Monday, June 30, 2014

The Planner



I find it a benefit one..dah lama tahu pasal benda ni selepas kelly share through e-mail..hope it may help everyone to go through this Ramadhan with awesome and earn a lot of rewards guarantee by Allah S.W.T..


dapat air ni kejap lagi memang Alhamdulillah..

Sunday, June 29, 2014

Sampai satu tahap..

Sampai satu tahap, aku kena jadi kawan yang pandai cakap tidak..

Sampai satu tahap, aku kena mula langkah dan gerak menawan hati si dia..

Sampai satu tahap, aku rasa memang diri ini tidak pernah layak mendapat biasiswa walaupun aku ni tidak kaya..

Sampai satu tahap, aku ingin laksanakan rancangan2 tertangguh aku termasuklah merantau ke Asia Tenggara..

Sampai satu tahap, aku berharap orang boleh berhenti menanyakan apa aku nak buat selepas chambering..

Sampai satu tahap, aku berharap aku pandai dalam memikat hati wanita terutamanya si S..

Sampai satu tahap, aku nak tukar telefon kepada telefon murah..

...sampai satu tahap..aishhhhhh

Tarbiyyah Ramadhan

Sejarah Solat Tarawih

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha mengkhabarkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu malam (pada bulan Ramadhan) keluar rumah di tengah malam untuk melaksanakan solat di masjid. Maka orang-orang kemudian ikut solat mengikuti solat beliau. Pada waktu paginya orang-orang membicarakan kejadian tersebut sehingga pada malam berikutnya orang-orang yang berkumpul bertambah banyak lalu ikut solat dengan beliau.

Pada waktu paginya (kedua) orang-orang kembali membicarakan kejadian tersebut. Kemudian pada malam yang ketiga orang-orang yang hadir di masjid semakin bertambah banyak lagi lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar untuk solat dan mereka ikut solat bersama beliau.

Kemudian pada malam yang keempat, masjid sudah penuh dengan jemaah hingga akhirnya beliau keluar hanya untuk solat Subuh. Setelah beliau selesai solat Fajr, beliau menghadap kepada orang banyak kemudian beliau membaca syahadah lalu bersabda: “Amma ba’du, sesungguhnya aku bukannya tidak tahu keberadaan kalian (semalam). Akan tetapi aku takut nanti menjadi diwajibkan atas kalian sehingga kalian menjadi keberatan kerananya”.

Kemudian setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam wafat, tradisi solat (tarawih) secara berjemaah terus berlangsung seperti itu.

(Sahih Bukhari, no. 1061, no. 1873, Sahih Muslim, no. 1270, no. 1271)