Monday, September 11, 2017

Dah Berkarat

Assalamualaikum,

Kau nampak tak, dah 8 bulan tak update blog. Part 1 Kundasang tak sudah sudah sampai ke sudah. Aku lebih aktif di IG aku @muhd_afif (follow lah siapa nak follow) pasal kehidupan aku. FB pun aku dah kurang sebab aku rasa rimas dengan rakyat Malaysia yang kadang-kadang nampak sangat otak Tuhan kasi memang tara guna betul-betul. Aku rindu Malaysian yang dahulu, Malaysian yang power zaman-zaman aku sekolah dulu

Ini aku tulis balik blog hari ini sebab bos tak ada, cuti seminggu sebab anak UPSR (part ni boleh gelak jahat sebab tak faham kenapa dia yang cuti untuk anak dia yang exam. Ampun Boss, bonus mohon jangan kurang). Aku tulis balik ini pun sebab tetiba rindu perasaan mengarut dekat blog ini (hormon bini aku makin melekat dekat aku selepas setahun 4 bulan kahwin ini). Plus, boleh berletiaq panjang-panjang dekat blog ini.

Sepanjang 8 bulan ini, hanya satu trip ke luar negara aku pergi bawa wife iaitu ke Jogja lah boh, and thank God she really loved Jogja. Besides, kami pergi Lexis Nexis to celebrate our first anniversary (to more and more year with you love. I love you so much). Dan nampak gaya akan terus mereput dari travel tahun ini sebab ada big plan untuk travel next year..tapi flight ticket aku tak beli pun lagi. Doakan berjaya plan aku ni wahai kome kome yang membaca. Doakan juga agar kami dikurniakan anak pertama kami yang kami masih berusaha sehingga sekarang. Aku kesian tengok wife aku berendam ayaq mata every month. Now I know the real feeling and struggle on child issue. Doakan kami ye semua..

Okay lah, cukup sini. Nanti aku update travel aku tahun ini. dah buat draft cuma biasalah, kemalasan melanda selepas kahwin. perut pun makin membesor ini. keje makan yang wife masak je. Bye semua. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment