Wednesday, May 14, 2014

Terima Kasih 101..


Assalamualaikum..

Selamat Hari Guru..16 Mei..saja buat perutusan awal sebab weekend ada kerja..aku nak buat juga perutusan ni walaupun nanti ada lah orang cakap aku liberal lah, sekular lah sebab ikut sangat perangai Barat..sibuk nak ucap benda yang dikatakan 'one off on day only'..blurghhhhhh

Tanpa guru (tiba-tiba), siapalah Muhammad Afif bin Abdullah ini..bermula dari zaman sekolah rendah [SK Kebun Bharu, Klang..SK Rusila, Marang (Masa ni lah kes aku berak dalam seluar sebab tak tahu tandas kat mana)..SK Gong Badak (Masa ni lah bermula persahabatan baik sampai sekarang dengan Nazmi bin Zulkifli..p/s:aku puji mu ni mi)..SK Kompleks Gong Badak (Masa ni lah zaman gila kuasa bermula jadi pengawas sampai darjah 6) ]..kemudian, masuk ke alam remaja yang rambut belah tengah ala-ala Backstreet Boys (tak nak sebut New Boyz) dengan sekolah menengah satu-satunya, SMK Kompleks Gong Badak (sebab ada mee sup pok awi, tu yang aku sekolah kat sini je)..

Sepanjang bersekolah, aku bukan pelajar cemerlang (drama Melayu dah bermula)..kalau sekolah rendah, aku cuma dapat 4A1B dalam UPSR..menyusul PMR, cuma 6A2B..menyusul SPM, cuma 7A3B..haha..tapi aku cukup bersyukur dengan keputusan2 aku ni terutamanya SPM sebab atas usaha guru bernama Teacher Mahiran, aku akhirnya dalam sejarah dunia, dapat A2 untuk subjek tu..teringat misi mendera beliau yang kaw2 punya untuk aku dapat A2..nak buat macam mana, biasanya aku akan dapat 5C, 6C dan kadang-kadang 7D..hahaha..Selepas sekolah, masuk lah uia..perghhh..mati lah..uia bai..english superb tu..aku?mampu ke..dah lah dapat course pilihan ke-5 (laws) seperti keluar kandang singa, masuk mulut harimau #eh .. tapi macam biasa, aku gasak je..alhamdulillah 2 tahun asasi (balasan english level 4) dan 4 tahun ijazah, aku dah selamat graduated from UIAM pada 18 November 2013 dengan Second Class Upper..:)

Guru memang cukup dekat dengan aku..keluarga aku either sebelah almarhum abah ramai menjadi guru termasuk abah sendiri dan sebelah ummi pun ramai yang menjadi guru..crush aku pun seorang guru.. #eh ..aku faham nadi denyut seorang guru..dan aku cukup terkesan bagi mereka yang mengutuk profession ni..bagi aku senang je, siapa2 yang kutuk tu x sedar dia pernah belajar dengan seorang bernama guru..next time, kau suruh anak kau home-schooling je..senang..xde lah insiden berak dalam seluar macam aku..Profession ni jelas memerlukan kesabaran tinggi..Kalau kat uia, aku percaya lecturers aku memang tahap langit ke berapa punya kesabaran..ye lah,bila perangai students naik tocang sambil bunyi muzik ice-cream paddle pop, deme2 ni lah kena kaw2..itu yang buat aku cukup hormat pekerjaan dan mereka di dalamnya..Kalau nak bercerita pasal guru, hidup mati dan hidup semula pasti tidak akan berkesudahan..terlalu banyak jasa, budi, ilmu, gosip yang mereka sumbangkan..hehe..

Kepada mereka yang bergelar guru secara langsung atau tidak langsung..terima kasih, kamsahamida, syukran, arigato, komawo, xexe, nandre..Ikhlas dari anak murid yang x pandai tapi handsome (okay ignore the last one)



"Jadilah orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengarkan, atau orang yang menyukai, dan jangan engkau menjadi orang yang kelima, maka nescaya engkau akan binasa"

No comments:

Post a Comment