Sunday, December 18, 2011

Hidup ini bagaikan roda (cewaaahhh)


Warna-warni betul batang2 kat roda ni...macam kehidupan kita gak kan..:)...Assalamualaikum

Tiba2 je rasa nak menulis pasal roda ni..kenapa??sebab lepas tengok drama Emang Manang berlakon tadi kat Astro Oasis nikmat duduk rumah...drama ni dah berapa kali dah rewind, aku je malas tengok..Melihat jalan cerita drama tersebut sangat menyentuh hati aku..Kisah lakonan Emang Manang yang pada mulanya seorang yang berjaya dan kemudian menjadi orang gelandangan..saat perubahan kehidupan beliau, beliau kehilangan keluarga tercinta, dia kehilangan kerjaya dia dan dia kehilangan kepercayaan masyarakat..dia x menjadi gila apabila dia kehilangan semua tu..dia cuma menjadi orang gelandangan yang berjalan-jalan di sekitar Key Ell tu..dan bermulalah perbandingan perbezaan kehidupan beliau ketika beliau menjadi manusia yang berjaya dan manusia gelandangan...

Bagi aku untuk menceritakan jalan cerita drama ni sepenuhnya, memang x r kan..sila download sendiri...haha..tapi banyak benda yang aku pelajari daripada cerita ni..kita hidup di dunia ni memang xkan sempurna..pasti ada masa kita akan jatuh..Janganlah kita ingat kita ni bijak je memanjang..ada masa gak kita bodoh memanjang, cuma xnak akui je...:p

Justin Timberbalik ada cakap what goes around comes around..It's mean that our life is really like a wheel pandai juga budak NSYNC...sekejap di atas..sekejap di bawah..Ingat, kesenangan ketika berada di atas sebenarnya suatu ujian yang Allah kasi untuk kita sedar yang kita ni jenis pandai ucap Alhamdulillah ke x..kalau x,bila2 masa je Allah boleh turn over the wheel..fahimtu??

Bila kita lihat pusingan roda tu, kita pasti sentiasa nak duduk kat atas kan..ye lah, hina kot duduk bawah for certain people..dan bila dikatakan duduk atas, pasti ia mengenai nikmat..Nikmat Allah di dunia ni sangat banyak..antaranya,time aku tengah taip entry ni antara nikmat Allah lah ni..aku masih boleh menggerakkan jari untuk menaip dan melihat skrin untuk memperbaiki isi kandungan entry aku..tetapi kalau aku x reti bersyukur, siap siaga lah aku untuk kehilangannya...

Indeed, what goes around comes around but that around we could stop it for a while if we learn to say Allhamdulillah in each our action..:)..

ALHAMDULILLAH

No comments:

Post a Comment