Monday, December 12, 2011

Janganlah kedekut sangat


Assalamualaikum..A+...Impian semua orang kalau suasana final examination tiba2 je mengetuk minda, hati dan badan setiap para pelajar..Itu yang bakal dialami budak2 UIA sebab tinggal kurang 2 more weeks, final examination will come..Time ni, siapa2 yang selama ni malas nak pergi kelas, pergi tutorial, assignment pun hantar last2 minit akan berubah 360 darjah semata-mata nak memastikan x fail untuk setiap subjek yang diambil semester ni...

Well, that's life..Bukan semua orang rajin macam aku ni puji diri nampak...Time dekat2 nak exam ni lah, ramai akan mencari golongan bijak pandai untuk menerangkan dan menanyakan apa2 points, facts, cases berkaitan sesuatu subjek...Di sini, kita boleh lihat sama ada golongan bijak pandai tu jenis pemurah ilmu atau kedekut ilmu...:)..

Ilmu adalah sesuatu perkara yang bagi aku patut dikongsikan..bukan simpan dan buat peram..Ingat petai jeruk ke apa...Aku bukanlah nak cakap aku ni pandai yang orang selalu rujuk..Kalau aku pandai, dah lama aku jadi DL tiap2 sem..ada gak part yang aku bodoh tahap langit petala kelapan...Aku cuma x faham sangat orang yang kedekut ilmu ni..Ada 2 jenis orang yang akan datang bertanya ketika fina examination datang menjengah..ada yang datang bertanya tu datang dengan ilmu yang kosong, tanpa sebarang persediaan langsung..dan ada yang datang bertanya memang dah ada ilmu pasal sesuatu topik tapi mungkin dia perlukan penjelasan yang lebih lanjut lagi..Aku pernah melihat hamba Allah ni yang didatangi dengan dua jenis orang ni...dan aku terkejut dia buat bodoh dan siap halau jenis orang yang pertama...Dia cuma layan jenis orang yang kedua je..What the heck man!!!

Katakan aku jumud tapi bagi aku, ilmu yang kita tau tu xkan hilang punya kalau ajar orang bodoh...Ingat, kita pun BODOH masa awal2 masuk sem..x payah berlagak yang kau dah tau principles dalam setiap subjek yang kau ambil awal semester..Apa masalahnya kalau ajar jenis orang yang pertama..Orang Terengganu cakap "dop degih lasung"..Well, memang salah orang tersebut x belajar awal2..x faham awal2...tapi bagi aku itu bukan satu masalah besar...Kita boleh ajar dia dari awal juga..kalau lectures kita boleh layan kita dengan melayan pertanyaan kita mengenai topik awal sem ketika nak habis sem dah ni, kenapa kita yang cuma students je x boleh tolong kawan sendiri yang merupakan seorang pelajar macam kita juga..ditujukan kepada dir sendiri dan lecturer yang terlibat..haha..Sebab itulah orang putih buat term 'consultation'..tiba2 je

Mungkin kita akan cakap aku nak study juga..Kalau aku ajar kau, bila masa aku nak cover topics yang aku belum cover...Ingat, Nabi sendiri pernah cakap sesiapa yang mengajarkan sesuatu kepada orang lain dengan niat kerana Allah, dia akan mendapat keberkatan daripada 2x ganda daripada Allah terutamanya ilmu yang diajar...See, besar tu pahala dapat..Ingat, purpose of examination bukan sekadar nak berjaya di dunia ni tapi di akhirat nanti...X payahlah kedekut sangat...Even just for a simple question, bukakanlah hati untuk menolong mereka...Kalau kita xtau pasal topics tu, bagitau je xtau..X payah nak berlagak ajar gak..Kan x pasal2 makin bengong orang yang bertanya tu...

Stress menjelang final exam itu perkara biasa..nak hafal tu..nak hafal ni..sampai orang bertanya x faham soalan pun stress..tapi fikirlah positive time orang datang tanya tu..Kita jadikan soalan2 yang dia tanya sebagai tempat kita meluahkan stress kita..Kita cerita semua benda yang kita tau pasal soalan yang ditanyakan tu..Ingat, kita stress sebab kita hafal banyak sangat before exam dan xtau nak luahkan kat mana segala rumus2 tu..jadi,ambilah kesempatan dengan menjadikan soalan2 yang ditanya sebagai tempat membuang stress..Serious menjadi..Korang boleh cuba...:)..

Ingat kalau yang bertanya tu berjaya, kita berkongsi kegembiraan mereka sebab dengan ilmu yang kita ada, dia pun boleh berjaya..Korang x suka ke ilmu yang korang ada tu berjaya menggembirakan mereka..Lantaklah mereka ucap terima kasih ke x, yang penting korang berjaya buktikan perkongsian ilmu sangat menguntungkan daripada membawa sebarang kerugian..

Konklusinya, ilmu tu luas..xkan hilang punya kalau kita kongsikannya kepada orang lain..Allah pasti mengaturkan perjalanan yang lebih indah dan sempurna bagi mereka yang sudi berkongsi ilmu...May Allah bless all of you..Good luck for this coming final examination...Wat molek2 boh...:)

p/s: comel je Vierra yang nyanyi lagu Semua Tentangmu...:D

4 comments:

  1. mawi, nk pnjam basic document nanti,, jangan kedekut.. haha

    ReplyDelete
  2. hehehe..hari tu aku gi Melaka..ada alasan kukuh...:)..nanti aku kasi pinjam...:)

    ReplyDelete
  3. ok fine.
    ..
    napok sgt kate ke aku :(

    ReplyDelete
  4. urm...aku dop kate mu pung tapi kalau mu terase, ada aku kesoh...:D

    ReplyDelete