Assalamualaikum...
Pengalaman berjalan sehari suntuk keseorang ketika cuti Deepavali sangat melucukan dan menarik..bermula usai solat zuhur dan sampai 9 malam, pelbagai peristiwa yang sangat memberikan aku satu persepsi baru mengenai kehidupa ini dan salah satunya mengenai cacat...
Peristiwa ni berlaku time on the way balik dari Bukit Jalil semalam selepas open house kawan plkn india aku..thanks a lot vicky for the meal and thanks to u too yana for picking me up sorry lambat sampai semalam..hehe..as usual, kalau nak sampai terminal putra @ gombak, dari bukit jalil kena turun kat masjid jamek untuk pertukaran station dan semalam sekali lagi aku tersilap naik train..aishh...time sampai masjid jamek, jam time tu dah menunjukkan pukul 6.20 pm..at that time, aku belum lagi solat asar serious teruk aku..aku terfikir, perlu ke aku solat asar dulu atau x sbb rasanya sempat je kalau nak solat kat stesen LRT putra..last2 aku decide nak solat asar kat stesen LRT putra sahaja...:D
Bila aku dah decide nak solat kat stesen LRT sana, aku ternampak seorang lelaki yang kudung sebelah melintas jalan dari arah stesen aliran sri petaling ....aku xtau kenapa aku khusyuk melihat lelaki tersebut sampai niat nak lintas jalan tiba2 x jadi..aku pun khusyuk tengok dia dan melihat dia berjalan menuju ke masjid jamek..aku pun ikut dia gak giler stalker aku untuk tengok dia masuk masjid untuk apa..mana lah tau nak tidur je ke apa serious jahat hati aku ni..tup tup, dia letak barang dia kat tepi tangga dan dia bergerak menuju ke tempat ambil wudhu'..Ya Allah, malu giler aku..aku ada kaki yang cukup pun x sesanggup macam dia untuk ke situ..jelas timbul keinsafan dalam benak hati aku..dia, seorang yg kekurangan akibat kehilangan kaki kanan dia, sanggup bersusah payah melintas jalan tanpa bantuan siapa2 untuk ke rumah Allah yang mana kalau dibandingkan dengan aku yang masih lagi sempurna tubuh badan boleh nak lengah-lengahkan kewajiban solat...
Ya Allah, kenapa dengan aku ni..ini cuma perkara asas yg aku patut tau dan letak dalam hati aku..solat bukan sesuatu yang aku patut lengah-lengahkan...aishhh...serious sentap time aku nampak dia...aku sepatutnya bersyukur masih diberikan nikmat2 kurniaan Ilahi..confirm kalau Allah tarik nikmat yang Dia beri kepada aku ni, menangis dan meroyan x berlagu lah aku...(T_T)
Maafkan aku Ya Allah...maafkan aku Ya Allah...maafkan aku Ya Allah...:(

No comments:
Post a Comment