Dari Aisyah radhiallahu ‘anha mengkhabarkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu malam (pada bulan Ramadhan) keluar rumah di tengah malam untuk melaksanakan solat di masjid. Maka orang-orang kemudian ikut solat mengikuti solat beliau. Pada waktu paginya orang-orang membicarakan kejadian tersebut sehingga pada malam berikutnya orang-orang yang berkumpul bertambah banyak lalu ikut solat dengan beliau.
Pada waktu paginya (kedua) orang-orang kembali membicarakan kejadian tersebut. Kemudian pada malam yang ketiga orang-orang yang hadir di masjid semakin bertambah banyak lagi lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar untuk solat dan mereka ikut solat bersama beliau.
Kemudian pada malam yang keempat, masjid sudah penuh dengan jemaah hingga akhirnya beliau keluar hanya untuk solat Subuh. Setelah beliau selesai solat Fajr, beliau menghadap kepada orang banyak kemudian beliau membaca syahadah lalu bersabda: “Amma ba’du, sesungguhnya aku bukannya tidak tahu keberadaan kalian (semalam). Akan tetapi aku takut nanti menjadi diwajibkan atas kalian sehingga kalian menjadi keberatan kerananya”.
Kemudian setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam wafat, tradisi solat (tarawih) secara berjemaah terus berlangsung seperti itu.
(Sahih Bukhari, no. 1061, no. 1873, Sahih Muslim, no. 1270, no. 1271)
No comments:
Post a Comment