Tuesday, January 3, 2017

Misi Kundasang: Episod 1

Assalamualaikum semua.

Selamat tahun baru 2017. Lantak lah dah hari ketiga hari ini, aku doakan yang terbaik untuk semua bagi tahun baru ini. Majoriti cakap 2017 would be a hard year for Malaysia tapi aku ini yang jenis meredah semua benda, aku anggap every year is a hard one. It just depends on how you face and settle it..

Aku dan isteri baru balik dari Sabah dari 31 Disember 2016 sampai 2 Januari 2017 [Bandar KK cuma 4 jam, selebihnya di Kundasang]. It just a little treat for both of us as it is quite ups and downs year in terms of work. Personal life? Kami kahwin kot. Ini memang up up sokmo wei. Aku sebenarnya malas nak buat write up pasal trip ini sebab dengan teknologi di hujung jari, kome semua boleh tanya mbah google je on how a trip to Kundasang should be done. However, ramai pula yang whatsapp, komen kat IG aku personally minta share itinerary untuk #misikundasang ini. Jadi, meh lah kita buat amal jariah di tahun 2017 ini ye dok..hahaha

Untuk write up pasal trip ini, its better for me to start dengan benda-benda asas iaitu flight ticket and also the accomodation. Episod 1 ini aku mula dengan flight ticket lah, takkan korang nak pergi sana ikut darat atau laut sebab jarak KL ke KK lebih kurang 10000km++.

Untuk tiket tu, aku depart dengan http://www.airasia.com/my/en/home.page dan aku balik naik pesawat mahal http://www.malaysiaairlines.com/my/en.html haha. Harga tiket pergi balik seorang aku dapat RM150. Dua orang baru RM300. haha. Ada trick on how aku dapat tiket yang boleh dianggap murah ini sebab kebiaaannya harga paling paling murah RM150. Aku sebenarnya boleh je nak redeem enrich atau big point aku untuk beli tiket tapi sebab saja nak try trick baru, it totally worth it.

Trick tersebut adalah..jeng..jeng..jeng..gunalah website traveloka https://www.traveloka.com/en-my/ ..haha. Aku rasa dah ramai tahu kewujudan traveloka ini. Ia dianggap pilihan selain laman sesawang lain yang terkenal seperti skyscanner. Aku akui skyscanner memang beri harga semasa yang mana orang boleh trace better in terms untuk beli harga yang murah. Tetapi aku personally suka traveloka lagi sebab-sebab berikut:

1. Traveloka ada app dia wei. Aku yang pakai phone murah pun boleh download app dia, hangpa phone lagi mahal dari aku tok sah lah malu-malu nak download..

2. Traveloka selalu buat promotion. Kalau korang download app dia, promotion tu selalu akan keluar notification. Jadi korang tak perlu nak beli tiket dekat website 3-4 pagi. Just on the internet data and wallahhhhhh. Lagi best, promotion ini include hotel juga. Jadi you guys would save time and money kalau korang dapat grab the promotion seawal mungkin. Promotion ini akan ada period dia but it would replace with a new one kalau period promotion dah lapse. Promotion ini juga kadang-kadang buat untuk sepesifik thing macam untuk flight Malaysia Airlines je, Malindo Airline je, pemegang kad kredit cimb je dan banyak lagi. So, for those yang jenis assabiyah tinggi, sesuai sangat guna traveloka ini.

3. Traveloka juga ada buat refund item bagi sesiapa yang macam nak batalkan pembelian dia. Cumanya part refund ini depends on certain things je macam kalau beli tiket AirAsia, tok sah lah berharap dapat refund. Kome semua kena baca conditions ini semasa beli through traveloka tu.

Aku rasa itu je kot untuk episod 1 ini. Apa-apa hal kome klik je link-link yang ada untuk cerita Misi Kundasang ini ye. Oleh itu, afif signing off dulu. Till we meet again untuk 2nd episod..haha

Entah apa-apa travel tip takde gambo.. #balingkadbanksebabduittakde

Lupa pula, untuk sesiapa yang betul betul keen nak cari flight ticket, boleh follow abang power ini http://www.rambleandwander.com/ . Abang RAW ada juga twitter dia tapi aku tak ingat nama twitter abang RAW apa..haha..kindly pm dia for any ticket inquiry. Dia punya share harga tiket ini memang power. Okay, bye