Tuesday, August 16, 2011

Siyes..Aku Nangis...


Aku cuma minat group SUJU ni sebab aku tertarik dgn performance diorang yg always smart atas stage even bukan semua suara sedap..tapi this video betul2 membuatkan aku lagi minat group ni..dah lama dah aku tengok video ni sebenarnya..Before that, Assalamualaikum..Ramadhan Kareem..

Ada benda tersirat sebenarnya utk entry baru ni..Sejujurnya aku menangis bila tengok video ni..apa hal aku nak nangis dengan orang yg aku x kenal and dia x kenal aku..Bila aku play video ni a lot of times, aku baru terdetik dalam hati kecil ku ni cewaahh yg aku mudah mengeluarkan air mata..selama ni aku bajet aku tough, ye r muka x reti senyum mcm aku ni mana boleh nangis2.. Aku baru sedar ye ke apih wei I do love crying..haha..dah matang rupanya aku ni.. Well, aku admit yg before this aku cuma menangis bila aku dalam kesusahan and x reti nak share masalah dgn orang padan muka aku, bila org2 yg aku sayang either my family, my friends or my teachers dijemput oleh Allah S.W.T..tu je masa aku nak nangis.. tapi bila sejak dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan menjak ni, aku mudah menitiskan air mata..aku lalu depan peminta sedekah tiba2 je aku nangis siap ada minah usha semacam, x pasal2 ilang kehenseman aku ni..aku tengok cite2 sedih sikit pasti aku nangis especially kalau berkait hubungan family..Jadi bila aku sedar aku senang menangis, kenapa aku x pernah menangis kerana Dia??

Allah tu Pencipta aku, pehal aku susah nak nangis kerana Dia..cite A Walk to Remember boleh lak aku nangis bila yg perempuan tu nak mati..Sangat teruk aku ni..Sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, "Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)..perghh..memang jarang lah aku nangis kerana Dia..hati itam punya pasal..is it worth for me by just wathcing video Donghae and geng2 SUJU sedih, aku sedih gak...is it worth for me tengok cite2 drama yg kuar air mata n hingus bagai nak rak aku sedih gak...kenapa aku xleh nangis kerana Dia..aku cuma mencari Dia kalau aku nak tu lah, nak ni lah..biasa r, umat x sedar diri mcm aku ni mmg buat ni je..Di sini aku sertakan article dari I Love Islam pasal menangis ni...
Bilakah Kali Terakhir Anda Menangis...agak sentap baca article ni...Aku bukan menyalahkan diri aku yg nangis benda2 x patut tapi aku patut lebihkan air mata aku yg berharga ni utk menangis kerana-Nya..

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah..(at-Tirmidzi)..aku dua2 titisan x pernah buat..aiishhh..

Aku ada baca dalam satu majalah tentang cara terbaik utk kita menangis kerana-Nya..Caranya adalah kita kenangkan dosa kita kepada Allah..tentang banyaknya dosa yang kita lakukan kepada-Nya...tentang tak terkira dosa kita kepadanya..fikirkan sejenak, sudahkah Allah mengampunkan dosa kita, yg seperti bintang2 di langit...Ya Allah ampuni aku,..aku selalu berbuat dosa pada-Mu..aku ini hanya musafir di dunia ini, tapi aku merasakan dunia ini aku punya,..Ya Allah maafkan aku...dosa kedua mata aku yg selalu melihat perkara tidak elok, dosa tangan kami yg selalu mengambil makanan yang syubhat, dosa mulut kami yg selalu berkata bohong, dosa telinga kami yg selalu mendengar umnpatan orang, dosa hidung kami yg selalu mengharum haruman minak wangi wanita itu adalah haram Ya Allah, dosa kaki kami yg selalu pergi ke tempat yg tidak sepatutnya..Wahai tuhan ku x layak ke syurga-Mu namun x pulak aku sangup ke neraka-Mu..ampunkan dosaku, terimalah taubatku..Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...

Ok..cukuplah aku mengadu dalam blog aku ni..jangan sape2 nangis dah lah baca entry aku ni..aku bukan reti pujuk2 orang nangis ni..:)..Anyway, chow dulu bebeh..Assalamualaikum..
p/s: Berjaya mendownload lagu2 lama Raihan..currently listening to Iman Mutiara..this kind of song better than lagu2 nasyid + dakwah hari ni yg lebih gilakan glamour dan cintan-cintun...

No comments:

Post a Comment