" Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: " Allah berfirman: ' Sesiapa yg memusuhi kekasih-Ku, maka Aku menyatakan perang kepadanya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kpd-Ku dgn sesuatu yg aku lebih sukai daripada apa yg Aku wajibkan atasnya. Tidak henti2 hamba-Ku mendekatkan diri kpd-Ku dgn amalan2 sunnah sehingga Aku mencintai-Nya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya yg dgnnya ia mendengar, menjadi penglihatannya yg dgnnya ia melihat, menjadi tangannya yg dgnnya ia memegang, menjadi kakinya yg dgnnya ia berjalan. Jika ia meminta kpd-Ku, nescaya Aku mengabulkannya & jika ia meminta perlindungan kpd-Ku, nescaya aku melindunginya. Aku tidak pernah teragak-agak dlm sesuatu yg Aku putuskan, spt teragak-agaknya Aku utk mewafatkannya sbb dia benci akan kematian sedangkan Aku pula benci utk menyakiti hatinya.''' "
Hadith di atas merupakan salah satu keistimewaan Muhammad bin Abdullah yg digelar kekasih Allah S.W.T. Best kan..siapa yg xnak jadi kekasih Dia..=)
Entry ni adalah sempena menjelang sambutan keputeraan junjungan besar kita Rasulullah s.a.w yg akan muncul tidak lama lagi..It will be a norm in Malaysia apabila sambutan Maulidur Rasul ni, kita akan berarak, berselawat, bertakbir memuji keagungan Rasul terakhir kita itu..Simple kan benda2 ni tapi aku syukur sangat kat Malaysia ni ada buat benda2 ni...at least, ni adalah perkara paling mudah untuk kita ingat Baginda..bnd2 susah lain tau sgt payah nak ikut...=)
Aku sampai sekarang respek dgn Baginda sbb dia berjaya menyatukan pelbagai kaum, agama time Baginda menyebarkan dakwah...pasti best kan kalau aku dapat jumpa dia..nak je peluk, cium Baginda..entah2 aku minta signature Baginda...=)..sebut pasal jumpa Baginda ni, ada video dari Tuan Guru Harun Din yang menceritakan dia bermimpi berjumpa Baginda...Ya Allah, bapak best..sesungguhnya Allah dah kasi hint yg even after His demise, kita masih dapat berjumpa dia, cuma for certain people only..kalau aku ni, memang kena tunggu aku settle kan dosa2 aku dulu lah jawabnya..ni video tersebut..
sangat sebak ok dengar video ni..siapa yang belum dengar, boleh dengar2, fahami dan hayati baik2..=)
Aku teringat satu lagu dari In-Team, Pemergianmu yg menceritakan suasana ketika Baginda wafat..part tu lagi buat aku nak nangis..siyes aku xtau ada lagu ni..nasib baik ada orang perkenalkan..haha...ni video lagu tersebut:
Aku malas nak cite panjang2 pasal sirah Nabi ni..semua orang dah tau siapa Baginda, ayah dan ibu Baginda, orang2 yang rapat dengan Baginda dan musuh2 Baginda..korang kan A1 dalam Pendidikan Agama Islam..yang budak2 sekolah agama confirm belajar lebih mendalam pasal sirah Nabi ni..=)..Semoga dengan kedatangan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ni akan membawa kita mengenali dan mengikuti sunnah2 Baginda agar syafaat yang Baginda janjikan ketika pada Hari Perhitungan kita mampu rebut..=)..Wallahualam..=)
p/s : time tulis entry ni tengah serabut cari mana aku letak beg nak bawa balik uia ni...
No comments:
Post a Comment