Thursday, March 29, 2012

Ini kata2 sahabat pesantren saya.. :')

Hubungan yang harmonis antara Tuhan dan hamba-Nya selayaknya terus berlanjut dan di jaga. Namun, keadaan mapan (nyaman) kerap kali membuat manusia lupa akan hakikat 
dirinya sebagai makhluk yang butuh kepada Tuhannya.




كلا إن الإنسان ليطعغى، ان رءاه استغنى



Akibatnya banyak yang tak lagi mau berdoa. lebih-lebih sekedar mengingat Tuhan. ke adaan inilah yang kemudian (oleh ibnu athaillah) di jelaskan sebagai penyebab datangnya  mushibah. Bukan untuk menghukum, hanya dalam rangka mengingatkan makhluk terhadap apa yang ia lupakan.



أسباب مذكرة لك

mudah-mudahan, kita selalu ingat akan ketidak berdayaan kita.

Anda sahabat yang macam mana?

WW (lewat sehari)..part 1


Saturday, March 24, 2012

Mengomel di pagi hari

Hari demi hari aku lalui perkara yang hampir sama, bangun pagi pastu mandi pastu siap-siap, pastu start enjin kaki aku x pandai bawa motor dan bergerak menuju ke kuliah. Hari-hari aku akan hadapi kuliah dan kelas, jumpa kawan yang sama, kelas yang sama dan juga tandas yang sama mungkin bau sedikit berbeza.. tandas tengah tetap menjadi pojaan hati
Huhhh..aku mengeluh panjang terasa begitu letih menghadapi perkara sama berulang kali. Mungkin korang macam aku juga sesuka hati aku je nak samakan orang dengan aku, menghadapi situasi yang acap kali berlaku dalam kehidupan. bagi yang bekerja, sudah tentu bangun pergi kerja, balik kerja dan tidur. Tidak terlepas juga bagi pengemis di jalanan.Bangun tidur matlamat utama lebih banyak kutipan duit dari semalam.
Pernah korang terfikir?
Sampai bila kita mahu jadi begini. “Follow the Flow”. Atau aku perlu mengubah Flow/laluan hidup lebih fleksibel dan berbeza. Mungkin ramai diluar sana yang sudah berjaya mendapatkan apa yang mereka mahukan dan mungkin kehidupan mereka sudah selesa. Kenapa tidak kita turut berubah menjadi manusia yang berilmu,beriman dan beramal..Melihat ramai manusia megah memandu kereta mewah di mana-mana membuatkan aku terfikir.Perlu ke kemewahan? atau ianya hanya satu impian semata-mata dan dimegahkan?
Aku mula berfikir dan terus berfikir. Apa sebenarnya haluan dan tujuan hidup sebenar...Pelbagai jenis buku telah aku baca bagi mencari hala tuju sebenar haluan hidup baiklah,ni serious tipu aku baca buku motivasi...Memang payah jika hidup dipenuhi dengan rintangan...Tapi ianya menjadi perkara mudah jika dapat ditangani dengan bantuan Allah disamping usaha kita.

Sebut pasal usaha…
Usaha bukan sahaja menjadi perkara penting dalam kehidupan, malah sabar dalam usaha juga perlu. Bila kita dah berusaha, tapi tiada hasil.kenapa? solat kita dah, puasa pon dah…yang lain-lain rasanya dah okay.Kira aku dah okay la, tapi kenapa doa tak makbul? 

Allah itu Maha Adil. Jika tiada hasil hari ini, tunggu hari esok dan seterusnya atau Allah akan memberiku ganjaran pahala di akhirat sana. Jika benar usaha kita istiqamah, Allah pasti menunaikan hasrat kita. Ingat ya…kita mengutip dan mengejar amalan untuk hidup di akhirat kelak, jika kita sedar hakikat sebenar kehidupan, InsyaAllah kita akan tersenyum dan tenang sentiasa mengiringi kita sehingga ajal...Teruslah mencari rahmat Allah.Jika usaha kita tiada hasil pada hari ini.teruskan berusaha kerana esok masih ada.bukan kita mengejar dunia semata-mata.tapi kejarlah akhirat juga. dunia ialah jambatan menuju akhirat.Kita perlu melangkah dalam dunia mengejar yang nyata dan hakiki bukan duniawi semata-mata.

“ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.”
Aku juga manusia biasa seperti kalian yang sedang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.Tapi apa yang perlu kita fikirkan, sudah puaskah hidup kita dengan Allah?atau kita hanya solat setiap hari tanpa muhasabah diri.Melalui hari-hari seperti biasa tanpa apa-apa perubahan dalam diri seperti:
“Aku mesti berubah menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh .”
atau
“Aku mesti berubah menjadi kaya supaya dipandang tinggi oleh masyarakat”
Kita manusia,ada aqal ada nafsu.Anda boleh berfikir antara memilih dunia atau akhirat.
Jauh di benak fikiranku tatkala menulis ayat terakhir ini...

p/s: Nasib ada adik kat UIA ni..kalau x dah lama aku blah tinggal kan dia...:D

Kata-kata Seorang Ulama

Ingatlah kata-kata ini...

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. 
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. 
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. 
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Namun bukan mudah untuk melakukan perkara di atas kerana manusia makhluk beremosi. Sebab itulah, Allah memberikan kita akal. 

Kawallah minda, untuk kawal emosi dan SENYUM selalu walau apa jua keadaan.

p/s: padan muka kau Afif...sebiji kena dekat engkau...sila insaf macam tu...-_-

Friday, March 23, 2012

Lonely Soldier Boy

Assalamualaikum...hehe..tajuk entry??Amboi,macam bunyi sangap perempuan je...hahaha...Perempuan dengan aku memang failed, tambah2 bab mencari 'the one'..xpe lah..itu kerja Allah..He has better skills rather than me in answering who would be my special one...:)

Entry kali sebenarnya nak mengomel pasal diri aku ni haa dasar x pandai nak bersyukur...sekarang aku dah 3rd year 2nd sem..I just have one more year utk selesaikan perjalanan mempelajari undang2 yg aku sebelum ni langsung x pernah fikir..bila mikirin tiba2 Indonesia yg aku ada setahun lagi, terdetik dalam hati aku boleh ke aku survive selepas keluar dari UIA nanti..

Aku aim nak kerja dekat bawah AG Chamber sebab aku berminat nak jadi DPP tapi tanpa scholarship JPA, boleh ke impian aku ni tercapai??Hmmmmm...entahlah...aim aku cuma nak practice before the court je..itu je yang aku tau bila aku mula2 dapat tawaran belajar laws ni...

Benda yang aku paling takut bila dah keluar nanti is aku x kenal mana2 firm yang aku boleh try kawtim..yg aku kenal dan rapat cuma Azmi n Associates je...haha...xpe lah Muhammad Afif, hidup aku dekat AIKOL tu pun boleh sorang2..xkan time nak kerja nanti x boleh sorang2 cuba menyedapkan hati...

Baiklah, chow lah dulu..nak siap2 solat Jumaat lak..Bye2...

#Sangat cibai sape2 yang cari aku semata-mata kawan rapat dia xde atau cari aku sebab nak belajar je...:)


Friday, March 16, 2012

Me, friend and affectionate one

Untuk Sahabatku
Muhammad Afif..
Indah sang surya mewarnai dunia
memupuk harapan dan rasa
semua tercipta sebagai kurnia
untukmu, untukku, untuk kita semua...

Jarak jauh tiada penghalang
iringan doa selalu datang
dalam harap dan ketulusan
mengingatmu Bang Mawi, wahai kawan..

Andai semua dapat kembali
ku ingin masa dimana kita dapat tertawa bersama
bercerita indah menghabiskan larutnya malam
di keheningan hari tanpa sepi
menatap jalanan yang tiada apapun disana...

Bang Mawi, perjumpaan tiada yang berencana
perpisahan adalah hak yang pasti datang
kadang kita sadar waktu keduanya datang
namun banyak dari kita yang tidak sadar kala keduanya pergi
meninggalkan kita
meninggalkan kenangan..

Semua begitu indah pada waktunya
ku selalu berharap dalam do'a..
waktu itu akan segera datang dan tak akan pergi..
Salam rindu dan doa tulus dariku
selalu untukmu, Bang Mawi..
*Terima kasih atas kado dan hadiah uniknya.  Insya Allah bermanfaat. 

He could be an affectionate one to me..Why I can't do the same thing? #MukaToya #MasaUntukMuhasabahDiri

Friday, March 9, 2012