Dah lama x menulis wei...last aku tulis time exam hari tu..plus peristiwa aku naik hantu dengan pondan2 uia ni, membuatkan aku xde mood nak buat entry baru... xde kaitan.. Kematian?? Tiba2 je aku nak tulis pasal mati kenapa..buang tabiat ke apa..
Well, aku rasa aku x perlu lah terangkan mengenai apa itu kematian dan prinsip asas mati ni..korang confirm dah tau yg kita ni, seorang manusia cuma sementara berada di muka bumi ni..kita pasti akan kembali kepada fitrah iaitu menemui pencipta kita, Allah S.W.T..kapan kembalinya??That's His job....:)
Aku sejujurnya sangat takut tiap kali nak masuk tidur...kenapa??takut x bangun esok a.k.a mati..bayangkan, bila Allah kasi green light untuk bangun dari tidur, banyak sangat perkara2 teruk yang aku buat..antaranya mudah je...bangun subuh pukul 7 ke atas..kepala hotak betul aku ni...Allah dah kasi best alarm, aku boleh buat bodoh je..benda ni xkan berlaku kalau aku duduk di rumah.. faham2 je lah sendiri..ni rasa nak berbini ni..kalau ada tulang rusuk kiri aku tu,confirm dia tolong gerak kan..haha melampau giler imaginasi..
Tu baru satu..subuh gajah..lepas saat tu, x terkira lah perkara2 yg aku lakukan sama ada baik atau buruk...sesungguhnya x terkira perkara2 tersebut..sebab tu lah, sebelum tidur aku buat perkara2 kecik yg at least boleh menghapuskan dosa2 kecil aku..Antaranya, baca surah wajib sebelum tidur, Surah al-Mulk..aku pun baru start amalkan pembacaan ni last year..aku selalu dengar orang cakap keberkatan membaca surah ni..aku pun pelik lah, then aku baca translation surah tu..seriously, it really open my hearts and minds.. sila baca translation selepas mengaji..apart from that, aku akan ambil wudhu' sebelum tidur..wudhu' kan berfungsi sbg penghapus dosa2 kecil..ye lah, kita xtau apa anggota badan kita buat sepanjang satu hari..contoh, pergi korek hidung dan lesek (xtau perkataan Bahasa Melayu biasa) dekat orang..kan dosa tu.. pengalaman sendiri
Sebelum tidur aku juga baca apa yang orang kita selalu sebut iaitu 3 Qul..nak tau Qul apa, ia adalah gabungan surah2 dari Surah Al-Nass, Al-Falaq dan Al-Ikhlas..ringkas dan mudah je surah2 ni..rugi siapa x baca..kalau lagu Gee, Genie, Oh, Hoot, The Boys aku boleh sebut, xkan surah2 ni aku x boleh baca..ye dop?? Last but not least aku akan tunaikan solat sunat taubat dan hajat...orang cakap sunat taubat patut dilakukan time buat tahajud..masalahnya aku ni payah nak bangun tahajud..hehehe..dan untuk sekian terakhir kalinya, sebelum tidur lafaz syahadah dan ucapan Bismillahirahmanirahim xkan aku lupa..tidur adalah satu ibadat, jadi dgn sebut lafaz Bismillah, at least aku buat pahala kecil sesuka hati aku je buat rule sendiri...pasal lafaz syahadah, kalau aku dimatikan pada malam aku tidur, sekurang-kurangnya aku meninggalkan dunia ini dengan lafaz yang aku pegang sejak dari kecil lagi..
Begitulah cerita aku mengenai kematian..cukuplah aku membebel ni..esok banyak kerja nak kena buat..tidur dulu semua..Selamat Malam...Assalamualaikum..
p/s: sebak je dengar lagu In-Team: Pemergianmu...:'(
Begitulah cerita aku mengenai kematian..cukuplah aku membebel ni..esok banyak kerja nak kena buat..tidur dulu semua..Selamat Malam...Assalamualaikum..
p/s: sebak je dengar lagu In-Team: Pemergianmu...:'(
No comments:
Post a Comment