Saturday, May 4, 2013

Pertama Kali



Perkara pertama kali mesti selalu berlaku dalam hidup kita kan..mimpi basah lah.. 1st time makan kat seoul garden lah..1st love lah...1st break up lah..straight a's lah..failed subject lah.. #inikalilah

Eh, lupa..Assalamualaikum semua.. :).. post kali ni adalah mengenai PRU 13 yang akan berlangsung ahad ni, 505 atau 5 May 2013. This is gonna be an exciting experience for me sebab aku akan mengundi buat kali pertama..exciteddddd weeiiiiiii...hahaha..PRU kali ni akan mempertaruhkan 222 kerusi Parlimen dan 500++ kerusi DUN dan aku akan mengundi untuk kerusi Parlimen Kuala Nerus yang menyaksikan satu lawan satu antara BN dan PAS..aku juga akan mengundi untuk Dun Tepoh yang juga menyaksikan pertarungan BN dan PAS..

PRU 13 ni digelar pertarungan paling sengit dalam sejarah PRU negara yang bermula pada tahun 1959 di mana ketika itu Perikatan menguasai kesemua kerusi kecuali satu kerusi dimenangi oleh PAS melalui pengasas parti ni iaitu Allahyarham Haji Yusuf Rawa..kali ni di pihak PR dianggotai oleh PAS,PKR dan DAP berada dalam kedudukan terbaik untuk mencabar parti BN yang terdiri daripada 14 parti komponen yang telah mendapat mandat daripada rakyat selama 55 tahun..PRU 13 ni juga paling banyak mendapat tumpuan dan tahap kebiadapan berkempen sama ada daripada BN atau PAS juga berada dikedudukan yang terbaik..fitnah lucah..fitnah rasuah..fitnah pengundi hantu..fitnah kaki gaduh menguasai berita tiap2 hari..xpe lah, 5 tahun sekali..lepas ni x buat dah..tunggu 2018 pula.. :p

Bagi aku yang akan mengundi buat julung2 kalinya, aku dah selesai menganalisis tawaran2 yg diberikan sama ada di peringkat pusat dan juga negeri oleh parti2 yang bertanding..Kenapa aku perlu membuang masa buat analisis bagai lah...ini sebab

aku jujur cakap, aku sekarang akan mengundi dgn melihat dari segi perspective aku sebagai seorang mahasiswa dan insyaAllah akan bekerja dalam masa tidak sampai 3 bulan++ je lagi..aku melihat manifesto Pakatan lebih menarik berbanding BN..free PTPTN, free education, no more tol, turun harga minyak dan sebagainya adalah suatu tawaran menarik yg mana anak2 muda seperti aku patut consider..aku bukan menolak akujanji BN sebab aku ni penyokong Pakatan, tetapi aku melihat akujanji BN hanya nak meneruskan kelangsungan hidup tanpa ada asas yg kukuh utk survive dalm dunia yg makin canggih dan mahal..bayangkan lah Apollo yang dulunya panjang, tebal cuma 30 sen, sekarang bila ia makin pendek dan nipis, harga jadi 50 sen..apa cer ni wei.. #xdekaitan #mengarut .. aku dan rakyat Malaysia kena ingat, melalui PRU lah our vote means our voice..adakah kita bersuara utk terus hidup dalam dunia yg penuh semua serba mahal..fikirkanlah..aku cuma fikir satu benda je, manifesto ni terlalu bersifat populis which is being afraid it would only sustain for a short period macam yg dihadapi oleh parti di Jepun dan Korea (sila google kalau nak tau lebih lanjut)..aku takut kalau Pakatan bercadang menggunakan keuntungan GLC terutamanya Petronas untuk menghapuskan segala hutang2 di peringkat nasional, aku takut kerajaan tidak lagi mempunyai sumber yg cukup untuk menjana ekonomi negara..Selain daripada itu, aku tidak bersetuju kalau keuntungan Petronas digunakan untuk membayar hutang2 mcm PTPTN tu tetapi aku lebih suka kalau ia digunakan bagi menyelesaikan hutang negara yg hampir mencecah 55%..suatu negara akan digelar muflis seperti Greece kalau hutang negara melepasi 56%..jadi,agak berlaku keserabutan dan kekeliruan di sini adakah manifesto ni boleh diaplikasi ke x.. :)

mengenai akujanji BN, aku melihat ia juga suatu tawaran yang menarik sebab banyak fokus bagaimana nak membantu meneruskan hidup dalam dunia global yang gila ni..bantuan yang guna semangat 1 Malaysia antara yg bagi aku menarik dan sebenarnya sgt membantu calon2 BN utk meraih undi daripada pengundi saluran 1..pengundi saluran 1 ni adalah pengundi yg sudah tua, yg duduk di kampung2 dan tegar dalam memberi sokongan politik kepada parti yg mereka suka..selain daripada itu, tawaran utk membina sejuta rumah mampu milik dalam masa 5 tahun ke depan jika diberikan peluang memerintah sekali lagi juga menarik untuk difikirkan..tapi melihat kegagalan projek PR1MA, aku ragu2 adakah tawaran ini mampu dilaksanakan..Selain itu, BN juga berjanji memberikan air percuma kepada Selangor kalau berjaya kembali merampas daripada Pakatan. Cumanya, aku kesian siapa yg buat draft akujanji ni sebab sebelum diorang kaw2 troll orang2 Pakatan yg air percuma akan memufliskan negara, tapi last2, tup2 diorang buat benda yg sama..aku jujur cakap, aku lebih suka manifesto yg ditawarkan Pak Lah ketika BN menang besar semasa PRU 2004..ada originality di situ..aku pelik mcm mana Najib boleh terfikir nak tiru apa yg Pakatan tawarkan dan telah dilaksanakan di Selangor..Najib adalah menteri kewangan, xkan dia x boleh tawarkan sesuatu yg more economically yg boleh bersaing dengan apa yg Pakatan tawarkan..selain daripada ini, akujanji2 BN sama ada diperingkat pusat dan negeri adalah sama konsepnya iaitu bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia yg serba mahal ni.. :)

Itu mengenai manifesto dan akujanji..terpulang kepada kita adakah untuk mengundi BN atau PR..dalam tengok2 tawaran2 diorang ni, ada juga yg tengok2 juga calon yg bertanding sbg kata putus whose should get my vote..mcm aku lah..haha..Kali ni, calon2 yg bertanding agak menarik..terlalu ramai calon Bebas bertanding (kaya betul rakyat Malaysia ni)..kalau korang nak tau, nak tanding Parlimen, calon kena letak deposit 10k dan kalau dun 5k...bapakkkkk lah kaaaayaaaaaaa calon2 ni terutamanya Tok Mun...hihihihihi..
Mungkin di masa kini terutamanya menjelang esok, undi patut fokus kepada Parti bukan Calon tapi bagi aku kedua-duanya penting..contoh, utk kawasan Parlimen Kuala Nerus, BN masih degil meletakkan calon muka lama yg xbuat kerja tapi gila kroni..aku ni jenis x kisah kalau org sama je tiap2 kali PRU tapi macam dia ni, dia cuma guna nama dia utk establish diri dia di kawasan ni..rasanya siapa2 area Kuala Nerus ni pasti kenal keturunan Ibrahim Fikri kan..:)..jadi, kalau cth mcm ni even tawaran BN itu menarik, jujur cakap aku xkan undi BN..bagi aku dgn x mengundi calon mcm ni ada lah cara terbaik utk mengajar dia yg sila sedar diri dan sedar bahawa rakyat bukan bodoh sangat pada masa sekarang..:)

Kesimpulannya, pilih lah yang terbaik..sama adan #inikalilah atau #lainkalilah , terpulang kepada anda..vote wisely for a better future..tapi ingat, kita ni semua sama je..jangan buat muka lak selepas 5 Mei ni terutamanya yg jenis taksub tahap langit kelapan dengan parti masing2..sekian, cerita pengundi utk kali pertama..Bye2 dan Assalamulaikum.. :)