Thursday, November 10, 2011

Hati dan Batu...

Assalamualaikum..entry kali ni pasal hati..hati lagi??Apa kena dengan aku ni..asyik2 pasal hati..nampak sangat hati aku ni tengah x tenang dan hitam nak mati..Well, nak buat macam mana, hati aku ni bukan macam hati Rasulullah s.a.w yang 2x dicucikan oleh Malaikat dengan air zam-zam..:)

Kali ni aku nak cerita pasal hati dan batu..aku terdetik benda ni bila dengar pasal ni dekat radio IKIM..perghh aku dengar IKIM tu..aku x pasti the exact topic si deejay dengan tetamu dia bincang tapi ada kaitan pasal hati dan batu..Aku sebelum tu tengah dengar Hitz.fm tapi sebab time tu lagu x best, aku tukar lah channel..tup tup, sampai siaran 100.2 fm di Terengganu hehe aku dengar perbincangan mengenai hati ini sampai habis dan banyak benda bagus yang aku dapat daripada perbincangan ni...

Allah S.W.T ada berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 74 yang bermaksud;
" Then after that your hearts were hardened and becomes as stones or even worse in hardness. And indeed there are stones out of which rivers gust forth, and indeed, there are them (stones) which split asunder so that water flows from them, and indeed, there are of them (stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do. "
Firman Allah dalam ayat di atas menggambarkan mengenai kekuasaan Allah mengubah hati seseorang yang terlalu keras sehingga digambarkan kekerasan tu seperti kerasnya batu atau lebih daripada itu..Perghhh..serious hebat kuasa Allah...

Bagi aku, isu hati keras macam batu ini adalah fitrah kehidupan..Bukan semua orang berhati lembut..Macam aku, aku ni boleh dikategorikan hati keras dan xde perasaan..Seperti yang mana kita tahu, setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih, tanpa sebarang corak..Corak kita ditentukan oleh ibu bapa kita dan bila kita meningkat dewasa, corak itu ditentukan oleh kita pula..Semestinya, corak yang ditentukan oleh ibu bapa confirm yang terbaik punya..Diorang ajar solat, hormat orang tua, belajar baik2 dan sebagainya..Aku pasti hati setiap orang sangat bersih time ni..Corak ni mula menjadi masalah kalau usia dah mencapai tahap akil baligh yang memerlukan kita menentukan dengan mendalam apa yang terbaik untuk hati kita..dengan pelbagai dugaan kehidupan seperti benda, manusia dan banyak lagi, hati pasti menjadi keliru..kalau keliru tapi dapat jumpa jalan balik, alhamdulillah..ni x jumpa jalan balik yang jadi sekian,terima kasih tu...bila x jumpa jalan balik, makin sesat lah hati  tu sehingga Allah sendiri cakap boleh jadi seperti batu...

Bila lihat betul2 ayat Quran di atas, Allah cakap hati hamba-Nya yang keras pasti akan berjaya dilembutkan oleh si Dia.. tetapi aku harus sedar yang hati aku ni automatic Allah nak tolong lembutkan..Aku harus berusaha terlebih dahulu belajar melembutkan hati aku..Allah pun ada pesan Quran, Dia tidak akan menolong umat-Nya untuk berubah melainkan mereka sendiri yang sanggup berubah dahulu..Tu guideline Allah kasi dalam kitab-Nya..Aku x boleh mengharapkan orang lain berdoa je untuk aku agar aku bisa berubah..I need to take a step earlier..
Antara langkah2 aku ambil sekarang adalah cuba untuk kurangkan menjadi emotional..walaupun ada je saat nak naik hantu tapi aku cuba salurkan kemarahan aku dengan tidak menunjukkannya..cukuplah pengalaman lepas mengajar aku..aku xnak pisang berbuah 2x..aku cuba memujuk hati aku dengan bercakap "sabar apih..sabar apih..dugaan je ni"..selain tu,aku lebih fokus mengisi kemarahan aku dekat blog aku..aku akan menulis apa2 saja yang aku nak tapi bukan pasal apa aku marah..alhamdulillah, it works for me..

Selain daripada itu, aku lebih fokuskan mencari bahan bacaan yang boleh mendidik hati aku..bahan bacaan ni x semestinya buku2 agama je tapi buku2 novel pun ada je yang bagus..Antara bahan bacaan kegemaran aku sekarang novel2 karya Andrea Hirata dan majalah Solusi..Sejujurnya, bahan2 bacaan ni sangat mendidik dan membuka hati dan minda aku mengenai fitrah kehidupan dalam dunia ni..Nak tau apa yang best pasal dua benda ni, cuba lah baca yek...:)..Selain itu, aku juga mendownload peduli apa aku copyright ke x kuliah2 agama yang telah dimuat naik betul x ayat aku ni di Youtube..aku kena harus mula belajar mencari orang2 yang boleh menjadi tok guru untuk aku..tetapi benda ni aku x boleh amalkan selalu sebab bila nak menuntut ilmu, seharusnya aku pergi mencari mereka yang boleh membantu aku, bukan mendownload..bengong punya aku..jadi, kepada budak2 UIA, kalau ada kuliah2 agama yang best, nanti ajak aku yek..tapi dalam UIA je lah dulu..kalau kat luar, aku payah sikit sebab xde transportation dan malas nak keluar....:)

Aku cukup yakin yang hati aku ni pasti akan mampu berubah walaupun akan mengambil masa... cukuplah aku berperangai seperti batu..secantik mana batu tu pun kalau baling konpem sakit sebab sifatnya yang keras..walaupun aku ni handsome tu dia, x malu giler aku xde guna juga kalau hati x handsome..kalau nak handsome, biarlah luaran dan dalaman..Sekian, wallahualam...:)

p/s: kenapalah Wonder Girls keluar lagu baru time SNSD tengah panas..stress aku..hahaha








Wednesday, November 9, 2011

I DO BELIEVE I REALLY HAVE A GOOD TIME THIS HOLIDAY..:)

5-10 November..sekejap je..buat pertama kali aku balik mid break lewat dan balik UIA awal..
Tetapi aku rasa cukup bermakna rehat aku ni...
Dengan pertama kali aku boleh slumber gajah x bawa balik sebarang assignment atau buku untuk incoming tests.
I DO BELIEVE I REALLY HAVE A GOOD TIME THIS HOLIDAY..:)

Dengan kerja aku cuma solat, makan, tidur, download cerita..
Aku buat perkara2 yang aku x dapat nak buat kat UIA except solat lah..kan wajib tu..:)
Aku boleh jalan2 cuti ni..
Lepak dengan abiyd, si gemok...
Jumpa kawan2 yang betul2 memahami aku...
I DO BELIEVE I REALLY HAVE A GOOD TIME THIS HOLIDAY..:)

Iini adalah nikmat Allah kasi untuk orang yang balik rumah 2x dalam satu semester..:)
Melihat orang2 yang aku sayang semua ada di depan mata is really a gift from Him to me..:)
Melihat mereka is enough for me to rid off all stupid nightmares, stress, ketidaksenangan jiwa serta hamba2 Allah yang buat migraine aku kaw2 punya...habis 3 botol Minyak Mestika sebelum cuti sebab migraine je
Mungkin xde gambar untuk menggambarkan semua ini tapi xpe, aku ada kepala yang cukup besar yang boleh muatkan semua memori yang aku dapat cuti ni....

I DO BELIEVE I REALLY HAVE A GOOD TIME THIS HOLIDAY..:)








Tuesday, November 8, 2011

Tudungku (bukan aku okay) tudungmu...


" yang kiri sekali, memang x sesuai dengan aku yang kepala ting tong ni...yang no.2 style yang aku suka..hehe..yang no.3, lebih ke arah jawapan tidak..yang no.4, maaf permohonan anda terpaksa aku tolak.."Berikut adalah jawapan2 aku kalau ditanya yang mana calon2 yang aku nak abduct haha sebagai isteri aku..

Pilih calon ikut gaya tudung??
- Mestilah..kalau aku gaya tudung antara kriteria yang aku tengok dalam pemilihan calon isteri...

Apa kaitan??Hadith Nabi pasal pilihan calon isteri mana ada sebut gaya tudung..lebih2 lak.
- Memang..Nabi cuma sebut agama, harta, rupa dan keturunan..tapi bagi aku elemen tudung ni ada kaitan dengan elemen agama dan keturunan..bagi aku, perempuan bertudung melambangkan tarbiyyah diri dia..Islam menyuruh kaum perempuan untuk menjaga aurat kan dan salah satu caranya adalah memakai tudung..then, kalau keturunan kita boleh agak kalau dalam satu keluarga tu telah diasuh untuk memakai tudung bagi yang perempuan bila dah mencapai tahap akil baligh, itu menandakan keluarga tu adalah keturunan yang baik2, yang pasti menjaga aurat taktala berhadapan yang bukan muhrim...:)

Ala, pakai tudung x semestinya baik..ada juga mulut puaka..ada je yang x pakai tudung tapi baik, xde cakap benda2 mengarut..
- Kalau pasal ni, aku pun x boleh nafi..tetapi kita balik kepada tarbiyyah diri si empunya..aku cukup husnuzon dengan wanita2 bertudung ni bahawa mereka memakai tudung kerana mereka nak menjaga maruah mereka..basically aurat mereka lah..bila mereka menjaga aurat mereka, secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada perkara lain seperti gaya pertuturan, kesopanan dalam berbahasa dan sebagainya..jadi aku rasa tudung sangat memainkan peranan dalam menentukan sahsiah seorang yang dicipta dari tulang rusuk lelaki yakni wanita...:)

Fine lah dengan jawapan2 tu tapi kenapa aku terlalu memilih kalau berdasarkan gambar di atas..aku nak yang no.2 dan mungkin 3..yang no.4 terus reject..dia pakai tudung kot..ingat diri sendiri tu baik sangat ke nak pilih2 lak...:p..
- Well, aku mudah je..macam aku cakap tadi, aku cukup husnuzon dengan sesiapa yang pakai tudung tadi..bagi aku mereka semua baik dan sahsiah mereka terjaga..tetapi aku cuma ikut authority dari Surah An-Nur: 31

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

(Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya; janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) tampak padanya. Wajib atas mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya.)..Frasa mâ zhahara minhâ (yang biasa tampak padanya) mengandung pengertian wajah dan kedua telapak tangan. Hal ini dapat dipahami dari beberapa hadis Rasulullah saw., di antaranya: Pertama, hadis penuturan ‘Aisyah r.a. yang menyatakan: Suatu ketika datanglah anak perempuan dari saudaraku seibu dari ayah ‘Abdullah bin Thufail dengan berhias. Ia mengunjungiku, tetapi tiba-tiba Rasulullah saw. masuk seraya membuang mukanya. Aku pun berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah, ia adalah anak perempuan saudaraku dan masih perawan tanggung.” Beliau kemudian bersabda, “Apabila seorang wanita telah baligh, ia tidak boleh menampakkan anggota badannya kecuali wajahnya dan ini.” Ia berkata demikian sambil menggenggam pergelangan tangannya sendiri dan dibiarkannya genggaman telapak tangan yang satu dengan genggaman terhadap telapak tangan yang lainnya). (HR Ath-Thabari).
Berdasarkan authority di atas, aku masih ragu2 dengan gaya tudung perempuan no.4 sebab itu antara gaya tudung hari ni yang lebih mementingkan gaya, bukan kerana agama..mereka sanggup pakai tudung sebab certain public figures macam Yuna, Hana Tajima...bukan kerana kewajiban Allah dalam Surah an-Nur tu..dan gaya tu sangat x menepati ciri2 Islam..contohnya, pakaian Yuna semasa AJL yang lepas..dah lah pakai macam gaya Firaun perempuan dan baju dia nampak sendat okay sehingga rupa bukit2 dia boleh nampak..adakah dengan menutup bukit2 tu dengan jaket atau sweater boleh dikatakan sudah mengikut perintah Allah ni..katakan aku jumud, tapi bagi aku bila perempuan disuruh pakai tudung sehingga menutup dadanya bermakna bahagian dada harus ditutup dengan tudung, bukan dengan baju2 lain yang boleh menampakkan bahagian dada tersebut..kalau nak pakai jaket atau seumpama dengannya, cubalah cari yang longgar sikit..janganlah kasi nampak sampai buat mata aku terbeliak..nafsu aku ni bukan boleh kawal pun..:D

Okay..cukuplah entry kali ni..Kalau ada sesiapa terasa, sila2 lah komen dan tegur..Kan menegur itu bagus..Lagipun aku ni bukan bagus sangat..Masih dalam proses pembelajaran...:)..Sekian, majulah sukan untuk negara...:D

p/s: Foster the People..aku dah ketagih dengan lagu diorang...:)








Sunday, November 6, 2011

Rasul dan Profesion Mereka

Adam a.s : Petani
Idris a.s : Membuat pakaian dan menenun. Manusia pertama yang membuat fabrik daripada pokok kapas..insaf aku bila lebih agungkan fashion designer sekarang daripada Rasul sendiri...aishhh
Nuh a.s : Tukang kayu. Orang pertama yang membina kapal daripada kayu..Titanic pun kalah
Daud a.s : Tukang besi. Otai dalam buat baju besi dan pedang
Yusuf a.s : Wazir Mesir..Ada skill pengurusan pentadbiran yang superb...
Musa a.s : Penternak
Ibrahim a.s : Petani dan penternak
Ismail  a.s : Pemburu dan penternak..Orang pertama yang boleh menjinakkan kuda..Hercules pun xde skill ni
Ishak a.s : Penternak
Ya'kub a.s : Penternak
Syua'ib a.s : Penternak
Soleh a.s : Businessman
Sulaiman a.s : Raja segala raja meliputi semua aspek hidupan di muka bumi ini...
Ilyas a.s : Penenun
Muhammad s.a.w : Penternak kambing dan peniaga je tetapi Baginda ni seorang multi-tasking...Semuanya Baginda boleh...Serious otai...:)




Solat cepat dan lambat

Assalamualaikum...

Masa??Kenapa dengan masa...apa kaitan masa dengan entry terbaru aku ni baru lah sangat..dah lama aku peram...haha..Bila sebut masa, Allah dah kasi clear guideline pasal masa ni..x caye, ace try cuba test baca Surah Al-Asr tu..dokket Allah start dengan 'Demi Masa'...:)

Aku xtau kenapa kalau bab2 masa aku ni sensitif sangat tiba2 je..maksud sensitif ni aku x suka lewat dalam sesuatu benda ada je lewat sebenarnya terutamanya bab solat..hehehe...tapi aku boleh cakap berlagak giler dalam banyak hal aku x suka lewat2...kalau orang cakap nak jumpa pukul 9am, bagi aku perjumpaan itu harus bermula 9am, bukan 9am baru nak gerak dari tempat tidur...:p..Aku kalau terlewat pun biasanya sebab aku ada hal penting yang belum selesai atau badan penat sangat nak bangun dari tidur...:D..x berniat pun nak lewat2...hehehe

Tapi ada suatu perkara mengenai ketepatan masa ni yang buat aku pening memikirkannnya minta maaf ee sebab aku fikir benda2 macam ni lagi..hehehe..kenapa ada orang cuma pandai menepati masa dalam sesuatu perkara sahaja..bukan dalam setiap perkara..dan perkara yang aku nak cakap pasal ketepatan menunaikan solat..macam aku cakap tadi, aku bukan punctual sangat pasal solat2 ni tapi aku cuba sedaya mungkin untuk solat di awal waktu dan solat kerana Allah, bukan kerana benda lain..aku nak kasi contoh, pasal orang yang buat aku pening ni..mereka sanggup solat awal tiba2 semata-mata nak jumpa awek atau pakwe..semangat nak pergi jumpa tu bukan main..sanggup siap awal dan solat awal semata-mata nak jumpa yang si tercinta..aku cuba untuk husnuzon tetapi bila2 aku observe orang2 macam ni mereka cuma solat di awal waktu kerana nak pergi jumpa awek, bukan kerana Allah S.W.T...

Aku bukan nak berlagak alim atau baik tetapi don't they ponder and wonder whether Allah will accept their prayer or not bila solat di awal waktu kerana awek atau pakwe..memang niat solat tu 'fardhu ke atas ku kerana Allah S.W.T' tetapi bila diselitkan sekali ketika mula2 amek wudhu dan menuju ke arah sejadah bila awek atau pakwe message lambat lagi ke, bukankah akan menukarkan niat solat nanti menjadi perkara lain...aku xde authority untuk bercakap benda ni..aku bukan budak society macam MC,Karisma,Abim,PKPIM atau seangkatan dengannya yang bila bercakap benda ni orang akan wooo....aku cuma bercakap dari segi logik akal yang masih berlandaskan prinsip2 rukun Islam dan Iman...

Mungkin bila orang baca post aku ni akan perli aku yang aku xde awek, boleh lah cakap ni..boleh cakap besar..well, di sini aku mohon doa korang untuk jauhkan aku dari terjerumus dalam situasi ni..kan Islam menyuruh kita sesama Islam untuk menegur antara satu sama lain...:)..Pasal isu ni, aku x salahkan mereka yang terpaksa solat awal kerana pasangan masing2 akan emo kalau datang lewat tapi aku salahkan pasangan diorang ni..cuba tolong lah fikir, pasangan anda tu bukan lembu yang telah diikat tali kat hidung..berilah mereka ruang untuk solat dengan tenang hati kerana Allah..korang xnak pasangan korang dapat pahal free ke??Korang gak suka nanti kalau pasangan korang ni seorang yang bagus dalam agama...Memang nak kena pukul kalau korang marah pasangan korang yang datang lambat akibat solat terlebih dahulu...:p

Jadi, fikir-fikirkanlah..rasa-rasanya semua tahu yang solat itu tiang agama..x solat ibarat meruntuhkan agama..tapi kalau solat bukan kerana Dia ibarat meletakkan anai2 kat tiang tu yang lama2 akan menghakis tiang tu and last2 akan meruntuhkan juga tiang tersebut...Aku sentiasa doakan mereka2 ni mampu berubah dalam isu ni..Fikirkanlah yang terbaik untuk hati anda tersebut...:)...Wassalam...

p/s: stress bila nak melapah daging...aiishhh

Friday, November 4, 2011

Itu Bukan Aku

Salam 1 Malaysia..:p..geli aku 1 Malaysia ni..:p..tajuk entry ni dah macam lagu SO7..memandai je aku ni..tajuk yang sesuai untuk keadaan aku sekarang..kenapa???

Selepas melalui sesi2 luahan hati dengan ee, angah dan ramai lagi, aku rasa diri aku sekarang banyak yang berlakon dari yang benar2 pehal slang Indonesia ni...yang kaw2 aku berlakon adalah part kalau aku ada masalah ke x..aku pun xtau kenapa aku pura2 yang aku ni selalu xde masalah padahal di dunia ni, macam lah aku seorang je yang selalu bermasalah...

Bila prinsip aku yang mengatakan bahawa jangan cerita masalah dekat orang sebab akan membebankan mereka, aku pun x meluahkan masalah aku tu..x pasal2, hati dan jiwa ni selalu x tenang..abang mukhlis cakap jiwa x tenang tu cuma boleh dirawat kalau kahwin je..haha..saya cuma aminkan je apa yang abang cakap tu...:D..ee pun cakap aku ni kena cari dah pasangan hati..aku dah ada yang aku aim ee tapi si dia tu jauh..:D

Yang pastinya, kalau aku ada masalah, aku x suka tunjuk yang aku ada masalah..aku cuba sebaik mungkin menyembunyikannya..for me , it's not necessary to tell our problem to other people..bukan isu malu atau x percaya dekat orang yang aku nak cerita masalah tu tapi mungkin ego aku yang mengehadkan aku bercerita mengenai masalah aku..Bila masalah datang kirim salam, cara aku untuk hilangkannya aku akan pasang lagu2 hardcore mcm SOD,Hindir,LP,Sum 41 dan banyak lagi yang boleh buat orang bengang dengan aku..selain itu, aku akan lepak dengan orang2 yang boleh buat aku senyum dan ketawa balik a.k.a hok pale bengong...:D..furthermore cewaah aku juga akan makan kaw2, tidur kaw2 dan jalan2 sendirian untuk hilangkan masalah aku ni nak buat macam mana, life as a single man...

Itu bukan aku..tapi itulah yang terbaik yang aku rasa setakat ini terbaik lah sangat..kerja nak menangis je kalau ada masalah...mungkin aku perlu belajar meluahkan masalah tetapi bukan sekarang..insyaAllah, aku mampu mengharunginya dengan baik..just pray for me k wahai pembaca2 blog aku...bajet famous..

Akhir kalam, Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...:)

p/s: mood nak cuti je sekarang..Now playing Greenday-Holiday...


Student Exchange Program 2011 UMY

Assalamualaikum...

- Terima kasih

- Sayoonara

- Matur Nuwun 

- Syukran

- Arigato Gozaimas

- Kamsahamida

Semua ucapan mawi tujukan kepada kalian semua:
Aikol, Dr Farid, Dr Zaid, Abang Mukhlis, Abang Adam, Abang Arasy, Abang Paan Yamin, Kak Achoq, Kak Beb, Kak Achiq, Kak Naemah, Kak Atiqah dan Syafiqah, Ee, Anas, Danny, Acap, Syima, Kak Jijah, Kak Nina, Kerol, Pain, Caca, Hanis, Amal, BK, Fad, Izzah, Alya, Sabira, Saadah, Farah, Arif, Nabila, Kamal, Anip, Naufal, Kapten, Marhanis, Jamilah, Mila, Anis, Paan, Aimi, Bunga, Azie, Adib, Dan, Husmar, Fiza, Amalina Ramzan, Yus, Rafiq, Emi dan siapa2 yang telah mengikuti program ini secara langsung dan tidak langsung...

Ini program terakhir SEP yang mawi sertai kerana mawi mahu memberi peluang kepada muka2 baru untuk mengendalikan program ni. Di samping itu, mawi pun dah penat dengan SEP dan mahu mencari angin baru dalam penyertaan program2 di UIA ni...A lot of memories mawi dapat since ikut SEP dari zaman Umar sehingga team Huda kali ini..Kepada muka2 baru SEP, korang harus kekal sertai SEP kerana it'll be a great experiences to have it..

Kepada Huda, Raid, Novi, Ria, Wahyu, Gatot, Syapri, Micky, Rizaldy dan Echa, matur nuwun...have a safe journey..Selamat pulang ke Yogyakarta, a city yang memberikan peluang kepada mawi rasai untuk 2x berturut-turut...Send my regard to all members of IPOLS UMY...

Jumpa lagi, Assalamualaikum...:)


Dia cacat....

Assalamualaikum...

Pengalaman berjalan sehari suntuk keseorang ketika cuti Deepavali sangat melucukan dan menarik..bermula usai solat zuhur dan sampai 9 malam, pelbagai peristiwa yang sangat memberikan aku satu persepsi baru mengenai kehidupa ini dan salah satunya mengenai cacat...

Peristiwa ni berlaku time on the way balik dari Bukit Jalil semalam selepas open house kawan plkn india aku..thanks a lot vicky for the meal and thanks to u too yana for picking me up sorry lambat sampai semalam..hehe..as usual, kalau nak sampai terminal putra @ gombak, dari bukit jalil kena turun kat masjid jamek untuk pertukaran station dan semalam sekali lagi aku tersilap naik train..aishh...time sampai masjid jamek, jam time tu dah menunjukkan pukul 6.20 pm..at that time, aku belum lagi solat asar serious teruk aku..aku terfikir, perlu ke aku solat asar dulu atau x sbb rasanya sempat je kalau nak solat kat stesen LRT putra..last2 aku decide nak solat asar kat stesen LRT putra sahaja...:D

Bila aku dah decide nak solat kat stesen LRT sana, aku ternampak seorang lelaki yang kudung sebelah melintas jalan dari arah stesen aliran sri petaling ....aku xtau kenapa aku khusyuk melihat lelaki tersebut sampai niat nak lintas jalan tiba2 x jadi..aku pun khusyuk tengok dia dan melihat dia berjalan menuju ke masjid jamek..aku pun ikut dia gak giler stalker aku untuk tengok dia masuk masjid untuk apa..mana lah tau nak tidur je ke apa serious jahat hati aku ni..tup tup, dia letak barang dia kat tepi tangga dan dia bergerak menuju ke tempat ambil wudhu'..Ya Allah, malu giler aku..aku ada kaki yang cukup pun x sesanggup macam dia untuk ke situ..jelas timbul keinsafan dalam benak hati aku..dia, seorang yg kekurangan akibat kehilangan kaki kanan dia, sanggup bersusah payah melintas jalan tanpa bantuan siapa2 untuk ke rumah Allah yang mana kalau dibandingkan dengan aku yang masih lagi sempurna tubuh badan boleh nak lengah-lengahkan kewajiban solat...

Ya Allah, kenapa dengan aku ni..ini cuma perkara asas yg aku patut tau dan letak dalam hati aku..solat bukan sesuatu yang aku patut lengah-lengahkan...aishhh...serious sentap time aku nampak dia...aku sepatutnya bersyukur masih diberikan nikmat2 kurniaan Ilahi..confirm kalau Allah tarik nikmat yang Dia beri kepada aku ni, menangis dan meroyan x berlagu lah aku...(T_T)

Maafkan aku Ya Allah...maafkan aku Ya Allah...maafkan aku Ya Allah...:(