi jumpa tu bukan main..sanggup siap awal dan solat awal semata-mata nak jumpa yang si tercinta..aku cuba untuk husnuzon tetapi bila2 aku observe orang2 macam ni mereka cuma solat di awal waktu kerana nak pergi jumpa awek, bukan kerana Allah S.W.T...

Aku bukan nak berlagak alim atau baik tetapi don't they ponder and wonder whether Allah will accept their prayer or not bila solat di awal waktu kerana awek atau pakwe..memang niat solat tu 'fardhu ke atas ku kerana Allah S.W.T' tetapi bila diselitkan sekali ketika mula2 amek wudhu dan menuju ke arah sejadah bila awek atau pakwe message lambat lagi ke, bukankah akan menukarkan niat solat nanti menjadi perkara lain...aku xde authority untuk bercakap benda ni..aku bukan budak society macam MC,Karisma,Abim,PKPIM atau seangkatan dengannya yang bila bercakap benda ni orang akan wooo....aku cuma bercakap dari segi logik akal yang masih berlandaskan prinsip2 rukun Islam dan Iman...

Mungkin bila orang baca post aku ni akan perli aku yang aku xde awek, boleh lah cakap ni..boleh cakap besar..well, di sini aku mohon doa korang untuk jauhkan aku dari terjerumus dalam situasi ni..kan Islam menyuruh kita sesama Islam untuk menegur antara satu sama lain...:)..Pasal isu ni, aku x salahkan mereka yang terpaksa solat awal kerana pasangan masing2 akan emo kalau datang lewat tapi aku salahkan pasangan diorang ni..cuba tolong lah fikir, pasangan anda tu bukan lembu yang telah diikat tali kat hidung..berilah mereka ruang untuk solat dengan tenang hati kerana Allah..korang xnak pasangan korang dapat pahal free ke??Korang gak suka nanti kalau pasangan korang ni seorang yang bagus dalam agama...Memang nak kena pukul kalau korang marah pasangan korang yang datang lambat akibat solat terlebih dahulu...:p

Jadi, fikir-fikirkanlah..rasa-rasanya semua tahu yang solat itu tiang agama..x solat ibarat meruntuhkan agama..tapi kalau solat bukan kerana Dia ibarat meletakkan anai2 kat tiang tu yang lama2 akan menghakis tiang tu and last2 akan meruntuhkan juga tiang tersebut...Aku sentiasa doakan mereka2 ni mampu berubah dalam isu ni..Fikirkanlah yang terbaik untuk hati anda tersebut...:)...Wassalam...

p/s: stress bila nak melapah daging...aiishhh

Friday, November 4, 2011

Itu Bukan Aku

Salam 1 Malaysia..:p..geli aku 1 Malaysia ni..:p..tajuk entry ni dah macam lagu SO7..memandai je aku ni..tajuk yang sesuai untuk keadaan aku sekarang..kenapa???

Selepas melalui sesi2 luahan hati dengan ee, angah dan ramai lagi, aku rasa diri aku sekarang banyak yang berlakon dari yang benar2 pehal slang Indonesia ni...yang kaw2 aku berlakon adalah part kalau aku ada masalah ke x..aku pun xtau kenapa aku pura2 yang aku ni selalu xde masalah padahal di dunia ni, macam lah aku seorang je yang selalu bermasalah...

Bila prinsip aku yang mengatakan bahawa jangan cerita masalah dekat orang sebab akan membebankan mereka, aku pun x meluahkan masalah aku tu..x pasal2, hati dan jiwa ni selalu x tenang..abang mukhlis cakap jiwa x tenang tu cuma boleh dirawat kalau kahwin je..haha..saya cuma aminkan je apa yang abang cakap tu...:D..ee pun cakap aku ni kena cari dah pasangan hati..aku dah ada yang aku aim ee tapi si dia tu jauh..:D

Yang pastinya, kalau aku ada masalah, aku x suka tunjuk yang aku ada masalah..aku cuba sebaik mungkin menyembunyikannya..for me , it's not necessary to tell our problem to other people..bukan isu malu atau x percaya dekat orang yang aku nak cerita masalah tu tapi mungkin ego aku yang mengehadkan aku bercerita mengenai masalah aku..Bila masalah datang kirim salam, cara aku untuk hilangkannya aku akan pasang lagu2 hardcore mcm SOD,Hindir,LP,Sum 41 dan banyak lagi yang boleh buat orang bengang dengan aku..selain itu, aku akan lepak dengan orang2 yang boleh buat aku senyum dan ketawa balik a.k.a hok pale bengong...:D..furthermore cewaah aku juga akan makan kaw2, tidur kaw2 dan jalan2 sendirian untuk hilangkan masalah aku ni nak buat macam mana, life as a single man...

Itu bukan aku..tapi itulah yang terbaik yang aku rasa setakat ini terbaik lah sangat..kerja nak menangis je kalau ada masalah...mungkin aku perlu belajar meluahkan masalah tetapi bukan sekarang..insyaAllah, aku mampu mengharunginya dengan baik..just pray for me k wahai pembaca2 blog aku...bajet famous..

Akhir kalam, Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...:)

p/s: mood nak cuti je sekarang..Now playing Greenday-Holiday...


Student Exchange Program 2011 UMY

Assalamualaikum...

- Terima kasih

- Sayoonara

- Matur Nuwun 

- Syukran

- Arigato Gozaimas

- Kamsahamida

Semua ucapan mawi tujukan kepada kalian semua:
Aikol, Dr Farid, Dr Zaid, Abang Mukhlis, Abang Adam, Abang Arasy, Abang Paan Yamin, Kak Achoq, Kak Beb, Kak Achiq, Kak Naemah, Kak Atiqah dan Syafiqah, Ee, Anas, Danny, Acap, Syima, Kak Jijah, Kak Nina, Kerol, Pain, Caca, Hanis, Amal, BK, Fad, Izzah, Alya, Sabira, Saadah, Farah, Arif, Nabila, Kamal, Anip, Naufal, Kapten, Marhanis, Jamilah, Mila, Anis, Paan, Aimi, Bunga, Azie, Adib, Dan, Husmar, Fiza, Amalina Ramzan, Yus, Rafiq, Emi dan siapa2 yang telah mengikuti program ini secara langsung dan tidak langsung...

Ini program terakhir SEP yang mawi sertai kerana mawi mahu memberi peluang kepada muka2 baru untuk mengendalikan program ni. Di samping itu, mawi pun dah penat dengan SEP dan mahu mencari angin baru dalam penyertaan program2 di UIA ni...A lot of memories mawi dapat since ikut SEP dari zaman Umar sehingga team Huda kali ini..Kepada muka2 baru SEP, korang harus kekal sertai SEP kerana it'll be a great experiences to have it..

Kepada Huda, Raid, Novi, Ria, Wahyu, Gatot, Syapri, Micky, Rizaldy dan Echa, matur nuwun...have a safe journey..Selamat pulang ke Yogyakarta, a city yang memberikan peluang kepada mawi rasai untuk 2x berturut-turut...Send my regard to all members of IPOLS UMY...

Jumpa lagi, Assalamualaikum...:)


Dia cacat....

Assalamualaikum...

Pengalaman berjalan sehari suntuk keseorang ketika cuti Deepavali sangat melucukan dan menarik..bermula usai solat zuhur dan sampai 9 malam, pelbagai peristiwa yang sangat memberikan aku satu persepsi baru mengenai kehidupa ini dan salah satunya mengenai cacat...

Peristiwa ni berlaku time on the way balik dari Bukit Jalil semalam selepas open house kawan plkn india aku..thanks a lot vicky for the meal and thanks to u too yana for picking me up sorry lambat sampai semalam..hehe..as usual, kalau nak sampai terminal putra @ gombak, dari bukit jalil kena turun kat masjid jamek untuk pertukaran station dan semalam sekali lagi aku tersilap naik train..aishh...time sampai masjid jamek, jam time tu dah menunjukkan pukul 6.20 pm..at that time, aku belum lagi solat asar serious teruk aku..aku terfikir, perlu ke aku solat asar dulu atau x sbb rasanya sempat je kalau nak solat kat stesen LRT putra..last2 aku decide nak solat asar kat stesen LRT putra sahaja...:D

Bila aku dah decide nak solat kat stesen LRT sana, aku ternampak seorang lelaki yang kudung sebelah melintas jalan dari arah stesen aliran sri petaling ....aku xtau kenapa aku khusyuk melihat lelaki tersebut sampai niat nak lintas jalan tiba2 x jadi..aku pun khusyuk tengok dia dan melihat dia berjalan menuju ke masjid jamek..aku pun ikut dia gak giler stalker aku untuk tengok dia masuk masjid untuk apa..mana lah tau nak tidur je ke apa serious jahat hati aku ni..tup tup, dia letak barang dia kat tepi tangga dan dia bergerak menuju ke tempat ambil wudhu'..Ya Allah, malu giler aku..aku ada kaki yang cukup pun x sesanggup macam dia untuk ke situ..jelas timbul keinsafan dalam benak hati aku..dia, seorang yg kekurangan akibat kehilangan kaki kanan dia, sanggup bersusah payah melintas jalan tanpa bantuan siapa2 untuk ke rumah Allah yang mana kalau dibandingkan dengan aku yang masih lagi sempurna tubuh badan boleh nak lengah-lengahkan kewajiban solat...

Ya Allah, kenapa dengan aku ni..ini cuma perkara asas yg aku patut tau dan letak dalam hati aku..solat bukan sesuatu yang aku patut lengah-lengahkan...aishhh...serious sentap time aku nampak dia...aku sepatutnya bersyukur masih diberikan nikmat2 kurniaan Ilahi..confirm kalau Allah tarik nikmat yang Dia beri kepada aku ni, menangis dan meroyan x berlagu lah aku...(T_T)

Maafkan aku Ya Allah...maafkan aku Ya Allah...maafkan aku Ya Allah...:(


Sunday, October 16, 2011

Sayang dan disayangi

Assalamualaikum...

" Ikatan sayang ummi dan abah, Alhamdulillah lahir lah mawi afif nama sebenar "
" Sebab kasih sayang juga, terbitlah ukhwah yang mawi ada sekarang "
" Mawi datang dengan sayang, jadi pastilah kehidupan dan perjuangan juga diwarnai dengan sayang "
" Sekeliling mawi penuh dengan rasa sayang "
" Jom jadi manusia paling bersyukur sebab sayang ada dengan kita "

Kata-kata diatas diberikan oleh seorang senior yg aku amat hormati..dia selalu memberi kata2 nasihat ketika aku dalam mood nak meletus, stress, migraine dan banyak lagi berpenyakit betul aku ni..cuma aku pelik, dia selalu message tanya aku ada masalah ke x, padahal aku x pernah cite apa2 pun..aku ni jenis pendam masalah, jadi memang payah korek cerita dengan aku...:)

Kali ni, dia memberi nasihat pasal 'sayang'..apa isi ceritanya, biarlah antara aku dengan dia..:)..nasihat2 dia simple je..x complicated pun..memang mudah utk aku fahami n meletakkanya di dalam hati aku yg keras nak mati ni..yg aku suka tiap kali dia kasi nasihat, dia mesti selit arabic words yg aku x pernah dengar langsung..macam yg latest istimrar perangai sama macam pasangan dia..;p..and words tu akan ku letakkan dalam notes dalam laptop aku ni...

Terima kasih sangat2 kepadamu wahai senior..I do appreciate your thought about me..InsyaAllah, mawi akan cuba berubah menjadi lebih baik in future..Tolong doa2 kan yek...termasuk pasangan senior sekali..;p
Wassalam...:)

p/s : 4 presentations and 2 tests..pening2 =_=


Thursday, October 13, 2011

Upcoming entry....









Monolog Dalaman

Aku mahu jadi baik...
Aku nak belajar mandi jenazah..setakat pandai solat jenazah, x cukup afif wei..
Aku nak jadi dean list dekat Aikol ni...
Aku nak hafal betul2 Surah2 dalam Al-Quran ni..setakat hafal sikit2, mana syok...
Aku nak jadi Imam dalam solat yg boleh baca ayat2 lain selain ayat2 lazim..
Aku nak join aktiviti2 berunsur keagamaan..dah penat dengan aktiviti2 berunsur society ni...
Aku nak kurangkan cakap benda2 pelik dan merosakkan jiwa...

Ini cuma monolog dalaman yang lately selalu timbul dalam benak hati aku ni..Am I getting weird... (T_T)
I really believe that people always change..
It happens to me now memandai je aku ni
Aku mohon pada-Mu Ya Allah agar monolog dalaman aku ni boleh dizahirkan di luar..
Jauhilah hati aku dari sebarang godaan syaitan yang aku pasti cuba menutup pintu keluar monolog2 aku ini..


p/s : Suka dengar lagu2 English yang lama macam dari Celine Dion, AeroSmith, Bon Jovi..

Sunday, October 9, 2011

Me + Negative

Assalamualaikum...
orang selalu nak dengar benda baik2 kan..
memang ajaib siapa2 yang suka dengar perkara2 yang orang x suka pasal diri sendiri...
tapi kan, cuba fikir bagaimana kita nak berubah menjadi baik kalau kita xnak mendengar benda2 buruk even entah betul ke tak...
Di sini, saya senaraikan perkara2 dan benda2 buruk yg saya rasa buruk tapi saya buat bodoh je...:

1. Loud speaker @ lantang bersuara tanpa peduli dah hati dan perasaan orang.
2. mulut terlalu lancang a.k.a xde bil...
3. too emotional a.k.a mussang (Qalqalah terengganu)
4. x pandai bahagi tugas as a leader..nak bolot semua je..bukan tamak kuasa tapi sikap x suka menyusahkan orang aku ni dari azali macam ni menjawab pulak aku ni
5. x pandai bergaya..kalau pergi kelas, rotate baju sama je...
6. bajet bagus (macam Ilyas cakap)
7. degil tahap cipan sebab tu kepala aku besar kot
8. x pandai mengalah..selalu je rasa nak menang dah aku ada points,aku lawan lah..hehehe
9. x reti nak kemas katil..baru jantan sejati  
10. selalu buat notes last2 minute...benda buruk ke ni?   

Ini apa yang aku rasa buruk pasal aku..mungkin ada banyak lagi tapi aku je yang x sedar..
aku mahu mengubah fikrah hidup aku..
aku dah penat melalui hidup-hidup yang penuh dengan negative things ni..
I'm getting old...
Even baru 22, single and handsome (^^), ini x menjamin apa2..
Maut pasti boleh datang menjelma bila2 masa..
Jadi, aku harus segera berubah..
Biar perlahan asalkan mampu menghasilkan bunga yg cukup indah di masa hadapan nanti..
InsyaAllah...:)

p/s : needs update my playlist..getting bored dengan lagu-lagu dalam laptop aku ni...


Friday, October 7, 2011

Saya Penat...:'(

Seriously sangat penat sekarang
Rasa nak quit je benda2 yg aku join ni...
Menyesal pun ada...:(

Tapi ni amanah dari Allah...
Aku kena kuat...
Lagipun ini hidup aku...
Ini kegemaran aku..
Aku perlu ikhlas dalam mengerjakannya...

Aku perlu ingat even aku ni bukan jenis shares masalah-masalah aku,
Awek pun tidak ada utk jadi tempat mengadu..
Aku ada Mu Ya Allah...
Engkau memang best friend aku..
Tiap kali aku stress, Kau memang terbaekk..
Thanks a lot Allah...

p/s: Saya merindui segala benda, segala orang..Permudahkanlah perjuanganku ini Ya Allah..hanya atas fikrah perjalanan-Mu yang benar sahaja mampu membantu ku..
#nowplaying Saujana : Keluarga Bahagia mood nak kahwin


Sunday, October 2, 2011

Dah lama aku x keluar...

Assalamualaikum...hye 'belog'..I miss you...sorry sangat2 kerana x menjaga kamu..hehe..dah lama sangat x update kat sini..

A lot of works..a lot of meetings..a lot of problems..itulah hidup aku sekarang..When Monday comes, my life is getting depress..ramai tanya aku, pehal gatal sangat join banyak sgt..AikolFest lah..LawSoc lah..S.E.P lah...entah lah wei...inilah minat aku..aku bukan ada awek..aku bukan bersukan sangat macam http://www.izzatghazali.blogspot.com/ ...aku akui aku sangat penat buat benda2 ni..balik bilik cuma utk tidur dan mandi je...kadang2 aku rasa nak resign je macam uda selalu cakap..tapi aku rasa benda ni amanah..aku bukan kuat agama..masih lagi bengong2 tapi aku rasa tanggungjawab..walaupun x ikhlas pergi meeting tu giler berdosa betul aku aku cuba ikhlaskan diri..hehehe

Bila aku sibuk2 mcm ni, aku dah lama x outing..seriously, aku xde life since start semester baru ni..orang lain ada pergi shopping..ada pergi tengok wayang..ada pergi lepak2..aku??it's already 3 weeks even during weekend aku stuck kat UIA, specifically in Aikol...pathetic kan..hahaha..next week budak2 UMY tu nak sampai dah...plus a lot of assignments, presentations, programs and so on are already on queue..lagilah aku x boleh keluar...:(

Disebabkan itulah aku dah decide this sem, it'll be my last sem to involve in any kinds of programs..even aku minat dan suka buat benda2 ni, aku perlukan perubahan..aku sgt x dapat spend time dgn geng2 aku..rasa bersalah lak..walaupun ramai org suruh aku bertanding utk certain position sem depan, aku rasa aku akan tarik diri...enough is enough..I'm done with all these things..I hope it'll be a good decision bila aku decide mcm ni..Ya Allah, please help to guide me into a right path...

Cukuplah tu..I'll update later on especially pasal kedatangan bdk2 UMY nanti...see you..Wassalam..:)

p/s: aku dah jadi die hard fan INFINITE..they so awesome...<3

Sunday, August 28, 2011

Mereka Kawan Saya...

Orangnya yg belah kiri..yg belah kanan tu kakak kesygn dia..


Nama: Senah...
Negeri: Melakau
Umur: Tengok ic dia..xde keje aku kena tau umur budak ni...;p
Status: Already taken kan senah...;p
Pe'el: walaupun dia org Melakau, disebabkan family lawsoc dia penuh org terengganu, dia dah jatuh hati dgn loghat ganu..tambah2 adik dia org ganu...haha..sangat auta disini..dia suka memasak. calon terbaik dah buat bini tapi nak buat cmne, already taken dah budak x matang ni..;p..dia juga rajin, suka tolong aku kalau aku ada masalah mu ni masalah sokmo apih wei..aishh..dia sgt rajin buat note..kalau aku lah, note cuma ada time nak exam je..bazir dakwat pen kalau buat note awal2..:D..
apa lagi yek..xde dah kot..buat apa tulis pnjg2 sbb being a good friend doesn't need to have a long essay to describe it..memandai je aku ni


Orangnya yg duduk belah kiri..comey btol sorang2


Nama: Mamat
Negeri: Dia ni mcm2 citizenship..terengganu ada, sabah ada, sarawak ada, perak ada..
Umur: Entah..tanya dia sendiri...
Pe'el: aku dah kawan dgn dia dari darjah 3 sampai sekarang..aku sekelas dgn dia, x pernah tukar kelas lain..sekarang aku dgn dia belajar kat uia..nasib baik course lain2..kalau x sehati sejiwa lah kami..haha..he's a smart student..aku jeles sbnrnya dgn dia sbb time skolah dia sgt pandai English..dia x study mana tapi result gempak..haha..dia ni kaki games..penglmn lepak dlm bilik dia penuh dgn games2 utk PS2 dan PS3..ada lagi ke mie..lama doh dop g dumoh mu..dia juga sgt bnyk mengetahui rahsia aku..haha..I do respect him because dia ada bersama dgn aku time aku susah ayat nak suruh mu belanja aku ni mie..haha..cukup2 lah aku puji mu wei...;p


Mereka berdua mempunyai tarikh birthday yg sama..29/8..Seorang kawan aku dari kecil sampai tua ni..Seorang lagi kawan aku kat AIKOL..Walaupun salah seorang ni muda dari aku, I do respect that person as a same age person..baik kan aku..haha..Mereka banyak membantu aku..Mereka adalah kawan saya until my last breath..Terima kasih kerana sudi menjadi kawan kepada Muhammad Afif ni...hehe..Ok lah..chow dulu...Bye2...Assalamualaikum...

p/s: xde mood nak raya tahun ni..5 months holiday really ruins my life...

Sunday, August 21, 2011

Special Entry 4

amacam..mcm pasangan tuuttttt x...habis lah marah jejaka di hati akak aku ni..haha

Assalamualaikum semua..entry berikutnya adalah org disebelah aku ni..nama dia Gayah nama bukan sebenar Nurul Atiqah..duduk Paka ke kemamam kak..haha..dia pendek gambar membuktikan..haha..tapi xpe kak, senah nama bukan sebenar Nur Amalina lagi pendek dari akak...:D

1st time kami date kat meeting room level 3 date lah sgt..kami terus berhubung tiap2 hari situasi sebenar, kalau aku ada masalah baru aku berhubung..x kenang budi punya adik..apa lagi, aaa...dia sgt suka dgn baby memandai je aku ni..apa lagi..aaa...dia sgt baik hati..time aku ada masalah, dia sudi mendengar luahan hati aku yg x berapa nak matang ni...malu siyooot...dia rajin, semangat, kurus tiba2 je, baru dapat lesen kereta bila lagi kak nak bw uteh jalan2..haha dan mcm2 lagi lah....

She is really a nice person..she always be on my side if I have a problem..thanks a lot kak...

Happy birthday yg ke-30 kak...haha..May Allah bless you and your partner...:D

Bye2 semua..nak g tarawikh dulu...Assalamualaikum...:)



Special Entry 3

lena bebenor besday girl ni tidur..letih yaa kak lepas balik dari Candi Borobodur...:D..ni bukan mawi tangkap tau...ini entry istimewa dikala cuti aku dah hampir selamat sampai ke penghujungnya...Assalamualaikum semua...

Malas nak cite panjang2 sebab mawi baru kenal akak sebulan lebih je..hehe..1st time nama akak terpilih p jogja, tertanya hatiku ini, sapekah gerangan empunya badan..hahaha..then bila dah jumpa sejujurnya mawi taku tgk muka akak..garang je semacam..dalam hati, boleh ke mawi rapat dgn akak ni..then, bila bermulanya life di jogja, p kelas sama2, p minum es bang joe sama2, p ayam2 sama2, p mee idola sama2, jujur mawi rasa sangat senang dgn akak..tambah2 bila si nabila tu usik akak dgn jejaka yg bertakhta di hati akak tu..baju beli kat brihanjo tu nak buat tunang yek kak raya nanti..haha lagi mawi rasa seronok sekali...

Akak banyak membantu memeriahkan lagi keluarga jogja mawi mcm jogja tu aku punya je..thanks for your help in finding info for terrorism...hehe..Mawi paling ingat pasal akak ialah bab shopping..seriously, mcm nak beli barang2 hantaran kahwin...hehe..Mungkin mawi x rapat mana dgn akak mawi minta maaf yek kak, hope sem baru nanti kita terus rapat dan mampu menjayakan SEP UMY nanti..Ameen...:)

In short, happy birthday kak..yg ke-23 kan..ke lagi banyak no tu kak...hehehe..May Allah bless u always and I do pray akak n your partner akan terus bersama hingga hujung nyawa..Ameen..:)

Bye2 semua..Assalamualaikum...

p/s:layan juga lagu2 Infinite ni..currently addicted with Be Mine..<3

Sweet Couple

Nak buat post pasal hiburan sikit..it's a laro time...haha..Assalamualaikum semua...

Video di atas antara latest video yg aku download xde keje yek mu apih wei ..video performance maknae bongsu SNSD Seohyun and her partner dalam WGM the only WGM yg aku tengok iaitu Yonghwa, vocalist utama CN BLUE..honestly said, before this I really hate this couple..Why??

Yang perempuan ni aku x berapa berkenan sgt muka dia amboi apih, macam r mu tu handsome sgt ..mungkin sebab aku kenal Yoona dulu kot, jadi aku minat Yoona je since aku kenal SNSD ni..then, Seohyun ni terlalu naive..aku x berapa suka perempuan yg naive sgt..bayangkan lah dia masih lagi bahasa formal dengan unnies dia dalam SNSD tu..even penggunaan satoori pun dia x reti nak guna disebabkan dia dah dididik oleh parents dia to use a formal language with everyone...naive kan..

Yang laki pula, aku mula2 sgt2 cukup x berkenan dgn band dia and dia sekali..cukup2 poyo k...bila dengar lagu LOVE diorang, rasa nak hempuk je..entah apa2 punya lagu..time ni aku cuma minat FT Island je as a band yg superb bila involve gitar dan drum....

Kemudian, pada satu hari suspens selepas tertengok promo WGM diorang ni and follow each episodes xde keje bebenor aku ni aku dah suka diorang ni..Seohyun rupa-rupanya a smart woman..dalam banyak2 member SNSD tu dia lah yg intellectual..bayangkan role model dia si Ban Kim Mun tu x kenal, sila google okay..then kerajinan dia dlm SNSD tu sgt aku kagumi..memang boleh wat bini btol..sape yg xnak bakal isteri yg rajin dan smart..aku memang suka perempuan yg smart dan pandai ni..then bila aku tengok Happy Together, lagilah aku suka si Seohyun ni..hehehe

Yg laki lak, aku start respect xleh ckp minat sbb nanti org ckp gay lak bila dia muncul dlm Happy Together juga..2x dgn Simon D, Gikwang B2ST, Dal Shabet, Lizzy After School..tambah2 dia sgt seorang yg lawak especially bila dia guna Satoori Busan dia tu..memang budak kampung btol mamat ni...hahahaha

In short, both of them really a best couple in WGM so far..I do wish that this couple will be a real couple in reality..bila tengok performance dlm video ni, terlihat kejujuran mereka sgt jealous k bila seohyun yg hulurkan tangan kat si yonghwa tu..masing2 muda lagi..jadi diorang leh fikir lebih mendalam lagi kalau nak ada relationship..kalau Goo Hara Kara dan rapper B2ST leh couple lupa lak nama dia apa, x mustahil pasangan ni akan melangkah ke alam yg lebih serius lagi..

Ok, cukuplah tu..bye2 semua...Assalamualaikum...:)








Tuesday, August 16, 2011

Malaysia vs Indonesia: Special Entry 2


Dapat gak letak gambo pelik adik-beradik ni..misi entry ni mengenai yg belah kiri tu, Siti Sabira..yg belah kanan tu kakak dia kakak ke caca wei..haha..kalau budak2 UIA nampak diorang jalan confirm ingat diorang adik-beradik sebab sama tinggi

yang ni lak ingin ku fokuskan belah kanan..yg belah kiri tu dah cukup famous..artis hitam putih katakan.. mamat Cahya Nugraha ni banyak membantu aku time aku kat jogja..




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Assalamulaikum semua...Bertemu kita lagi di blog yg makin lawa dan mantap ni..haha..Title entry memang aku x reti nak tulis best2..jadi aku bantai tulis je Malaysia vs Indonesia..peringatan, entry ni bukan nak memomokkan something bad between these two countries!!! Melalui entry ni, aku akan buat perbandingan dua anak kecil yg aku sayang ni...

Siti Sabirah: 
- Malaysia
- Kedah.. abg nak g kedah adik
- Birthday: 6/8..tahun rahsia..yg sure aku lagi tua
  Course: Laws..adik LLBS kan
  Perangai: sebab abg belum kenal rapat lagi jadi abg bantai je ni...haha...apa yg aku observe dari budak ni, dia seorang yg manja..ye ke adik..tapi dalam manja2 dia + suara dia mmg macam anak kecil, aku sedar dia mempunyai pemikiran yg matang..teringat time aku lunch dgn dia dan kamal lepas balik dari jogja, jawapan2 dia dari apa yg aku soal sangat matang..superb adik..:)..pe'el dia lagi time kat jogja sangat suka makan  kat ayam2..menu dia: ayam tulang lunak..tu mmg feveret dia..aku pun suka..apa lagi yek pe'el adik..urmm..kemampuan dia speaks in arabic ketika dia borak dengan Adam Si Comel sgt aku respek..aku percaya she could be one of the best student dalam LLBS..cukup x ni adik..kalau x abg boleh edit..hehe

Cahya Nugraha
- Indonesia
- Yogyakarta..asal Pontianak kan cay
  Course: Hukum di Kampus FH UII, Taman Siswa, Jogja
- Birthday: 17/8..kamu lagi tua dari aku kan cay..haha
- Perangai: Dia suka korea macam aku aku dengan dia die hard fan SNSD..haha..aku start rapat dengan dia bila para panitia UII bawa kitaorang pergi pantai dah lupa aku nama pantai tu..aku terdengar dia nyanyi lagu f(x) danger..terus aku jadi rapat dengan dia..dia ni seorang yg aku boleh cakap pemalu tapi dia ni semangat nak belajar benda baru..Dia sanggup ambil kelas private Inggeris utk improve dia punya English English kamu udah hebat cay..ga usah risau lah..Dia juga seorang yg caring..macam2 dia kasi..yg aku x boleh tahan obat2 yg dia kasi..aku ni dah lah nak kurangkan makan obat tapi dia paksa gak..aishhh..apa lagi yaa cay..aaa..lupa satu perkara..dia gendut macam aku...hahaha...tar kalau ga cukup cay, km bilang sama aq yaa..:)

Motif aku tulis mereka berdua ni..sebab birthday diorang bulan ogos ni + aku ada gambar diorang..bengong giler alasan..mereka telah menjadi a part of my heart..terima kasih adik sebab jadi family jogja abg yg terbaru..matur nuwun cay kerna km banyak membantu ketika kelmarin aku di jogja..Happy Birthday korang..May Allah bless both of you always..Semoga terus sukses yaa dalam apa jua perkara yg dilakukan...

Ok..Enough..Rajin lak aku tulis macam2 malam ni..Bye2..Assalamualaikum..:)

Siyes..Aku Nangis...


Aku cuma minat group SUJU ni sebab aku tertarik dgn performance diorang yg always smart atas stage even bukan semua suara sedap..tapi this video betul2 membuatkan aku lagi minat group ni..dah lama dah aku tengok video ni sebenarnya..Before that, Assalamualaikum..Ramadhan Kareem..

Ada benda tersirat sebenarnya utk entry baru ni..Sejujurnya aku menangis bila tengok video ni..apa hal aku nak nangis dengan orang yg aku x kenal and dia x kenal aku..Bila aku play video ni a lot of times, aku baru terdetik dalam hati kecil ku ni cewaahh yg aku mudah mengeluarkan air mata..selama ni aku bajet aku tough, ye r muka x reti senyum mcm aku ni mana boleh nangis2.. Aku baru sedar ye ke apih wei I do love crying..haha..dah matang rupanya aku ni.. Well, aku admit yg before this aku cuma menangis bila aku dalam kesusahan and x reti nak share masalah dgn orang padan muka aku, bila org2 yg aku sayang either my family, my friends or my teachers dijemput oleh Allah S.W.T..tu je masa aku nak nangis.. tapi bila sejak dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan menjak ni, aku mudah menitiskan air mata..aku lalu depan peminta sedekah tiba2 je aku nangis siap ada minah usha semacam, x pasal2 ilang kehenseman aku ni..aku tengok cite2 sedih sikit pasti aku nangis especially kalau berkait hubungan family..Jadi bila aku sedar aku senang menangis, kenapa aku x pernah menangis kerana Dia??

Allah tu Pencipta aku, pehal aku susah nak nangis kerana Dia..cite A Walk to Remember boleh lak aku nangis bila yg perempuan tu nak mati..Sangat teruk aku ni..Sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, "Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)..perghh..memang jarang lah aku nangis kerana Dia..hati itam punya pasal..is it worth for me by just wathcing video Donghae and geng2 SUJU sedih, aku sedih gak...is it worth for me tengok cite2 drama yg kuar air mata n hingus bagai nak rak aku sedih gak...kenapa aku xleh nangis kerana Dia..aku cuma mencari Dia kalau aku nak tu lah, nak ni lah..biasa r, umat x sedar diri mcm aku ni mmg buat ni je..Di sini aku sertakan article dari I Love Islam pasal menangis ni...
Bilakah Kali Terakhir Anda Menangis...agak sentap baca article ni...Aku bukan menyalahkan diri aku yg nangis benda2 x patut tapi aku patut lebihkan air mata aku yg berharga ni utk menangis kerana-Nya..

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah..(at-Tirmidzi)..aku dua2 titisan x pernah buat..aiishhh..

Aku ada baca dalam satu majalah tentang cara terbaik utk kita menangis kerana-Nya..Caranya adalah kita kenangkan dosa kita kepada Allah..tentang banyaknya dosa yang kita lakukan kepada-Nya...tentang tak terkira dosa kita kepadanya..fikirkan sejenak, sudahkah Allah mengampunkan dosa kita, yg seperti bintang2 di langit...Ya Allah ampuni aku,..aku selalu berbuat dosa pada-Mu..aku ini hanya musafir di dunia ini, tapi aku merasakan dunia ini aku punya,..Ya Allah maafkan aku...dosa kedua mata aku yg selalu melihat perkara tidak elok, dosa tangan kami yg selalu mengambil makanan yang syubhat, dosa mulut kami yg selalu berkata bohong, dosa telinga kami yg selalu mendengar umnpatan orang, dosa hidung kami yg selalu mengharum haruman minak wangi wanita itu adalah haram Ya Allah, dosa kaki kami yg selalu pergi ke tempat yg tidak sepatutnya..Wahai tuhan ku x layak ke syurga-Mu namun x pulak aku sangup ke neraka-Mu..ampunkan dosaku, terimalah taubatku..Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...

Ok..cukuplah aku mengadu dalam blog aku ni..jangan sape2 nangis dah lah baca entry aku ni..aku bukan reti pujuk2 orang nangis ni..:)..Anyway, chow dulu bebeh..Assalamualaikum..
p/s: Berjaya mendownload lagu2 lama Raihan..currently listening to Iman Mutiara..this kind of song better than lagu2 nasyid + dakwah hari ni yg lebih gilakan glamour dan cintan-cintun...

Sunday, August 7, 2011

Special Entry 1





Seriously, aku nak cari gambar2 hang yg pelik tapi x jumpa..*lupa lak hang x minat amek gambar..bajet pemalu r wei...;p*

Lupa lak nak kasi salam...Assalamualaikum...
This time nak buat special sikit entry2 aku yg cabuk ni..si mamat yg sangap nak peluk pokok ni nama dia Khairul Anwar *bukan Anuar kan* bin Jamil..aku panggil dia khai *dia sangat x suka orang panggil dia kerol...haha*..anak ke dua dari 4 adik beradik *betul ke wei*..asal??ni best aku nak taip..dia orang utara *nada utara*..orang Yan *nada utara lagi*..orang Kedah yg penting..*siyes, aku nak belajaq cakap utara..awat uia xde buat kelas loghat2 ni..ni buat kelas mandarin r, korea r..tamil r..pakistan r..mcm aku nak g tempat2 yg guna bahasa tu*

Perkenalan kami bermula *g^^ s^^^ ayat* dari PJ lagi..dia roomate aku time kat UKC 2 bersama2 razi, abe, acap, haji, isyam, nopal, anip, arm dan ustaz *siyes aku rindu korang*..kami agak bermula lambat di asasi sebab English level 3 dan 4 *ye r, 2 tahun kat asasi..jadi kureng cerdik sikit English*..maybe that's one of the thing aku memahami dia lebih *sebak..:'(..haha*..then kitaorang dihalau ke Nilai sebab PJ xnak kitaorang budak2 art stream..haha..dia terpisah jap dengan aku dan ex-roomates yg lain utk 1 sem tapi next sem kami berjaya dijejakkan kasih balik..haha..aku terus jadi roomate dia sampai last sem kat Nilai..Then di gombak, kami terus menjadi roomate until right now *except 1sem r..hahaha*..

Enough with those stories *mcm nak buat biography je*..kenapa aku boleh ngam dengan mamat ni??
1. dia suka korea..haha..Millionaire 1st Love *betul ke title cite ni wei* was the 1st Korean story yg dia tunjuk kat aku sampai persepsi aku terhadap korea berubah..
2. dia juga yg menghasut aku minat lagu2 Indonesia..b4 this, aku ni sangat kemelayuan dan bajet org Inggeris sbb dgr lagu melayu dan Inggeris je memanjang..tapi sebab dia, aku minat lagu2 Indonesia..tanx for your work budak!!
3. dia kaki gosip dan ngata orang macam aku..haha..part ni paling aku suka..macam2 orang jadi mangsa kutuk, gosip dan ngata kami..haha..siapa yg digosipkan tu, biarlah rahsia sampai kami berdua sampai ajal..:)
4. dia bijak dan rajin macam aku *perghhh...x malu apih wei..puji diri sendiri!!*..seriously, kalau dia bukan groupmate aku, konpem aku xleh jalan..dia paling pandai cari sources..mcm mana dia cari, aku pun xtau..aku cuma reti goreng point2 dlm assignment je..hahaha
5. dia bersama dengan aku dalam kesusahan..teringat time kita failed criminal wei..serious sgt..rasa macam dapat berita bahawa anda disahkan menghidapi kanker...terdiam kan kita malam dapat paper criminal tu..sume tanya and expect kita punya result gempak..tup2 failed..*tu r, bangga sangat lagi..Allah tarik nikmat tu..sila sedar*..ko siap pujuk aku yg menangis dalam solat mcm failed criminal tu xleh graduate..thanks buddy...:)

Sebenarnya banyak lagi pasal budak x berapa nak matang ni aku nak cerita tapi biarlah jadi rahsia kelambu kami je...hahaha..Pape pun, happy birthday..sanah helwah...selamat hari lahir...selamat ulang tahun...met ultah..sugeng milad...Semoga terus kekal di bawah lindungan keimanan dan keislaman Allah S.W.T..Cepat2 r nikah wei...hang prospek paling cepat..paan no 2...acap no 3..aku lepas korang sume kawen and dapat anak baru aku kawen...hahaha...:D

Bye2...Assalamualaikum..

p/s: Mr. Simple is one of the best Korean song ever..SUJU does not talk about mushy2 love in this song..this song is really inspired and encouraged people to forget about their problem...SUJU daebakkkk!!!


Sunday, July 24, 2011

Saya Takut....


Assalamulaikum dan salam perpaduan..*tiba2 je ingat debate zaman sekolah*

Menarik kan gambar kat atas...aku paling suka part yg ada ayat tertonjol...*behave apih wei*
- tudung singkat
- lengan terdedah
- jeans ketat
- kaki terdedah
- bentuk punggung tertonjol..*aku nak tukar ditonjolkan*
- bentuk buah dada tertonjol..*ni pun ditonjolkan*

Before aku jumpa gambo ni... *x ingat kat mana*, aku selalu mention yg aku jeles dgn orang yg dah ada gewe atau yg dah nikah..*sampai sekarang pun jeles sebenarnya*...tapi bila aku dah tengok gambo ni, aku rasa bersyukur sgt yg I'm still a jomblo..*terpengaruh dengan cite Jomblo punya pasal lah ni*..sebab??ini sebabnya

post aku ni bukan menghina sape2..this is only a big REMINDER for ME!..post ni bertajuk saya takut kerana aku takut kalau saya berpacaran nanti, aku takut awek aku macam ni..well, when it involves heart and feeling, konpem bawa kereta slow nak mampus nanti *TAU 4466, kalau aku jumpa mu bawa slow lagi, aku hon non-stop kat mu*..bila kereta dah drive slow, tu tanda dah masyuk nak mampus dengan awek tu tanpa menyedari yg attire dia sgt x Islamic woo...aku selalu berdoa yg aku dikurniakan pasangan yg mampu menjaga her own attire without needs to be advised by me..*kalau aku yg kasi nasihat, confirm benda pelik yg jadi*..aku x sanggup kalau awek aku pakai macam ni..satu, dia dapat dosa..dua,aku pun dapat dosa..tiga,family and anak beranak dia pun dapat dosa..empat,org2 yg usha dia pun dapat dosa wooo *kalau diorang x tegur r*...banyak tu dosa..plus kalau xnak fikir ikut agama, boleh fikir logik akal yg sanggup ke aku membiarkan awek aku yg seksi ni dilihat lelaki lain..bikin panas woo..*memang nak sampai ajal r sape2 rasa bangga tunjuk awek diorang seksi*...sebab itulah SAYA TAKUT

Saya takut second part lak is IF gambo kat atas ni anak aku, bukan bini..*bini dah jadi baik*..fuhhh, kalau ni r anak aku, takut tahap cipan weiiii..*migrain aku konpem tahap cilaka punya sakit time ni nanti*..aku pernah terbaca yg anak pmpuan sangat2 mudah terdedah kepada fitnah dunia ni berbanding anak lelaki..bila aku takut nak dapat anak macam ni, bukan bermakna aku xnak kawen..*kawen sunnah Nabi wei*...kalau r anak aku mcm ni, konpem family aku ni jadi buah mulut org *kuat bebenor aku imagine pasal benda ni*..people will always blame the parents if their sons or daughters behave unethically..*bahasa mudah, xdop agama ke wei!!*..itu yg selalu fikir..bila bnd2 ni bermain dalam otak aku yg x berapa nak bersih ni, aku kadang2 tertanya mampu ke aku mendidik anak2 aku nanti..well, people always said that when u become more older, u'll be matured and able enough to settle everything..aku x caye benda ni..bagi aku ilmu2 mcm ni kene cari awal..senang sikit keje aku nanti...*bajet*..sebab itulah SAYA TAKUT...

Secara konklusinya, aku lebih bersyukur sekarang yg aku masih jomblo..it's better for me to focus on my study..*biar leh graduate dgn cemerlang and dpt ckp dgn bdk2 scholar even aku ptptn je, aku lebih pandai dari ko* and focus dlm aktiviti prog aku..*dah penat sebenarnya aktiviti prog ni*..Aku mohon pada-Mu Ya Allah, kekalkanlah aku dan kawan2 seagama dgn aku dengan nikmat Islam, Iman dan segala nikmat di atas muka bumi-Mu ini...

Sekian, mohon maaf kalau sape2 yg terasa dgn post ni..Assalamualaikum...:)
p/s: teknik mendengar lagu Inggeris repeatedly sgt berkesan utk aku improve English aku yg masih tahap hampeh lagi ni..(now playing: Pink -Heartbreak down)