Sunday, December 25, 2011

2011 - Suatu Cabaran


Mentang2 next year EURO, semangat terlebih lak aku...:p

2011..sejujurnya memang suatu cabaran untuk aku..buat pertama kali aku rasa aku belajar mengenai apa itu kehidupan..lambat giler kematangan aku..tinggal beberapa hari sahaja lagi tirai 2011 akan dilabuhkan..terlalu banyak peristiwa, cerita, masalah menjengah dalam kehidupan aku pada tahun ni...

Dari Januari sampai Disember ni, this is my story cannot story everything..Mungkin siapa yang selalu baca blog ni dan rajin, belek balik lah entry2 aku yang lepas tu..You guys will get a hint what really happen to me for this year..

Marah..menyumpah..memuji...stress..bersyukur..kesedihan..
Itu antara sifat2 aku sepanjang tahun ni..seriously, banyak yang mazmumah dari yang mahmudah well done afif..
Ramai juga yang menegur aku..well,nak buat macam mana..Muhammad Afif ni seorang yang x makan saman..:p
tapi aku harus berubah..sampai bila aku harus begini..I'm just getting more hate rather than love if I continue to stay on this kind of attitude..Allah pun ada cakap Dia xkan mengubah sesuatu kaum tu melainkan kaum tersebut sendiri yang mahu berubah..Biar perlahan,asalkan sampai ke destinasi perubahan yang aku idamkan..InsyaAllah, He will always be on my side..pedulikan mulut2 jahat yang x habis2 buat aku nak mengamuk je memanjang...

2011 juga antara tahun aku dikurniakan dengan orang2 yang cukup membantu aku ketika aku dalam kesusahan..aku cukup bersyukur kepada-Mu kerna mengurniakan aku dengan mereka2 yang cukup menyayangi aku..
ketika aku stress kesorangan..ketika aku menangis sendirian, ketika aku kehilangan hala tuju..mereka2 ini muncul dan berada di samping aku, membantu aku untuk kuat, tabah dan bangkit menghadapi cabaran2 tersebut..Terima kasih awak2 semua...:)

2011 juga kehilangan beberapa2 orang yang amat aku sayangi..dan paling menyedihkan mereka pergi ketika aku berada di tempat lain..Ya Allah..ampunkan aku Ya Allah..:(..Kehilangan mereka amat memberi kesan kepada aku..yang pasti, ajal maut itu ditangan Allah..bila2 masa sahaja suis aku ni akan di switch off kan..Aku kena bersedia bila2 masa sahaja yang Malaikat Izrail akan menjemput aku...

Secara konklusinya, 2011 mengajar aku untuk lebih matang..x payah nak emo2 dah walaupun ada je nak buat aku menyumpah seranah..Sesungguhnya yang baik2 sepanjang 2011 ni hanya dari Allah..yang buruk sesungguhnya daripada aku yang sentiasa lemah ni..May 2012 give another great experience for me..Ameen...:)

p/s: aim 2012 yang paling besar nak cari bakal isteri..boleh x??

No comments:

Post a Comment