Sunday, December 25, 2011

2011 - Suatu Cabaran


Mentang2 next year EURO, semangat terlebih lak aku...:p

2011..sejujurnya memang suatu cabaran untuk aku..buat pertama kali aku rasa aku belajar mengenai apa itu kehidupan..lambat giler kematangan aku..tinggal beberapa hari sahaja lagi tirai 2011 akan dilabuhkan..terlalu banyak peristiwa, cerita, masalah menjengah dalam kehidupan aku pada tahun ni...

Dari Januari sampai Disember ni, this is my story cannot story everything..Mungkin siapa yang selalu baca blog ni dan rajin, belek balik lah entry2 aku yang lepas tu..You guys will get a hint what really happen to me for this year..

Marah..menyumpah..memuji...stress..bersyukur..kesedihan..
Itu antara sifat2 aku sepanjang tahun ni..seriously, banyak yang mazmumah dari yang mahmudah well done afif..
Ramai juga yang menegur aku..well,nak buat macam mana..Muhammad Afif ni seorang yang x makan saman..:p
tapi aku harus berubah..sampai bila aku harus begini..I'm just getting more hate rather than love if I continue to stay on this kind of attitude..Allah pun ada cakap Dia xkan mengubah sesuatu kaum tu melainkan kaum tersebut sendiri yang mahu berubah..Biar perlahan,asalkan sampai ke destinasi perubahan yang aku idamkan..InsyaAllah, He will always be on my side..pedulikan mulut2 jahat yang x habis2 buat aku nak mengamuk je memanjang...

2011 juga antara tahun aku dikurniakan dengan orang2 yang cukup membantu aku ketika aku dalam kesusahan..aku cukup bersyukur kepada-Mu kerna mengurniakan aku dengan mereka2 yang cukup menyayangi aku..
ketika aku stress kesorangan..ketika aku menangis sendirian, ketika aku kehilangan hala tuju..mereka2 ini muncul dan berada di samping aku, membantu aku untuk kuat, tabah dan bangkit menghadapi cabaran2 tersebut..Terima kasih awak2 semua...:)

2011 juga kehilangan beberapa2 orang yang amat aku sayangi..dan paling menyedihkan mereka pergi ketika aku berada di tempat lain..Ya Allah..ampunkan aku Ya Allah..:(..Kehilangan mereka amat memberi kesan kepada aku..yang pasti, ajal maut itu ditangan Allah..bila2 masa sahaja suis aku ni akan di switch off kan..Aku kena bersedia bila2 masa sahaja yang Malaikat Izrail akan menjemput aku...

Secara konklusinya, 2011 mengajar aku untuk lebih matang..x payah nak emo2 dah walaupun ada je nak buat aku menyumpah seranah..Sesungguhnya yang baik2 sepanjang 2011 ni hanya dari Allah..yang buruk sesungguhnya daripada aku yang sentiasa lemah ni..May 2012 give another great experience for me..Ameen...:)

p/s: aim 2012 yang paling besar nak cari bakal isteri..boleh x??

Sunday, December 18, 2011

Saya tampar awak..Saya ludah awak...


Rasanya ramai dah tengok video ni..Perghhh..marah dowh jurucakap Pemuda Umno Petaling Jaya Utara ni..Ye lah..Gambar DSN di turunkan..hina betul yek bagi diorang muka pemimpin diorang diperlakukan sedemikian...serious x faham..

Aku ni boleh dikategorikan seorang pemerhati politik yang neutral..mana yang bengong,aku kutuk..x kisah lah UMNO,PAS,PKR,DAP,MCA dan banyak lagi..tapi bagi aku,video ni sangat bengong dan menunjukkan kedangkalan mereka2 di dalam video ni..

Kenapa dangkal??satu, lepas maki hamun sebut Allahu Akbar...diorang sangat bagus apa lepas mencerca, sebut lafaz mulia tu.kira hapus dosa ke apa...ingat ni macam belajar sains ke apa..kutub utara pasti bercantum dgn kutub selatan...Yes, tindakan mahasiswa2 tersebut berlandaskan emosi tapi it's just a picture..bukan perkara besar pun..kita ni manusia, bukan Rasul..x maksum..banyak buat dosa..jadi,nak turun gambar siapa2 pun bukan dosa besar...

yang keduanya, PM sendiri x bising pasal ni..yang diorang terlebih ni kenapa...nak mengampu yaa abang..mentang2 lah PRU 13 nak dekat dah..pelbagai lagak2 mengampu yang bebal nak mampus dipertontonkan...aku boleh terima kalau PM dah bersuara..Kalau pakcik2 nak mengamuk 1Malaysia pun xpe..:p..Bagi aku,kalau PM senyap ni tanda dia x mahu isu ni diperbesarkan..kiranya benda kecil pakcik wei...:p

yang ketiganya, kenyataan jurucakap dalam video ni sangat dangkal..nak tampar..nak ludah..diorang siapa ada hak buat macam tu..mahasiswa2 tersebut ada parents..diorang ada university yang boleh menghukum diorang..pakcik jangan sibuk sangat boleh..apa perasaan parents mahasiswa yang pakcik nak tampar dan ludah ni..I bet you are a parent too and now what kind of feeling if someone curses your son or daughter..Confirm bengang kan..Cuba bayangkan anak2 pakcik dihina seperti pakcik hina diorang..mesti diorang rasa terhina kan..:p..Pakcik x fikir ke masa buat recording video ni kesan kepada keluarga pakcik..Saya peduli apa kesan kepada pakcik, saya cuma kesian dekat keluarga dan saudara mara pakcik..:)

Sesungguhnya, sila buang gelaran panglima perang tu..Bila si bebal CSL hina hudud, kenapa x hentam dia..adakah dia kawan anda..tapi bila si Karpal hina hudud, kaw2 punya statement..banyak lagi perkara yang lagi bagus untuk pakcik2 ludah dan tampar...Janganlah kerana marahkan nyamuk, dibakarnya satu kelambu entah betul ke x peribahasa aku ni..Sekian

Saya x suka tampar awak..Saya xnak ludah awak

Hidup ini bagaikan roda (cewaaahhh)


Warna-warni betul batang2 kat roda ni...macam kehidupan kita gak kan..:)...Assalamualaikum

Tiba2 je rasa nak menulis pasal roda ni..kenapa??sebab lepas tengok drama Emang Manang berlakon tadi kat Astro Oasis nikmat duduk rumah...drama ni dah berapa kali dah rewind, aku je malas tengok..Melihat jalan cerita drama tersebut sangat menyentuh hati aku..Kisah lakonan Emang Manang yang pada mulanya seorang yang berjaya dan kemudian menjadi orang gelandangan..saat perubahan kehidupan beliau, beliau kehilangan keluarga tercinta, dia kehilangan kerjaya dia dan dia kehilangan kepercayaan masyarakat..dia x menjadi gila apabila dia kehilangan semua tu..dia cuma menjadi orang gelandangan yang berjalan-jalan di sekitar Key Ell tu..dan bermulalah perbandingan perbezaan kehidupan beliau ketika beliau menjadi manusia yang berjaya dan manusia gelandangan...

Bagi aku untuk menceritakan jalan cerita drama ni sepenuhnya, memang x r kan..sila download sendiri...haha..tapi banyak benda yang aku pelajari daripada cerita ni..kita hidup di dunia ni memang xkan sempurna..pasti ada masa kita akan jatuh..Janganlah kita ingat kita ni bijak je memanjang..ada masa gak kita bodoh memanjang, cuma xnak akui je...:p

Justin Timberbalik ada cakap what goes around comes around..It's mean that our life is really like a wheel pandai juga budak NSYNC...sekejap di atas..sekejap di bawah..Ingat, kesenangan ketika berada di atas sebenarnya suatu ujian yang Allah kasi untuk kita sedar yang kita ni jenis pandai ucap Alhamdulillah ke x..kalau x,bila2 masa je Allah boleh turn over the wheel..fahimtu??

Bila kita lihat pusingan roda tu, kita pasti sentiasa nak duduk kat atas kan..ye lah, hina kot duduk bawah for certain people..dan bila dikatakan duduk atas, pasti ia mengenai nikmat..Nikmat Allah di dunia ni sangat banyak..antaranya,time aku tengah taip entry ni antara nikmat Allah lah ni..aku masih boleh menggerakkan jari untuk menaip dan melihat skrin untuk memperbaiki isi kandungan entry aku..tetapi kalau aku x reti bersyukur, siap siaga lah aku untuk kehilangannya...

Indeed, what goes around comes around but that around we could stop it for a while if we learn to say Allhamdulillah in each our action..:)..

ALHAMDULILLAH

Friday, December 16, 2011

Biar Lambat Asalkan Selamat


Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,

kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal 

yang akan merosak Izzah dan Iffahmu .. baru tau makna Izzah dan Iffah ni..:)

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH S.W.T 

pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?

yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah...

Monday, December 12, 2011

Janganlah kedekut sangat


Assalamualaikum..A+...Impian semua orang kalau suasana final examination tiba2 je mengetuk minda, hati dan badan setiap para pelajar..Itu yang bakal dialami budak2 UIA sebab tinggal kurang 2 more weeks, final examination will come..Time ni, siapa2 yang selama ni malas nak pergi kelas, pergi tutorial, assignment pun hantar last2 minit akan berubah 360 darjah semata-mata nak memastikan x fail untuk setiap subjek yang diambil semester ni...

Well, that's life..Bukan semua orang rajin macam aku ni puji diri nampak...Time dekat2 nak exam ni lah, ramai akan mencari golongan bijak pandai untuk menerangkan dan menanyakan apa2 points, facts, cases berkaitan sesuatu subjek...Di sini, kita boleh lihat sama ada golongan bijak pandai tu jenis pemurah ilmu atau kedekut ilmu...:)..

Ilmu adalah sesuatu perkara yang bagi aku patut dikongsikan..bukan simpan dan buat peram..Ingat petai jeruk ke apa...Aku bukanlah nak cakap aku ni pandai yang orang selalu rujuk..Kalau aku pandai, dah lama aku jadi DL tiap2 sem..ada gak part yang aku bodoh tahap langit petala kelapan...Aku cuma x faham sangat orang yang kedekut ilmu ni..Ada 2 jenis orang yang akan datang bertanya ketika fina examination datang menjengah..ada yang datang bertanya tu datang dengan ilmu yang kosong, tanpa sebarang persediaan langsung..dan ada yang datang bertanya memang dah ada ilmu pasal sesuatu topik tapi mungkin dia perlukan penjelasan yang lebih lanjut lagi..Aku pernah melihat hamba Allah ni yang didatangi dengan dua jenis orang ni...dan aku terkejut dia buat bodoh dan siap halau jenis orang yang pertama...Dia cuma layan jenis orang yang kedua je..What the heck man!!!

Katakan aku jumud tapi bagi aku, ilmu yang kita tau tu xkan hilang punya kalau ajar orang bodoh...Ingat, kita pun BODOH masa awal2 masuk sem..x payah berlagak yang kau dah tau principles dalam setiap subjek yang kau ambil awal semester..Apa masalahnya kalau ajar jenis orang yang pertama..Orang Terengganu cakap "dop degih lasung"..Well, memang salah orang tersebut x belajar awal2..x faham awal2...tapi bagi aku itu bukan satu masalah besar...Kita boleh ajar dia dari awal juga..kalau lectures kita boleh layan kita dengan melayan pertanyaan kita mengenai topik awal sem ketika nak habis sem dah ni, kenapa kita yang cuma students je x boleh tolong kawan sendiri yang merupakan seorang pelajar macam kita juga..ditujukan kepada dir sendiri dan lecturer yang terlibat..haha..Sebab itulah orang putih buat term 'consultation'..tiba2 je

Mungkin kita akan cakap aku nak study juga..Kalau aku ajar kau, bila masa aku nak cover topics yang aku belum cover...Ingat, Nabi sendiri pernah cakap sesiapa yang mengajarkan sesuatu kepada orang lain dengan niat kerana Allah, dia akan mendapat keberkatan daripada 2x ganda daripada Allah terutamanya ilmu yang diajar...See, besar tu pahala dapat..Ingat, purpose of examination bukan sekadar nak berjaya di dunia ni tapi di akhirat nanti...X payahlah kedekut sangat...Even just for a simple question, bukakanlah hati untuk menolong mereka...Kalau kita xtau pasal topics tu, bagitau je xtau..X payah nak berlagak ajar gak..Kan x pasal2 makin bengong orang yang bertanya tu...

Stress menjelang final exam itu perkara biasa..nak hafal tu..nak hafal ni..sampai orang bertanya x faham soalan pun stress..tapi fikirlah positive time orang datang tanya tu..Kita jadikan soalan2 yang dia tanya sebagai tempat kita meluahkan stress kita..Kita cerita semua benda yang kita tau pasal soalan yang ditanyakan tu..Ingat, kita stress sebab kita hafal banyak sangat before exam dan xtau nak luahkan kat mana segala rumus2 tu..jadi,ambilah kesempatan dengan menjadikan soalan2 yang ditanya sebagai tempat membuang stress..Serious menjadi..Korang boleh cuba...:)..

Ingat kalau yang bertanya tu berjaya, kita berkongsi kegembiraan mereka sebab dengan ilmu yang kita ada, dia pun boleh berjaya..Korang x suka ke ilmu yang korang ada tu berjaya menggembirakan mereka..Lantaklah mereka ucap terima kasih ke x, yang penting korang berjaya buktikan perkongsian ilmu sangat menguntungkan daripada membawa sebarang kerugian..

Konklusinya, ilmu tu luas..xkan hilang punya kalau kita kongsikannya kepada orang lain..Allah pasti mengaturkan perjalanan yang lebih indah dan sempurna bagi mereka yang sudi berkongsi ilmu...May Allah bless all of you..Good luck for this coming final examination...Wat molek2 boh...:)

p/s: comel je Vierra yang nyanyi lagu Semua Tentangmu...:D

Saturday, December 10, 2011

Counselling Session (Satu Peluang)

Assalamualaikum...

Wednesday, 7/12/2011, 2.30 p.m, buat pertama kali dalam hidup aku, I was attending a counselling session for the purpose of my counselling assignment..Amazing giler..Muhammad Afif met someone who was a stranger and professional one and told everything about my life...haha..Dengan kawan, keluarga yang cukup rapat dengan aku pun aku x cerita..

Mula2 aku agak reluctant untuk buat benda ni sebab ini sangat bukan nature aku..attitude bangang aku yang mengatakan my problem is my problem, why I need to bother people to hear and solve it selalu aku pegang menyebabkan aku lebih suka pendam rather than share it to someone sebab tu kerja nak emo je memanjang..Pengalaman menghadiri sesi kaunseling ni bersama counselor Bro WMA sangat lancar, best dan menyenangkan hati..It is really a good feeling for me...

Bro WMA sangat memahami apa yang aku rasa..sampai dia boleh detect yang badan aku dah berada di tahap penat, letih dan stress melampau..well done afif..dia sampai memberi warning yang situasi aku ni boleh membawa kepada depression which is tahap teruk untuk stress..padan muka kau afif...Well, when he told so, aku rasa tindakan aku untuk stop from joining any program starting next semester is a good decision..Aku dah terlalu memberi fokus kepada program2 yang aku sertai..nak buat macam mana, itu je aku pandai..nak bersukan hampeh..:D..Bila aku datang Aikol je, office mesti call...datang je Aikol, office call...I'm getting fed-up with it..seriously..Diri aku bukan untuk ini semua dah..sampai bila aku harus tersekat di dalam satu suasana sahaja...masih banyak lagi peluang yang aku harus ambil di luar Aikol tu..tambah2 peluang belajar agama..begitu banyak kuliah2 agama yang sering dianjurkan di luar Aikol tapi aku x pergi..alasannnya disebabkan penat...

Sesi kaunseling ni sangat memberi aku satu perspective baru terhadap kehidupan aku ni...Aku harus memberi ruang kepada diri aku untuk belajar perkara lain..x kisah benda laro atau bagus...hahaha..janganlah terlalu memikirkan sesuatu yang x patut..I should know how to appreciate this life..Life is only once in this world..If Allah dah kasi order your time is up, memang x dapat nak buat apa lagi..Dan InsyaAllah, aku memang ke arah perubahan tu..

Terima kasih Bro WMA..nanti next time saya pergi lagi ke Counselling Service tu..haha...Terima kasih juga kepada sesiapa yang pernah menjadi tempat aku menjadikan sesi kaunseling secara x bertauliah..I do appreciate it...Aku beruntung dikelilingi orang2 yang sanggup bertanyakan keadaan aku ok ke x even aku buat diam je..Sesungguhnya Allah sahaja mampu membalas jasa2 kalian...

*Satu Peluang*

Tuesday, December 6, 2011

Kepenatan

Assalamualaikum...Dah lama x menulis..apa khabar semua pembaca blog2 aku...bajet famous..Dah lama x post entry baru..last post time cuti mid break dulu...Terlalu banyak kerja, assignments, tests serious teruk result aku sekarang dan terlalu banyak masalah lagi...haha..tetapi macam biasa, sila berlakon afif..cukuplah aku menyusahkan orang...macam biasa...let me handle it by myself...:)

Kepenatan...ini lah semester aku yang paling penat..too much things come and knock into my life...penat..penat..penat..Itu je aku nak bagitau...Aku nak cerita kepenatan aku ni dekat orang lain memang x lah..memang ajaib kalau aku cerita kat orang..huhu...

Sekarang, aku lebih ke arah mencari kedamaian Ilahi..itu kawan aku..tempat aku meluahkan kepenatan aku..best wei cari si Dia..Bila aku lebih ingat Dia dengan membaca kitab-Nya, berzikir kepada-Nya, hati aku tenang...penat aku hilang..migraine aku xde..Ajaib dan powernya Allah...Tuhan yang Esa..tiada tolak bandingan...

Terima kasih Allah kerana menyedarkan aku sekarang...aku cukup takut aku akan menemui-Mu tanpa diberi peluang merasai nikmat sebenar hidup di dunia ini..Biarlah aku kepenatan tapi aku tau Engkau ada disisi aku, menemani aku ketika aku dalam kesusahan..
Sesungguhnya Engkau Pencipta yang sempurna dalam segala-galanya...