Thursday, November 10, 2011

Hati dan Batu...

Assalamualaikum..entry kali ni pasal hati..hati lagi??Apa kena dengan aku ni..asyik2 pasal hati..nampak sangat hati aku ni tengah x tenang dan hitam nak mati..Well, nak buat macam mana, hati aku ni bukan macam hati Rasulullah s.a.w yang 2x dicucikan oleh Malaikat dengan air zam-zam..:)

Kali ni aku nak cerita pasal hati dan batu..aku terdetik benda ni bila dengar pasal ni dekat radio IKIM..perghh aku dengar IKIM tu..aku x pasti the exact topic si deejay dengan tetamu dia bincang tapi ada kaitan pasal hati dan batu..Aku sebelum tu tengah dengar Hitz.fm tapi sebab time tu lagu x best, aku tukar lah channel..tup tup, sampai siaran 100.2 fm di Terengganu hehe aku dengar perbincangan mengenai hati ini sampai habis dan banyak benda bagus yang aku dapat daripada perbincangan ni...

Allah S.W.T ada berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 74 yang bermaksud;
" Then after that your hearts were hardened and becomes as stones or even worse in hardness. And indeed there are stones out of which rivers gust forth, and indeed, there are them (stones) which split asunder so that water flows from them, and indeed, there are of them (stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do. "
Firman Allah dalam ayat di atas menggambarkan mengenai kekuasaan Allah mengubah hati seseorang yang terlalu keras sehingga digambarkan kekerasan tu seperti kerasnya batu atau lebih daripada itu..Perghhh..serious hebat kuasa Allah...

Bagi aku, isu hati keras macam batu ini adalah fitrah kehidupan..Bukan semua orang berhati lembut..Macam aku, aku ni boleh dikategorikan hati keras dan xde perasaan..Seperti yang mana kita tahu, setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih, tanpa sebarang corak..Corak kita ditentukan oleh ibu bapa kita dan bila kita meningkat dewasa, corak itu ditentukan oleh kita pula..Semestinya, corak yang ditentukan oleh ibu bapa confirm yang terbaik punya..Diorang ajar solat, hormat orang tua, belajar baik2 dan sebagainya..Aku pasti hati setiap orang sangat bersih time ni..Corak ni mula menjadi masalah kalau usia dah mencapai tahap akil baligh yang memerlukan kita menentukan dengan mendalam apa yang terbaik untuk hati kita..dengan pelbagai dugaan kehidupan seperti benda, manusia dan banyak lagi, hati pasti menjadi keliru..kalau keliru tapi dapat jumpa jalan balik, alhamdulillah..ni x jumpa jalan balik yang jadi sekian,terima kasih tu...bila x jumpa jalan balik, makin sesat lah hati  tu sehingga Allah sendiri cakap boleh jadi seperti batu...

Bila lihat betul2 ayat Quran di atas, Allah cakap hati hamba-Nya yang keras pasti akan berjaya dilembutkan oleh si Dia.. tetapi aku harus sedar yang hati aku ni automatic Allah nak tolong lembutkan..Aku harus berusaha terlebih dahulu belajar melembutkan hati aku..Allah pun ada pesan Quran, Dia tidak akan menolong umat-Nya untuk berubah melainkan mereka sendiri yang sanggup berubah dahulu..Tu guideline Allah kasi dalam kitab-Nya..Aku x boleh mengharapkan orang lain berdoa je untuk aku agar aku bisa berubah..I need to take a step earlier..
Antara langkah2 aku ambil sekarang adalah cuba untuk kurangkan menjadi emotional..walaupun ada je saat nak naik hantu tapi aku cuba salurkan kemarahan aku dengan tidak menunjukkannya..cukuplah pengalaman lepas mengajar aku..aku xnak pisang berbuah 2x..aku cuba memujuk hati aku dengan bercakap "sabar apih..sabar apih..dugaan je ni"..selain tu,aku lebih fokus mengisi kemarahan aku dekat blog aku..aku akan menulis apa2 saja yang aku nak tapi bukan pasal apa aku marah..alhamdulillah, it works for me..

Selain daripada itu, aku lebih fokuskan mencari bahan bacaan yang boleh mendidik hati aku..bahan bacaan ni x semestinya buku2 agama je tapi buku2 novel pun ada je yang bagus..Antara bahan bacaan kegemaran aku sekarang novel2 karya Andrea Hirata dan majalah Solusi..Sejujurnya, bahan2 bacaan ni sangat mendidik dan membuka hati dan minda aku mengenai fitrah kehidupan dalam dunia ni..Nak tau apa yang best pasal dua benda ni, cuba lah baca yek...:)..Selain itu, aku juga mendownload peduli apa aku copyright ke x kuliah2 agama yang telah dimuat naik betul x ayat aku ni di Youtube..aku kena harus mula belajar mencari orang2 yang boleh menjadi tok guru untuk aku..tetapi benda ni aku x boleh amalkan selalu sebab bila nak menuntut ilmu, seharusnya aku pergi mencari mereka yang boleh membantu aku, bukan mendownload..bengong punya aku..jadi, kepada budak2 UIA, kalau ada kuliah2 agama yang best, nanti ajak aku yek..tapi dalam UIA je lah dulu..kalau kat luar, aku payah sikit sebab xde transportation dan malas nak keluar....:)

Aku cukup yakin yang hati aku ni pasti akan mampu berubah walaupun akan mengambil masa... cukuplah aku berperangai seperti batu..secantik mana batu tu pun kalau baling konpem sakit sebab sifatnya yang keras..walaupun aku ni handsome tu dia, x malu giler aku xde guna juga kalau hati x handsome..kalau nak handsome, biarlah luaran dan dalaman..Sekian, wallahualam...:)

p/s: kenapalah Wonder Girls keluar lagu baru time SNSD tengah panas..stress aku..hahaha








No comments:

Post a Comment