Thursday, May 10, 2012

Edisi Khas: Abah


Abdullah bin Haji Salleh adalah anak kelahiran Kampung Kemuning, Machang, Kelantan,tetapi dibesarkan di Kampung Padang, Temangan, Machang Kelantan,Darul Naim. Mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Pondok Tuan Guru Haji Abdul-Rahman bin Sulaiman, Sungai Durian, Kuala Krai,Kelantan,bermula dari awal tahun 60-an sehingga akhir tahun 1969 m. Kemudian pada tahun 1970 m. hingga tahun 1976 m. menyambung pembelajarannya di Qismus-Tafaqquh Fid-Diin di masjid Al-Muhammadi,Kota Bharu, Kelantan. Selepas itu, abah meneruskan pencarian ilmu ke India, dan merebut peluang mempelajari pelbagai ilmu di Universiti Darul-Uluum, Deoband,Utter Pradesh,India. Di sini abah berkesempatan menghafal Al-Quran secara kendiri. Sesudah itu, abah menyambung lagi pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga memperolehi ijazah dan diploma pendidikan. Abah pernah berkhidmat sebagai Guru Pendidikan Islam di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, Selangor Darul Ihsan, di samping menyumbang khidmat sebagai pendakwah.

I'm not a good story teller..Many things I can write about him in this blog but it will be not enough because his life is so precious either to me, my family, his family and anyone who knows about him either directly or indirectly..Bercakap mengenai anyone who knows him, di sini ada satu nukilan daripada seorang yg sempat belajar dengan abah..cikgu ramli,ayah kepada fuad syazwan..presiden lawsoc..his entry about abah sangat buat aku menititiskan air mata..Ini adalah entry beliau mengenai abah...

Hari ini aku kehilangan seorg Tok Guru, al-Fadhil Ustaz Hj Abdullah Salleh, yg telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di hospital HSNZ Kuala Terengganu. Beliau banyak membimbing dan mendidik ku menjadi seorang manusia yg mempunyai kecintaan kepada Allah wpun tidak sehebat org2 lain, wpun sekadar sekadar menjadi manusia yg tidak derhaka kpd Allah. Beliau memanduku bagaimana hidup dalam dunia politik dgn mengikut pejuang2 yg ingin melihat Islam tertegak di Malaysia. Dapat juga aku menangguk sedikit ilmu yg begitu banyak tersimpan dalam dadanya. Beliau mengajarku mengenal al-Quran sebagaimana ayahandaku mengenalkan aku dengan huruf2 al-Quran sehingga aku boleh membacanya.

Beliau kembali mengadap Allah dengan membawa bersamanya ayat2 al-Quran yg dihafalnya beserta dengan ilmu2 yg banyak. Kealimannya dipuji oleh sahabat2 beliau yg pernah kutemui. Hilanglah sebutir sinar ilmu yg banyak lg yg belum kita timba. Banyak amal jariah yg telah dilakukan semasa hidupnya. Beliau telah menterjemahkan kitab al-hikam dan mensyarahkannya di Masjid al-abrar, Kg Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu. Beliau menulis buku tafsir surah Yasiin dan di syarahkan di masjid yang sama. Kemudian beliau menulis buku rawatan mengikut Rasulullah dan disyarah di masjid yg sama juga. Banyak lagi tulisan2 beliau yg tidak dibukukan. Beliau mempunyai ramai murid semasa mengajar di Kolej Islam Kelang dan juga semasa menyampaikan kuliah-kuliah di Selangor dan Negeri Sembilan. Beliau terlibat dengan peperiksaan STPM.
Beliau seorang yg warak dan soleh. Beliau cintakan kepada ilmu dan sangat suka membaca. Beliau lama belajar di pondok sebelum menyambung pelajaran di Masjid Muhammadi Kota Baru di bawah bimbingan Allahyarham Tn Hj Nor bekas mufti Kelantan dan juga TG Nik Abdul Aziz. Kemudian meneruskan pelajaran ke India. Seterusnya ke Universiti al-Azhar sehingga mendapat master. Beliau mahir dalam bahasa arab, al-Quran dan fiqh. Beliau juga lama tinggal di Mekah. Beliau seorang yg kuat berusaha dan rajin belajar. Pernah beliau menceritakan kepada saya semasa belajar al-Quran di al-Azhar, beliau dihalau oleh gurunya tetapi beliau tetap pergi keesokannya dan seterusnya.
Kepada seluruh murid-muridnya, sahabat-sahabatnya, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah semoga roh beliau mendapat segala keistimewaan yg dijanjikan oleh Allah kepada hamba2Nya yg taat kepada Allah. Semoga roh beliau dikumpulkan bersama-sama dengan org2 yg soleh, sidiq, muqarrabin dan bersama Rasulullah saw di syurga yg penuh kenikmatan. Semoga Allah memaafkan segala dosa2 beliau, melapangkan kuburnya, menjadi sebahagian dari taman2 syurga dan mendapat kerehatan di dalamnya menunggu nikmat yg lebih hebat. Aamiiin ya Rabbal 'alamin."


Itu cerita beliau yg belajar di bawah abah..yg aku cukup respect abah ialah dia sanggup susah payah time belajar just for the sake of knowledge..Ya Allah,begitu rendahnya aku kalau dibandingkan dgn abah.. :'(..too many things I can't do with him..I really miss him so much..Aku cukup berangan untuk memberikan cucu kepada abah tapi ajal maut terlebih dahulu menjemput beliau..:'(

Semoga abah tenang di alam sana..Apik cukup dan sangat merindui abah..abah doakan apik berjaya dunia akhirat dari sana yek...