Friday, March 4, 2011

Taqwa + Burung + Allah

Bismillahirahmanirahim...

Hari ni nak jadi Islamic sikit boleh x??
As usual,when it comes to friday, solat jumaat pasti menjadi igauan kepada budak2 laki UIA..sebab
kalau dapat khatib macam hari ni,ada je yg terkeluar air liur...nasib baik aku x (bajet)
tapi hari ni walaupun aku ngantok (x baik betul aku ni), ada part yg khatib cakap hari ni berjaya menarik perhatian ku dengan mata yg tertutup...

TAQWA:
Hari ni khatib berjaya mengubah interpretasi aku mengenai apa itu taqwa..
Selama ini aku ingat fear of Allah is already enough for me to understand what is taqwa actually...
Terdetik di hati kecil aku ni (ni bajet gok ni), dah lama aku hidup sebagai seorang yg dipanggil Islam tapi baru hari aku mengetahui dan memahami definisi taqwa..sadis kan..
Terima Kasih Tuan Khatib!

BURUNG:
Yang ni aku tergelak je bila teringat apa yg khatib cerita tadi...
Bila dia cerita 2 jenis burung yg hidup dengan semangat yg tinggi plus dia buat lawak kalau siapa2 yg boleh berjalan 26 hours non stop,dia nak kasi upah...(kaya dowh khatib ni)...
Burung 1:boleh terbang dari Alaska sampai New Zealand tanpa henti..
Burung 2:dengan berat 4 gram je (kalau betul lah), boleh terbang dari (kalau tak salah lah) hutan Amazon sampai ke mana entah [time ni x berapa nak dengar sbb mata dah berat...=)]
Aku cukup kagum dgn ketabahan makhluk2 Allah ni yg diorang x diberi akal fikiran tapi semangat sgt kental mental...
Aku??Ada akal tapi aku banyak guna buat laro..aku guna buat jahat kat orang..aiishhh...
Ya Allah,aku dah banyak menjahanamkan akal yg Engkau berikan kepada aku..
Aku mohon kemaafan dari-Mu Ya Allah disebabkan kealpaan aku ini..
Aku cuma insan biasa yg Engkau cipta yg pasti melakukan kesalahan..
Berikanlah aku petunjuk agar aku mampu menggunakan akal kurniaannya-Mu ke jalan yg benar...

ALLAH:
"Either big or small, you should find Allah if you have any problem"
"Allah always wait us to find us but why we always neglect Him"
"Allah should be the best place for your consultation"
-Aku selalu lupa Dia.
-Aku cuma cari Dia kalau aku sakit migraine aku ni
-Aku x pernah cari Dia time aku happy2

Aku boleh dikategorikan sebagai seorang umat yg sgt kekurangan ilmu2 agama ni (berani je aku amek Islamic Legal Maxim)...sejak dua menjak hati aku terasa mahu belajar pasal ilmu2 agama..xtau kenapa..mungkin Allah dah kasi hint kot kat aku..insyAllah,aku akan mulakan niat aku ni dengan bertanya kat orang2 yg pakar dalam hal2 macam ni (tapi jangan ngada nak sesatkan aku lak)...

Sekian sahaja..May Allah bless all my blog readers (bajet ada..hahaha)

No comments:

Post a Comment