Islam itu Indah..Islam itu Mudah..Islam menekankan persaudaraan...even sekecil mana suatu perkara atau kesusahan itu, kalau atas dasar ukhuwah Islamiyyah, pasti saudara sesama Islam akan datang membantu..kalau saudari yang nak datang membantu pun bagus...:D
"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan ) jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaan-Nya. Dan ingatlah, Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa Maha Meliputi Pengetahuann-Nya" [Al-Baqarah: 268]
Ayat di atas menggambarkan keazaman syaitan dalam memporak-perandakan ukhuwah Islamiyyah. Syaitan sanggup melakukan apa sahaja asalkan akhlak Islamiyyah yang dibawa oleh junjungan besar kita Muhammad s.a.w hancur seperti Singapura dilanggar sama itu todak..
Aku bukan sahabat yang baik tetapi aku cuba menjadi yang terbaik dalam segala benda demi sahabat aku..a life without a friend is just like eating nasi without petai..it needs to compliment between each other...Even people said for instance petai is really smelly, confirm kentut busuk punya lepas makan tapi cuba fikir apa nikmat selepas kentut tu...perut rasa lega kan..macam baru lepas sesuatu yang membebankan kan..Situasi yang sama juga dalam persahabatan ni..sahabat adalah seorang manusia biasa..tidak maksum..tetapi mereka juga yang akan bersama kita untuk bergosip, menolong ajar subjek2 tertentu even though kawan tu bukan faham sangat pun subjek tu dan sebagainya..mereka adalah petai yang akan menghasilkan kentut yang busuk tetapi kentut itu juga akan memberikan nikmat kelegaan kepada kita semua..:)
Aku selalu pegang kata2 Umar bin Abdul Aziz mengenai sahabat ni...:
" "Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau."
Salam Persahabatan..Diri ini bukanlah sahabat yang baik tetapi diri ini ingin menjadi sahabat yang baik kepada sahabat sekalian..macam pelik je ayat aku ni..Sekian, wallahualam...:)
p/s: sahabat = petai...habislah aku
No comments:
Post a Comment