Friday, February 3, 2012

Awas! Dosa Berganda


Melakukan seuatu dosa secara berulang-ulang dan terus-menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya hanya perkara yg baik sahaja yg boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit

Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung.

Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah

Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Inilah istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat Allah, namun masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.

Tidak segan-silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan. Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di hadapan manusia, bahkan di hadapan Allah.

Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.

No comments:

Post a Comment