Wednesday, September 17, 2014

Pergi Tak Kembali...

Ambil kau...nak sangat aku post...memang penat aku pilih tajuk...brainstorming dari hari kau request kat lawsoc (rindu nak lepak bilik puaka tu..boleh intai budak mooting yang comel)...

Malas nak membebel panjang sebab setahun setengah (kecuali kau nak tukar warganegeri kepada Bristol daripada Kelate) kau mesti balik Malaysia punya..bila nak start mengarang ni, aku tengah fikir bila saatnya kita rapat...serious aku lupa wei..kena nikah dah aku ni tapi aku tahu kau dulu nikah dari aku.. (tunjuk lah gileee siapa tunang kau...)

Tahniah sebab impian kau tercapai sambung master kat luar...impian aku memang Allah hold dulu..insyaAllah tahun depan aku pergi sana...deferral letter pun dah dapat...selamat berjuang kat sana...tangkap gambo library wei..mesti cantik library sana..nak harap hakim, dia 24 jam posing maut dgn environment cantik aussie tu...harap anas, dia bukan kaki library...

Intipati yg kau request sebenarnya mengelikan dowh...please lah..aku masih original..:p

Well, knowing you as one of IIUM's mate is a pleasure...nak bandingkan kau dengan aku agak besar perbedaannnya..ruang lingkup kau lebih luas berbanding aku yg lebih suka fokus depan mata je..sebab tu aku buat kerja dalam Aikol je...hahaha...teringat masa jadi exco lawsoc dengan kau...gelaran boboi memang sesuai benor dengan bentuk badan kau (jujur ni, no offence..haha)..it was a good experience to work with you plus dengan keluarga lawsoc kita dari mr.pres sehinggalah dengan tawhidul dan ma'rif...(sampai sekarang aku pening dengan dua orang tu)..then, teringat zaman kau bertanding Presiden Lawsoc...yg tu, biarlah rahasia (on lagu siti masa baca bahagian ni)...

kalau masa belajar, kau memang smart one..cumanya mohon sikap pemalas kau diteruskan kat sana..macam kau selalu buat datang bilik aku nak study,last2 tidur krooh kroohhh...benda ni baik sebab belajar 24 jam x bagus untuk otak..baik kau percaya cakap aku ni...sebab tu aku layan korea (Girls Generation!Fighting!)..

Kat sana nanti, keep post gambo2 cantik utk kasi aku jealous...macam hakim dan anas selalu buat..haha..dah,malas nak membebel panjang...nanti dah settle down, roger no UK kau..senang aku nak korek cerita...sebagai penutup, terimalah (cewaaahhh) syair Imam Syafie..syair ni memang aku selalu pegang sebab aku suka derakkk dan ni sebagai pemegang semangat aku utk sambung belajar kat luar negara...:)

"Merantaulah...
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang

Merantaulah...
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akam kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan"


Kalau aku kena balun sebab upload gambo ni, semua salah kau...kena belanja aku makan sebagai denda.. #kbai







Saturday, August 30, 2014

Aku Ingin






Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,
dengan kata yang tak sempat diucapkan,
kayu kepada api yang menjadikannya abu...

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan,
awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..

Thursday, August 28, 2014

Dirgahayu Malaysia

"Kemerdekaan itu anak-anak yang bernyanyi menyatukan masa lampau, kini, dan yang akan datang lalu perlahan keluar meruap ke jalan tanpa ada ujung.

Kemerdekaan itu ibu guru yang mengajarkan cara mengatur bunyi & huruf menjadi kata, merangkainya menjadi bahasa & rumus matematika.

Kemerdekaan itu anak-anak kita yang pada musim kemarau bermain layang-layang, menarik, mengulur, dan tak mempermasalahkan kenapa ada yang putus.

Kemerdekaan itu adalah akar yang menghujam berkelok tak terduga jalin-menjalin bersilangan agar hidup dan angan tegak menjulang.

Kemerdekaan itu adalah roda dan mesin yang mengantar kita ke tanah-tanah yang jauh, mencapai negeri gagasan.

Kemerdekaan itu adalah kata yang melahirkan jutaan makna, adalah titik, garis, dan warna yang melesat ke bintang-mintang.

Kemerdekaan itu adalah derum yang tak pernah berhenti mengembara jauh ke dalam diri kita, mengolah renungan menjadi ciptaan."


31 Ogos 1957, tahun ke-57 kemerdekaan..Di sini lahirnya sebuah cinta...

Friday, August 22, 2014

MH 17, Dalam Kenangan

Hidup dan mati merupakan Sunnahtullah
berebut peluang sewaktu hidup sebelum di matikan oleh Allah,
tiada siapa yang kekal didunia sementara ini,
sehebat mana pun yang ada padanya,
pasti ia akan menemui kematian.

raja yang berada disinggahsana,
doktor yang sentiasa mengubati pesakit jua akan mati,
tatakala mati,tiada lagi gelak tawa, gurau senda,
yang ada ialah amalan yang dibawa..

pagi yang diberi kehidupan untuk mendapatkan bekalan untuk dibawa,
bukan bekalan untuk ditinggalkan didunia ini..
taubatlah pada setiap masa..

Tuesday, July 1, 2014

Hadiah dari Syurga


May Allah bless you adik.. :')..it is a shame thing on me..I still lack a lot..

'Kami telah memudahkan Al-Quran untuk dipelajari' (Al-Qamar: 7)


Monday, June 30, 2014

The Planner



I find it a benefit one..dah lama tahu pasal benda ni selepas kelly share through e-mail..hope it may help everyone to go through this Ramadhan with awesome and earn a lot of rewards guarantee by Allah S.W.T..


dapat air ni kejap lagi memang Alhamdulillah..

Sunday, June 29, 2014

Sampai satu tahap..

Sampai satu tahap, aku kena jadi kawan yang pandai cakap tidak..

Sampai satu tahap, aku kena mula langkah dan gerak menawan hati si dia..

Sampai satu tahap, aku rasa memang diri ini tidak pernah layak mendapat biasiswa walaupun aku ni tidak kaya..

Sampai satu tahap, aku ingin laksanakan rancangan2 tertangguh aku termasuklah merantau ke Asia Tenggara..

Sampai satu tahap, aku berharap orang boleh berhenti menanyakan apa aku nak buat selepas chambering..

Sampai satu tahap, aku berharap aku pandai dalam memikat hati wanita terutamanya si S..

Sampai satu tahap, aku nak tukar telefon kepada telefon murah..

...sampai satu tahap..aishhhhhh

Tarbiyyah Ramadhan

Sejarah Solat Tarawih

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha mengkhabarkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu malam (pada bulan Ramadhan) keluar rumah di tengah malam untuk melaksanakan solat di masjid. Maka orang-orang kemudian ikut solat mengikuti solat beliau. Pada waktu paginya orang-orang membicarakan kejadian tersebut sehingga pada malam berikutnya orang-orang yang berkumpul bertambah banyak lalu ikut solat dengan beliau.

Pada waktu paginya (kedua) orang-orang kembali membicarakan kejadian tersebut. Kemudian pada malam yang ketiga orang-orang yang hadir di masjid semakin bertambah banyak lagi lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar untuk solat dan mereka ikut solat bersama beliau.

Kemudian pada malam yang keempat, masjid sudah penuh dengan jemaah hingga akhirnya beliau keluar hanya untuk solat Subuh. Setelah beliau selesai solat Fajr, beliau menghadap kepada orang banyak kemudian beliau membaca syahadah lalu bersabda: “Amma ba’du, sesungguhnya aku bukannya tidak tahu keberadaan kalian (semalam). Akan tetapi aku takut nanti menjadi diwajibkan atas kalian sehingga kalian menjadi keberatan kerananya”.

Kemudian setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam wafat, tradisi solat (tarawih) secara berjemaah terus berlangsung seperti itu.

(Sahih Bukhari, no. 1061, no. 1873, Sahih Muslim, no. 1270, no. 1271)

Friday, May 30, 2014

Rindu Amat Sama Ini Tempat



Setahun yang lepas...


June marks a month of saying goodbye...padahal lusa baru jun..jun akan menandanya 9 bulan pupilage period will end...and in this month too, it had been a year since final goodbye for us 30th legacy selepas ibadah kem..

Add gambar ni sebab aku dah x ingat bila last aku jumpa deme-deme ni..
I miss them..the 30th legacy and Aikol..for whatever provoke, sindiran, perli, makian, copy paste (biasalah orang Melayu..tidak pHd, takkan Melayu hilang di Malaysia)..Sometimes, I wish we were back at the old times..kita masuk lambat dalam moot court..kena sound dgn sir mizan, prof akram, dr duryana pasal benda ni..rindu dengar prof akram persembahkan lagu2 hindustan dia..rindu dengar sir raja bad and the cpc gang membebel pasal criminal procedure..rindu dengan lecture Kak Sham yang datang kelas bawa Akta je tapi kalau bercakap, mana dapat entah idea2 awesome..rindu nak bawa masuk makanan dalam moot court..rindu nak charge phone kt tempat wajib..rindu lepak Aikol Cafe even makan benda sama je aku rasa tiap2 hari..rindu kelas lecturers family law yang awesome dan lemah lembut..rindu lecture Companies Laws dengan otai2 yang aku rasa diorang ni patut buka syarikat, bukan mengajar..rindu kelas MLS dengan Prof Ashghar..rindu kelas tort dengan Prof Altaf (gaya kepala dia aku paling rindu)..rindu kelas Prof Hunud (selalu kena maki shame on you dan x beli buku nipis yang mahal nak mati dia jual)..rindu kelas Prof Naqib yang suara habis macho..rindu kelas Dr Iqbal yang aku rasa falsafah sampai sekarang aku x faham (part gaya dia sebut hudud paling aku ingat)..rindu kelas Ustaz Hamid J (sampai sekarang jawapan aku x pernah dia nak terima)..rindu dgn gaya lembut Madam Azlinor ajar (semoga madam happy kat Saudi)..rindu dengan kelas Criminal Dr Baha dan Madam Mahanoon (kelas malam yang paling best terutama masa zaman puasa)..rindu dengan kelas Constitutional Law especially kelas Dr KA dan Dr Ibrahim (teringat budak2 ni ada lukis gambar diorang masa kelas..vacuum betul perangai)..rindu kelas Transactions in Laws Dr Sadique even setiap kali dia cakap x faham English dia..rindu kelas Usul Fiqh Madam Wan sebab dia comel je mengajar..rindu kelas dgn Dr Tajul sampai 3 subjects aku ambil dengan dia sahaja..rindu kelas Mr.Bahar even x ramai nak ambil dengan dia,aku lagi suka sebab dia suka guna English yang entah dari kurun ke berapa wujud dan dia memang fatherly utk aku..rindu kelas dgn Dr Rusni sebab sebab dia senyum memang penyejuk hati..rindu kelas Mooting sebab Sir Shukor selalu batal kelas..dan rindu serindu rindunya lah (on lagu Spoon..siapa x tahu memang aku sudukan)



Rindu ni sebenarnya terubat dengan mendengar khabar ada yang bakal long call dalam masa terdekat (rasanya hari ini ada seorang), yang dah nikah, yang dah ada kerja tetap, yang belajar seberang laut, yang bakal nikah, yang bakal travel, yang bakal sebakal bakalnya lah..Indeed, Allah is a great planner. Dia permudahkan segalanya untuk 30th legacy aku..Semoga yang baik2 sahaja untuk mereka semua sehingga hembusan nafas terakhir..

“Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan
jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMU dan
bukan mencari keredhaan orang lain” — Umar Al-Khattab


Wednesday, May 14, 2014

Terima Kasih 101..


Assalamualaikum..

Selamat Hari Guru..16 Mei..saja buat perutusan awal sebab weekend ada kerja..aku nak buat juga perutusan ni walaupun nanti ada lah orang cakap aku liberal lah, sekular lah sebab ikut sangat perangai Barat..sibuk nak ucap benda yang dikatakan 'one off on day only'..blurghhhhhh

Tanpa guru (tiba-tiba), siapalah Muhammad Afif bin Abdullah ini..bermula dari zaman sekolah rendah [SK Kebun Bharu, Klang..SK Rusila, Marang (Masa ni lah kes aku berak dalam seluar sebab tak tahu tandas kat mana)..SK Gong Badak (Masa ni lah bermula persahabatan baik sampai sekarang dengan Nazmi bin Zulkifli..p/s:aku puji mu ni mi)..SK Kompleks Gong Badak (Masa ni lah zaman gila kuasa bermula jadi pengawas sampai darjah 6) ]..kemudian, masuk ke alam remaja yang rambut belah tengah ala-ala Backstreet Boys (tak nak sebut New Boyz) dengan sekolah menengah satu-satunya, SMK Kompleks Gong Badak (sebab ada mee sup pok awi, tu yang aku sekolah kat sini je)..

Sepanjang bersekolah, aku bukan pelajar cemerlang (drama Melayu dah bermula)..kalau sekolah rendah, aku cuma dapat 4A1B dalam UPSR..menyusul PMR, cuma 6A2B..menyusul SPM, cuma 7A3B..haha..tapi aku cukup bersyukur dengan keputusan2 aku ni terutamanya SPM sebab atas usaha guru bernama Teacher Mahiran, aku akhirnya dalam sejarah dunia, dapat A2 untuk subjek tu..teringat misi mendera beliau yang kaw2 punya untuk aku dapat A2..nak buat macam mana, biasanya aku akan dapat 5C, 6C dan kadang-kadang 7D..hahaha..Selepas sekolah, masuk lah uia..perghhh..mati lah..uia bai..english superb tu..aku?mampu ke..dah lah dapat course pilihan ke-5 (laws) seperti keluar kandang singa, masuk mulut harimau #eh .. tapi macam biasa, aku gasak je..alhamdulillah 2 tahun asasi (balasan english level 4) dan 4 tahun ijazah, aku dah selamat graduated from UIAM pada 18 November 2013 dengan Second Class Upper..:)

Guru memang cukup dekat dengan aku..keluarga aku either sebelah almarhum abah ramai menjadi guru termasuk abah sendiri dan sebelah ummi pun ramai yang menjadi guru..crush aku pun seorang guru.. #eh ..aku faham nadi denyut seorang guru..dan aku cukup terkesan bagi mereka yang mengutuk profession ni..bagi aku senang je, siapa2 yang kutuk tu x sedar dia pernah belajar dengan seorang bernama guru..next time, kau suruh anak kau home-schooling je..senang..xde lah insiden berak dalam seluar macam aku..Profession ni jelas memerlukan kesabaran tinggi..Kalau kat uia, aku percaya lecturers aku memang tahap langit ke berapa punya kesabaran..ye lah,bila perangai students naik tocang sambil bunyi muzik ice-cream paddle pop, deme2 ni lah kena kaw2..itu yang buat aku cukup hormat pekerjaan dan mereka di dalamnya..Kalau nak bercerita pasal guru, hidup mati dan hidup semula pasti tidak akan berkesudahan..terlalu banyak jasa, budi, ilmu, gosip yang mereka sumbangkan..hehe..

Kepada mereka yang bergelar guru secara langsung atau tidak langsung..terima kasih, kamsahamida, syukran, arigato, komawo, xexe, nandre..Ikhlas dari anak murid yang x pandai tapi handsome (okay ignore the last one)



"Jadilah orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengarkan, atau orang yang menyukai, dan jangan engkau menjadi orang yang kelima, maka nescaya engkau akan binasa"

Tuesday, May 13, 2014

Utusan Khas: Wanita




You were born to be loved and in your life, you are being loved

The love from God that started since the beginning of the world

Becomes connected with us meeting each other

And your existence in this world is a very huge happiness for us (baca: lelaki sejati)

You were born to be loved and in your life, you are being loved


Saturday, May 10, 2014

#Naufalika #Sabah #PertamaKali








































"Semoga anda berdua kekal hingga hujung nyawa..Ameen"

Endless







I love you
Even if I close my eyes
If I could see you just once
The heavens can take everything from me
And I can leave this world without regret
and I will say goodbye properly..

It looks like you are wasting away
You have lost your laughter too
I always watched over you from afar
I am so worried that you might be sick

I will wait until the day I die
Don't cry alone because I'm not there
Until the day I can console your tears
Until that day be patient and endure





Tuesday, March 4, 2014

Pertama Kali

Let's the pictures speak by itself..now, I know why people really loves it..I need to start learn more about it especially swimming part.. :)