Tuesday, February 1, 2011

Kenapa Aku Tak Kenal??

2nd post..

rajin bebenor lah pulak aku buat benda2 ni..kali ni pasal berkenalan dan mengenali..

kalau siapa2 yang ada Fb aku & jenis stalk Fb aku (bajet famous lah ni) mesti ada terbaca komen aku dengan seorang senior yang aku hormat kat Aikol pasal tokoh2 agama yang terkenal..aku jujur cakap aku sangat sedikit mengenali tokoh2 agama Islam yg aku kenal..aku lebih kenali artis,atlet2 yang terlibat dalam sukan dan seangkatan dengannya..kadang2 aku rasa malu sebab aku sudah 22 tahun hidup di muka bumi Allah ni,aku masih hanya mengenali tokoh2 Islam dalam kuantiti yang sedikit..yang aku kenal ni pun entah aku kenali betul2 ke x..kenapa aku x kenal??kenapa jadi begini??mungkin orang cakap,ala tokoh agama je kot..yg penting ko tau benda2 lain..teettttt,jawapan awak salah..bagi aku,mengenali tokoh2 agama yg berjaya membangunkan Islam (yg membangunkan Islam sebab duit x masuk port k) amat penting selepas mengenali Allah and His Messengers..hal ini disebabkan,mereka telah bersusah payah untuk mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama yg paling ramai dianuti oleh umat manusia dimuka bumi ini (even ada yg bengong yg nak buat hub kelab malam even dah announce yg negara itu adalah negara Islam).

Kenapa aku x kenal??semuanya berpunca salah aku sendiri..aku akui mentaliti aku sebagai ex-student sekolah biasa dan berjaya memasuki universiti Islam yg penuh dengan budaya dan ciri2 Islam menyebabkan aku merasa takut dan seangkatan dengannya..kenapa aku takut??sebab kalau mahu dibandingkan dengan ilmu2 agama yg aku tahu dan ada dengan kebanyakkan budak2 kat UIA ni yg mostly memiliki ilmu agama yg tinggi daripada aku,diorang tak boleh terima aku utk hidup di kampus yg tenang ni (ni bukan kat Tenang,Johor tau...hidup cikgu Mala bior kalah pun)..aku takut yg diorang akan menimbulkan persoalan kenapa aku boleh terpilih ke UIA (aku x peduli pun sebenornya)..tapi alhamdulilah,aku berjaya memiliki kawan2 yg ada ilmu agama yg sangat aku respek & sudi berkawan dgn mamat sekular macam aku ni..aku sangat suka dapat ramai kawan2 yg boleh membantu aku hidup kt UIA ni dengan lebih teratur..aku teringin sangat belajar dengan kawan2 aku yg tau pasal ilmu2 agama ni especially mengenai tokoh2 dalam Islam ni..aku suka dengar cerita2 macam ni (sila ajar ilmu yg betul sahaja! Jangan ngada nak ajar aku ilmu2 yg tolol! Aku lempang kan jap lagi!)..

Ok..aku dah mengarut banyak ni..tak taulah motif aku tulis benda2 ni..semoga yg membaca x merasa pening..(^^)..may Allah bless you guys...

3 comments:

  1. 'lempang kang jap lagi'?haha!
    trademark macam kenal

    ReplyDelete
  2. haha..
    hidup uteh! :)

    lawak la bace entry uteh ni..mcm tgh ckp ngn uteh skrg..dpt imagine..haha~

    ReplyDelete
  3. amal:hehehe..xde copyright..xpe..;)

    kak long:hehehe...

    ReplyDelete