Friday, November 17, 2017
Thursday, November 16, 2017
AirAsia Final Free Seat for 2017
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba -- TEMPAT DUDUK PERCUMA kembali lagi! Pengembaraan merupakan suatu pengalaman yang menakjubkan. Ambil langkah pertama dengan menebus penerbangan dari lebih 5 juta tempat duduk promosi yang boleh didapati bermula dari 0 Mata Ganjaran BIG.
Go travel and see rhe world baby. Aku for the time being hold for travelling sebab nak buat baby.. |
Malaysia Airlines End Year Sale
Wednesday, October 25, 2017
Sunday, September 17, 2017
Malaysia Berduka
Assalamualaikum..
For a past 2 weeks, 2 berita sedih dari Malaysia. The previous Agong dan juga Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Star Kedah pada umur 92 tahun. Moga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Selain itu, kita juga dikejutkan dengan kematian 21 murid tahfiz Pusat Tahfiz Ittifaqiah bersama 2 orang lagi guru mereka dalam kejadian kebakaran yang sah merupakan perbuatan khianat atau arson attack. Kes ini sumpah buat aku menangis melihat video, gambar dan semua perkara berkaitan dengan kes ini. As pengamal undang2, aku takkan mengulas lanjut isu ini sebab ada perkara2 yang harus dihormati. As truly Malaysian, kita seharusnya menjadi sabar, positif, tidak menularkan perkara yang tak sepatutnya dan banyak lagi dalam isu ini. Let the enforcement officer do their job. Pape hal, tahniah pasukan polis sebab siasat cukup cepat dalam isu ini. Tahniah
Waktu menaip ini aku berada di Johor Bahru selepas hampir 2 bulan tak outstation. Kes apa?Biarlah rahsia. Aku ingat nak buat review hotel yang aku stay untuk 4 hari ini. Nantikan dengan hashtag #bilaafifulas . See you next post. Xoxo
Assalamualaikum
Monday, September 11, 2017
Dah Berkarat
Assalamualaikum,
Kau nampak tak, dah 8 bulan tak update blog. Part 1 Kundasang tak sudah sudah sampai ke sudah. Aku lebih aktif di IG aku @muhd_afif (follow lah siapa nak follow) pasal kehidupan aku. FB pun aku dah kurang sebab aku rasa rimas dengan rakyat Malaysia yang kadang-kadang nampak sangat otak Tuhan kasi memang tara guna betul-betul. Aku rindu Malaysian yang dahulu, Malaysian yang power zaman-zaman aku sekolah dulu
Ini aku tulis balik blog hari ini sebab bos tak ada, cuti seminggu sebab anak UPSR (part ni boleh gelak jahat sebab tak faham kenapa dia yang cuti untuk anak dia yang exam. Ampun Boss, bonus mohon jangan kurang). Aku tulis balik ini pun sebab tetiba rindu perasaan mengarut dekat blog ini (hormon bini aku makin melekat dekat aku selepas setahun 4 bulan kahwin ini). Plus, boleh berletiaq panjang-panjang dekat blog ini.
Sepanjang 8 bulan ini, hanya satu trip ke luar negara aku pergi bawa wife iaitu ke Jogja lah boh, and thank God she really loved Jogja. Besides, kami pergi Lexis Nexis to celebrate our first anniversary (to more and more year with you love. I love you so much). Dan nampak gaya akan terus mereput dari travel tahun ini sebab ada big plan untuk travel next year..tapi flight ticket aku tak beli pun lagi. Doakan berjaya plan aku ni wahai kome kome yang membaca. Doakan juga agar kami dikurniakan anak pertama kami yang kami masih berusaha sehingga sekarang. Aku kesian tengok wife aku berendam ayaq mata every month. Now I know the real feeling and struggle on child issue. Doakan kami ye semua..
Okay lah, cukup sini. Nanti aku update travel aku tahun ini. dah buat draft cuma biasalah, kemalasan melanda selepas kahwin. perut pun makin membesor ini. keje makan yang wife masak je. Bye semua. Assalamualaikum
Tuesday, January 3, 2017
Misi Kundasang: Episod 1
Assalamualaikum semua.
Selamat tahun baru 2017. Lantak lah dah hari ketiga hari ini, aku doakan yang terbaik untuk semua bagi tahun baru ini. Majoriti cakap 2017 would be a hard year for Malaysia tapi aku ini yang jenis meredah semua benda, aku anggap every year is a hard one. It just depends on how you face and settle it..
Aku dan isteri baru balik dari Sabah dari 31 Disember 2016 sampai 2 Januari 2017 [Bandar KK cuma 4 jam, selebihnya di Kundasang]. It just a little treat for both of us as it is quite ups and downs year in terms of work. Personal life? Kami kahwin kot. Ini memang up up sokmo wei. Aku sebenarnya malas nak buat write up pasal trip ini sebab dengan teknologi di hujung jari, kome semua boleh tanya mbah google je on how a trip to Kundasang should be done. However, ramai pula yang whatsapp, komen kat IG aku personally minta share itinerary untuk #misikundasang ini. Jadi, meh lah kita buat amal jariah di tahun 2017 ini ye dok..hahaha
Untuk write up pasal trip ini, its better for me to start dengan benda-benda asas iaitu flight ticket and also the accomodation. Episod 1 ini aku mula dengan flight ticket lah, takkan korang nak pergi sana ikut darat atau laut sebab jarak KL ke KK lebih kurang 10000km++.
Untuk tiket tu, aku depart dengan http://www.airasia.com/my/en/home.page dan aku balik naik pesawat mahal http://www.malaysiaairlines.com/my/en.html haha. Harga tiket pergi balik seorang aku dapat RM150. Dua orang baru RM300. haha. Ada trick on how aku dapat tiket yang boleh dianggap murah ini sebab kebiaaannya harga paling paling murah RM150. Aku sebenarnya boleh je nak redeem enrich atau big point aku untuk beli tiket tapi sebab saja nak try trick baru, it totally worth it.
Trick tersebut adalah..jeng..jeng..jeng..gunalah website traveloka https://www.traveloka.com/en-my/ ..haha. Aku rasa dah ramai tahu kewujudan traveloka ini. Ia dianggap pilihan selain laman sesawang lain yang terkenal seperti skyscanner. Aku akui skyscanner memang beri harga semasa yang mana orang boleh trace better in terms untuk beli harga yang murah. Tetapi aku personally suka traveloka lagi sebab-sebab berikut:
1. Traveloka ada app dia wei. Aku yang pakai phone murah pun boleh download app dia, hangpa phone lagi mahal dari aku tok sah lah malu-malu nak download..
2. Traveloka selalu buat promotion. Kalau korang download app dia, promotion tu selalu akan keluar notification. Jadi korang tak perlu nak beli tiket dekat website 3-4 pagi. Just on the internet data and wallahhhhhh. Lagi best, promotion ini include hotel juga. Jadi you guys would save time and money kalau korang dapat grab the promotion seawal mungkin. Promotion ini akan ada period dia but it would replace with a new one kalau period promotion dah lapse. Promotion ini juga kadang-kadang buat untuk sepesifik thing macam untuk flight Malaysia Airlines je, Malindo Airline je, pemegang kad kredit cimb je dan banyak lagi. So, for those yang jenis assabiyah tinggi, sesuai sangat guna traveloka ini.
3. Traveloka juga ada buat refund item bagi sesiapa yang macam nak batalkan pembelian dia. Cumanya part refund ini depends on certain things je macam kalau beli tiket AirAsia, tok sah lah berharap dapat refund. Kome semua kena baca conditions ini semasa beli through traveloka tu.
Aku rasa itu je kot untuk episod 1 ini. Apa-apa hal kome klik je link-link yang ada untuk cerita Misi Kundasang ini ye. Oleh itu, afif signing off dulu. Till we meet again untuk 2nd episod..haha
Entah apa-apa travel tip takde gambo.. #balingkadbanksebabduittakde
Lupa pula, untuk sesiapa yang betul betul keen nak cari flight ticket, boleh follow abang power ini http://www.rambleandwander.com/ . Abang RAW ada juga twitter dia tapi aku tak ingat nama twitter abang RAW apa..haha..kindly pm dia for any ticket inquiry. Dia punya share harga tiket ini memang power. Okay, bye
Lupa pula, untuk sesiapa yang betul betul keen nak cari flight ticket, boleh follow abang power ini http://www.rambleandwander.com/ . Abang RAW ada juga twitter dia tapi aku tak ingat nama twitter abang RAW apa..haha..kindly pm dia for any ticket inquiry. Dia punya share harga tiket ini memang power. Okay, bye
Subscribe to:
Posts (Atom)