Sunday, November 6, 2011

Solat cepat dan lambat

Assalamualaikum...

Masa??Kenapa dengan masa...apa kaitan masa dengan entry terbaru aku ni baru lah sangat..dah lama aku peram...haha..Bila sebut masa, Allah dah kasi clear guideline pasal masa ni..x caye, ace try cuba test baca Surah Al-Asr tu..dokket Allah start dengan 'Demi Masa'...:)

Aku xtau kenapa kalau bab2 masa aku ni sensitif sangat tiba2 je..maksud sensitif ni aku x suka lewat dalam sesuatu benda ada je lewat sebenarnya terutamanya bab solat..hehehe...tapi aku boleh cakap berlagak giler dalam banyak hal aku x suka lewat2...kalau orang cakap nak jumpa pukul 9am, bagi aku perjumpaan itu harus bermula 9am, bukan 9am baru nak gerak dari tempat tidur...:p..Aku kalau terlewat pun biasanya sebab aku ada hal penting yang belum selesai atau badan penat sangat nak bangun dari tidur...:D..x berniat pun nak lewat2...hehehe

Tapi ada suatu perkara mengenai ketepatan masa ni yang buat aku pening memikirkannnya minta maaf ee sebab aku fikir benda2 macam ni lagi..hehehe..kenapa ada orang cuma pandai menepati masa dalam sesuatu perkara sahaja..bukan dalam setiap perkara..dan perkara yang aku nak cakap pasal ketepatan menunaikan solat..macam aku cakap tadi, aku bukan punctual sangat pasal solat2 ni tapi aku cuba sedaya mungkin untuk solat di awal waktu dan solat kerana Allah, bukan kerana benda lain..aku nak kasi contoh, pasal orang yang buat aku pening ni..mereka sanggup solat awal tiba2 semata-mata nak jumpa awek atau pakwe..semangat nak pergi jumpa tu bukan main..sanggup siap awal dan solat awal semata-mata nak jumpa yang si tercinta..aku cuba untuk husnuzon tetapi bila2 aku observe orang2 macam ni mereka cuma solat di awal waktu kerana nak pergi jumpa awek, bukan kerana Allah S.W.T...

Aku bukan nak berlagak alim atau baik tetapi don't they ponder and wonder whether Allah will accept their prayer or not bila solat di awal waktu kerana awek atau pakwe..memang niat solat tu 'fardhu ke atas ku kerana Allah S.W.T' tetapi bila diselitkan sekali ketika mula2 amek wudhu dan menuju ke arah sejadah bila awek atau pakwe message lambat lagi ke, bukankah akan menukarkan niat solat nanti menjadi perkara lain...aku xde authority untuk bercakap benda ni..aku bukan budak society macam MC,Karisma,Abim,PKPIM atau seangkatan dengannya yang bila bercakap benda ni orang akan wooo....aku cuma bercakap dari segi logik akal yang masih berlandaskan prinsip2 rukun Islam dan Iman...

Mungkin bila orang baca post aku ni akan perli aku yang aku xde awek, boleh lah cakap ni..boleh cakap besar..well, di sini aku mohon doa korang untuk jauhkan aku dari terjerumus dalam situasi ni..kan Islam menyuruh kita sesama Islam untuk menegur antara satu sama lain...:)..Pasal isu ni, aku x salahkan mereka yang terpaksa solat awal kerana pasangan masing2 akan emo kalau datang lewat tapi aku salahkan pasangan diorang ni..cuba tolong lah fikir, pasangan anda tu bukan lembu yang telah diikat tali kat hidung..berilah mereka ruang untuk solat dengan tenang hati kerana Allah..korang xnak pasangan korang dapat pahal free ke??Korang gak suka nanti kalau pasangan korang ni seorang yang bagus dalam agama...Memang nak kena pukul kalau korang marah pasangan korang yang datang lambat akibat solat terlebih dahulu...:p

Jadi, fikir-fikirkanlah..rasa-rasanya semua tahu yang solat itu tiang agama..x solat ibarat meruntuhkan agama..tapi kalau solat bukan kerana Dia ibarat meletakkan anai2 kat tiang tu yang lama2 akan menghakis tiang tu and last2 akan meruntuhkan juga tiang tersebut...Aku sentiasa doakan mereka2 ni mampu berubah dalam isu ni..Fikirkanlah yang terbaik untuk hati anda tersebut...:)...Wassalam...

p/s: stress bila nak melapah daging...aiishhh

No comments:

Post a Comment