Friday, February 25, 2011

Luahan Hati dan Perasaan

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang...

dah lama x update blog yg bajet famous ni...terlalu banyak benda yg datang dan pergi semenjak pemergian arwah nenek ku..terlalu banyak emosi dan perasaan yg aku dapat sehingga aku rasa aku x dapat tahan lagi...

terima kasih kepada dua senior yg telah menjadi tempat luahan hatiku..x pasal,akak berdua kena dengar bebelan junior sorang ni..

people will always have some place to let out all those emotions in their mind and heart..but me..they have their parents, mereka ada teman2, yg laki2 ada gewe masing2 and vice versa...mereka cukup senang meluahkan apa yg terbuku dihati mereka..

aku??
Aku ada ummi dan abah (panjangkan umur mereka Ya Allah) tapi cukup susah utk aku bercerita dgn mereka kalau mahu dibandingkan dengan adik-beradik aku yg lain..Egokah daku ini??
Aku ada teman2 dari zaman sekolah,PLKN dan sekarang UIA (x termasuk segala kem2 dan pertandingan2) yg aku boleh ceritakan apa yg terbuku dihatiku (nak ke budak2 ni dengar cerita aku?) tapi aku x ambil kesempatan tersebut..Egokah daku ini??
Aku xde gewe..jadi ni x masuk port!!!!

Adakah ego menyebabkan aku payah berkongsi sesuatu dengan orang..aku bukan ego..aku x suka menyusahkan orang (bunyi macam ego)..walaupun aku ni bukan jenis yg berdikari dan senang sgt tapi aku cuba untuk tidak menyusahkan orang disekeliling aku yg aku cukup sayang (konpem kena gelak) untuk merasai sama kesusahan aku..aku takut aku akan mengambil kesempatan terhadap mereka yg sudi membantuku..aku ni bukan kuat sgt melawan hasutan syaitan (perangai aku pun dah mcm setan)..aku xnak jadikan ini sebagai batu loncatan (sampai sekarang aku x faham penjodoh bilangan ni) utk aku terus menyusahkan mereka...

Let it me the only person yg akan terus memendam segala masalah,perasaan yg bercampur aduk ni daripada diketahu ramai orang..payah2 sgt,aku ada Allah dan aku pasti Allah selalu bersama hamba-Nya yg mencari Dia sebagai tempat mengadu terbaik di dunia...

Doaku spada-Nya agar mereka yg menyayangi daku terus dipanjangkan umur..biarkan aku menghadap Mu terlebih dahulu daripada mereka2 yg banyak menyokong dan membantuku di dunia ini..


sila jaga kesihatan yek Aboh..
gemok,belajar biar pandai..

Sunday, February 13, 2011

13 Februari 2011

Setiap manusia lahir disebabkan-Nya dan akan pergi meninggalkan dunia ini juga disebabkan-Nya..


Xde guna kalau seseorang mahu meratapi dan menyesali atas pemergian insan yg disayangi apabila Yang Maha Esa terlebih dahulu memanggil insan tersebut...


Yang penting, insan yg sudah menghadap Pencipta-Nya disedekahkan dengan doa dan ingatan yg tulus ikhlas daripada yg masih bernyawa agar insan tersebut mampu melepasi ujian di dalam alam barzakh dengan baik dan bakal diletakkan di syurga idaman semua bersama para nabi-nabi dan juga para solihin...


*Tok,apik akan merindui tok..semoga tok aman di alam sana..tok tunggu apik tau nanti..apik akan bakal menyusul nanti...

Thursday, February 10, 2011

ummi...aboh...sakit ni...

Assalamualaikum pembuka bicara...

Hari ni hari paling aku xde mood nak belajar..sebabnya...MIGRAIN...migrain aku yg dah 2 bulan lebih x datang bertanya khabar, tiba-tiba mengetuk kepala aku yg besar ni tanpa ku minta dan x kasi salam...dah 2 malam dia dtg mengetuk tapi aku x kasi masuk...semalam dia berjaya kabak masuk menyebabkan aku x lena tidur semalam..aisshhh...

Hari ni (termasuk time aku tgh tulis post ni) dah 4x aku muntah disebabkan si dia yg x dijemput ni..segala pisang goreng (hukum DM), nasi, daging masak kicap dan sayur apa entah keluar balik..Ya Allah,aku memohon pada-Mu,jauhilah aku dari gangguan si dia ni...aku sgt x larat kalau si dia dtg mengacau hidupku..Aku tau dia dihantar oleh-Mu utk menghapuskan dosa2 ku dan menyedarkan aku yg aku telah melupai-Mu..aku memohon pada-Mu Ya Allah,aku cuma insan biasa yg lemah dan selalu melupakan-Mu..Engkau hapuskan lah dosa-dosaku,ampunilah aku kerana melupakan-Mu dan hilangkanlah si dia daripada diriku ini...Amin, Ya Rabb Al-Amin....



Saturday, February 5, 2011

AIR MATA

Ni cuma short post ko..kenapa tiba2 malam ni aku rasa x sedap hati...rasa sangat x selesa malam ni..aku sudah solat sunat 2 rakaat tapi masih lagi rasa x selesa..yg paling bengong aku menangis ketika solat isya' tadi..Ya Allah..kenapa dengan aku malam ni..

Aku cuma akan menangis dalam situasi2 tertentu tapi malam ni aku menangis tanpa sebab musabab yg aku sendiri masih lagi keliru kenapa ini semua berlaku..Adakah aku ada berbuat salah dengan orang yg aku rapat...urm...mungkin ada..Ya Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Pengampun..aku mohon pada-Mu,ampunilah dosaku jikalau tutur bahasa ku menyebabkan ramai yg terasa dengan ku..ampunilah aku jikalau perlakuan ku menyebabkan orang x selesa dengan ku..Aku x mahu perasaan x selesa ku ini akan menjejaskan tumpuan ku Ya Allah..berilah aku kekuatan untuk menempuhi segala rintangan ni..


* air mata ku tidak bernilai seperti air mata TGNAZ..air mata beliau tumpah kerana melihat umat Islam semakin lemah pada masa kini..air mataku tumpah bukan spt air mata tok guru..air mataku tumpah disebabkan kealpaan aku..semoga Allah memaafkan dosaku ini....

B.O.D.O.H

Assalamualaikum...

Semalam hari yg cukup meletihkan bagiku..dan semalam juga hari aku menyaksikan kebodohan-kebodohan manusia yg menyebabkan aku terfikir bahawa Allah telah membezakan manusia dan haiwan melalui suatu benda yakni aqal tetapi kenapa manusia2 bodoh ni x menggunakan aqal tersebut uk menjadi orang yg lebih cerdik dibandingkan dengan seekor haiwan (kalau mu belajor kt UIA xdop guna gok kalau dop reti guna aqal). Aku kasi satu contoh orang bodoh yg aku jumpa semalam. Semoga ia mampu menjadi tauladan kepada yg membaca (ada orang baca ke blog aku ni)

    Semalam ada seorang ibu dan bapa bersama seorang anak kecil..lebih kurang 2 tahun..menaiki motorsikal. Di sini ada beberapa kebodohan yg aku rasa tahap dewa dewe dewi dewu dewo. Firstly,diorang bawa motosikal tanpa membuka lampu. Aku hampir terlanggar diorang disebabkan aku langsung x sedar yg diorang nak melintas ketika aku tengah drive kereta di suatu kawasan yg terpaksa dirahsiakan. What the heck!!Ko tu bawa motosikal..bukan kereta..dah lah kawasan tu xde lampu jalan (TNB ni bodoh gak..pasang lah at least 3 lampu jalan..macam Malaysia ni miskin sangat!!)..dah lah x pasang lampu,ko bawa anak kecil ko pulak..bodoh lah wei..kalau ko x sayang nyawa ko xpe,jangan biar anak ko yg masih lagi x faham asam garam kehidupan manusia mati katak sebab kebodohan ko...
    Diorang juga bodoh tahap cipan (x pasal2 cipan jadi mangsa) bila drive motosikal tanpa memakai topi keledar. Aku cukup bengang kalau orang bawa motosikal kat kawasan2 bandar dan kawasan sibuk tanpa memakai helmet (kalau ko drive dalam kawasan UIA je ok lagi even gerak khas akan kejar korang sebab x pakai helmet). Tolong lah ingat,statistik jelas menunjukkan yg penunggang dan pembonceng motosikal selalu terlibat dalam kemalangan..tu yg pakai helmet..yg jenis x pakai ni macam orang bodoh ni xtau lah nak cakap..kalau xnak pakai helmet,drive kat kawasan2 biasa dan x sibuk dah lah..
    Ni last kebodohan terakhir orang ni..dah lah ko drive x buka lampu, x pakai helmet dalam tengah jam macam nak berak sembelit...boleh pulak nk mencelah2 antara2 kereta2 dengan lajunya..wei bapak orang,ko bawa bini ko..ko bawa anak ko..ko x buka lampu..ko x pakai helmet dan x kasi anak bini ko pakai helmet..x payah lah mencelah2 dengan lajunya..ko ingat ko bujang lagi nak buat macam 2..mencarut2 gak aku dalam kereta semalam..aku assume ko mungkin graduate dari mana2 universiti atau kolej (kalau ko graduate dari UIA siap ko!), jadi sila lah guna ilmu human sciences (ada kaitan ke) untuk menjaga keselamatan diri ko,bini ko dan anak ko k...faham!!!!

   Baiklah,3rd entry sudah siap..sekali lagi,apa benda yg aku merepek ni..May Allah bless you guys (^^)

Tuesday, February 1, 2011

Kenapa Aku Tak Kenal??

2nd post..

rajin bebenor lah pulak aku buat benda2 ni..kali ni pasal berkenalan dan mengenali..

kalau siapa2 yang ada Fb aku & jenis stalk Fb aku (bajet famous lah ni) mesti ada terbaca komen aku dengan seorang senior yang aku hormat kat Aikol pasal tokoh2 agama yang terkenal..aku jujur cakap aku sangat sedikit mengenali tokoh2 agama Islam yg aku kenal..aku lebih kenali artis,atlet2 yang terlibat dalam sukan dan seangkatan dengannya..kadang2 aku rasa malu sebab aku sudah 22 tahun hidup di muka bumi Allah ni,aku masih hanya mengenali tokoh2 Islam dalam kuantiti yang sedikit..yang aku kenal ni pun entah aku kenali betul2 ke x..kenapa aku x kenal??kenapa jadi begini??mungkin orang cakap,ala tokoh agama je kot..yg penting ko tau benda2 lain..teettttt,jawapan awak salah..bagi aku,mengenali tokoh2 agama yg berjaya membangunkan Islam (yg membangunkan Islam sebab duit x masuk port k) amat penting selepas mengenali Allah and His Messengers..hal ini disebabkan,mereka telah bersusah payah untuk mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama yg paling ramai dianuti oleh umat manusia dimuka bumi ini (even ada yg bengong yg nak buat hub kelab malam even dah announce yg negara itu adalah negara Islam).

Kenapa aku x kenal??semuanya berpunca salah aku sendiri..aku akui mentaliti aku sebagai ex-student sekolah biasa dan berjaya memasuki universiti Islam yg penuh dengan budaya dan ciri2 Islam menyebabkan aku merasa takut dan seangkatan dengannya..kenapa aku takut??sebab kalau mahu dibandingkan dengan ilmu2 agama yg aku tahu dan ada dengan kebanyakkan budak2 kat UIA ni yg mostly memiliki ilmu agama yg tinggi daripada aku,diorang tak boleh terima aku utk hidup di kampus yg tenang ni (ni bukan kat Tenang,Johor tau...hidup cikgu Mala bior kalah pun)..aku takut yg diorang akan menimbulkan persoalan kenapa aku boleh terpilih ke UIA (aku x peduli pun sebenornya)..tapi alhamdulilah,aku berjaya memiliki kawan2 yg ada ilmu agama yg sangat aku respek & sudi berkawan dgn mamat sekular macam aku ni..aku sangat suka dapat ramai kawan2 yg boleh membantu aku hidup kt UIA ni dengan lebih teratur..aku teringin sangat belajar dengan kawan2 aku yg tau pasal ilmu2 agama ni especially mengenai tokoh2 dalam Islam ni..aku suka dengar cerita2 macam ni (sila ajar ilmu yg betul sahaja! Jangan ngada nak ajar aku ilmu2 yg tolol! Aku lempang kan jap lagi!)..

Ok..aku dah mengarut banyak ni..tak taulah motif aku tulis benda2 ni..semoga yg membaca x merasa pening..(^^)..may Allah bless you guys...