Hari ini, boleh dikatakan semua manusia yang sudah akil baligh mempunyai pasangan masing-masing, baik yang dah kahwin mahu pun yang bercinta sebelum kahwin. Namun ada moleknya bercinta selepas kita ucap "aku terima nikahnya"
Namun jika kita mencari pasangan demi ingin memastikan dan memilih pasangan kita adalah daripada kalangan wanita yang soleha untuk dijadikan calon isteri, maka,tetaplah dengan matlamat suci itu. Namun, ingin mencari calon isteri tidak semestinya dengan cara bercinta, berkawan juga boleh dijadikan cara untuk mencari calon isteri. Dan lagi selamat berkawan kerana bila bercinta sesama manusia, akan hadir makhlut alam ghaib yang datang menghasut untuk membuat maksiat, dari maksiat kecil yang bermula dengan perkataan, sehinggalah terjadinya maksiat besar dan akhirnya matlamat untuk mencari wanita soleha berkubur kerana si pencari sendiri yang menguburkan wanita soleha yang dicarinya.
Jika kita bercinta, cintailah pasangan itu kerana ALLAH swt, dan jika kita cinta pasangan kita itu, bawalah bersamanya sehingga ke pintu syurga. Berusahalah bersama-sama untuk disyurga bukan bersama syaitan yang dijadikan teman di dalam neraka.
Doa Nabi Daud a.s Memohon Cinta Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Di antara doa Nabi Daud a.s ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah s.a.w mengingati Nabi Daud a.s beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)
Dari Nabi s.a.w beliau bersabda: “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibrilpun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhary 5580)
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Ruh-ruh manusia diciptakan laksana prajurit berbaris, maka mana yang saling kenal di antara satu sama lain akan bersatu. Dan mana yang saling mengingkari di antara satu sama lain akan berpisah.” (HR muslim 4773)
MOOD: HAPPY SEBAB AKHIRNYA BERJAYA MESSAGE GAK ORANG TU...(^^)
bercinta xpernah haram...tapi akan jdi haram bila mana cinta tu dirosakkan dgn perkara2 maksiat...
ReplyDeletejalan mudah meraih cinta adalah dgn menikah t aku bg ko pinjam satu buku ni..dia explain pasal ni..
(◕‿◕✿)
best entry afif!!
ReplyDelete(^_^)Y
syau:hehehe...nak2....
ReplyDeleteamira:hehe..org tengah gatal..macam ni r jadinya...hahahaha