Saturday, March 30, 2013

Pergi tidak akan kembali


Kematian...sesuatu yang pasti bagi yang hidup...kalau Allah mampu mencipta manusia, Dia juga berkuasa mematikan manusia...apa guna kita belajar nama dan fungsi malaikat Izrail zaman fardhu ain dulu dulu kala kalau kita tidak mempercayai kepada kematian..

Aku tiba-tiba je terdetik hati nak menulis pasal benda ni selepas membaca post arif dekat fb group yang ayah Fahmie Mustafa a.k.a fahmie wheelcha baru sahaja meninggal dunia..jadi, sepanjang mid break ni aku mendapat berita dua kematian...satu,semasa mula2 bercuti mak wan muzlifah pun pergi menghadap Ilahi..sekarang,ayah fahmie...fahmie sekarang dah berstatus anak yatim..:(

Ya Allah, aku cukup sedih bila mendengar berita2 kematian sekarang..xtau kenapa..selepas arwah abah meninggal tahun lepas, aku rasa hati dan perasaan sensitif aku ni makin kuat..aku jujur cakap aku x boleh mendengar sebarang berita kematian lagi..bayangkan,perajurit-perajurit di Lahad Datu yang gugur menegakkan keamanan Malaysia melawan geng2 Kiram gila tu,aku mampu menitiskan air mata..aku cukup sebak terutama apabila mendengar suara salah seorang anak perajurit yang gugur yang menanyakan ibunya 'ayah pergi mana'.. :'(

Mungkin orang cakap ini adalah qada' dan qadar..we need to accept the reality..but,honestly said aku masih x puas lagi nak rasa kasih sayang seorang ayah even aku dah umur 23..aku rasa rugi sangat banyak benda aku x sempat belajar dengan abah..abah is really good in Islamic transaction..aku rasa terkial-kial sekarang belajar IBT sebab banyak arabic terms yang aku prefer tanya abah daripada kawan aku yang pandai...teringat zaman aku mabil transaction in Islamic laws dan Usul Fiqh, banyak hadis2 yang aku x faham, aku just called abah dan abah akan melayan aku lama2 even telinga abah x berapa nak dengar.. :'(

Itulah kematian..Ia mengajar kita untuk menghargai orang2 di sekeliling kita walaupun dah terlambat..Kita yang masih hidup ni hanya mampu sekarang berdoa agar mereka yang telah pergi supaya mereka tenang bersama pencipta Kami dan berdoa juga agar kita boleh berjumpa mereka semula di alam sana..Baiklah, cukup dengan cerita...dah 'berjeruk' baju aku basah sebab lap air mat..kena siap2 pergi firm abang akram nak buat kerja PP dengan arif dan ain...choww....Assalamualaikum.. :)

Saturday, March 23, 2013

Cabaran...

Assalamualaikum...

Dah lama blog ni x terisi..last post was on January..does not have any mood (maybe) to post anything dekat blog habuk ni..

Ketika tengah taip ni, tengah dengar recording lecturer (aku ni jenis malas nak menulis dalam lecture) for CPC test esok petang..banyak seyh CPC ni..betul ke aku nak chamber in criminal ni.. -_- .. Mr Baha pun cakap better for me to start on civil litigation.. aku x minat civil liti ni even it is a proper procedure (macam sir mizan selalu cakap)..aku bukan jenis a proper man..aku suka jump2, buat benda ngarut2..I'm not a good law observer (kenapa aku amek laws pun aku xtau.. -_- )..

Sekarang, dah masuk bulan Mac..dah 21 Mac dah ketika post ni ditulis (macam ada orang kisah)..next week will be my final mid break but I am not gonna enjoyed as what I did for the previous seven semesters..This time, I need to come back early to settle International Law research project (adakah ini yg aku alami di alam pekerjaan nanti??hmmmm)..xpe lah, asalkan dapat bayaran, gua kisah apa..:D

Di final semester ni, banyak cabaran yang sebenar aku tengok..siapa kawan..siapa lawan..siapa kaca..siapa berlian..siapa aircond..siapa kipas lipat 24x (ala,kipas cina tu..lipat guna kertas je)..hmmm..agak stress tapi aku bertuah dalam tekanan menghadapi makhluk2 Allah yg cakap x serupa bikin, aku dikurniakan dgn kawan2 yg kuat memberi kata2 semangat..aku pelik juga macam mana diorang ni positive je memanjang tapi lantak lah...even dari luaran diorang nampak loaded, (loaded sebenarnya kot..haha) tapi diorang jujur, x berselindung, they even help me in my study + perbetulkan grammar aku (dah 6 tahun afif wei..sila improve macam tu)..they really nice person..Alhamdulillah, Allah gives me a chance to be friend with them.. (mode crying on)...

Selepas ni, mode alam pekerjaan akan on..aku nak start dengan chambering...practicing is the one and the only thing yang aku tahu bila aku mula2 dapat offer belajar law degree ni..tapi bila boss SSM menawarkan pekerjaan utk aku dekat SSM, aku xtau aku nak terima ke x..mungkin perlu istikarah kot..asyik istikarah pasal jodoh bosan juga..tukar angin sikit..mana tahu Allah akan kasi hint cepat ke..Amiinnn...Harap2 selepas ni aku mampu menghadapai dunia pekerjaan dgn baik..semua rakan2 (gitewww) baik aku semua dah bekerja..ada yang dah kahwin..ada yang dah beranak-pinak..aku, bujang, handsome tapi masih x habis lagi belajar (okay,sila ignore part handsome sebab mesti ramai menyampah)..xpelah, aku cuma berusaha apa yang Allah dah aturkan ni..aku percaya tetap ada hikmah disebalik perjalanan hidup aku ni..

Semester ini juga aku bawa kereta tapi aku tetap buat macam xde je..buktinya, aku tetap berjalan pergi rumah kedua aku,perpustakaan...aku tetap berjalan pergi asma dengan jalan kaki..(tetap x kurus juga aku..-_-)..maafkan saya wahai TBJ..xpelah, mungkin aku akan dapat gunakan kamu TBJ sepenuhnya time kerja nanti...tapi bila plan nak kerja kat KL ni, dengan menaiki kereta, terasa macam satu kebodohan dan ketidaksanggupan aku utk menempuhi aliran traffic yang nak sesak je memanjang...xpe, aku cubalah..mana tau boleh rasa kena marah datang office lambat sebab stuck dalam traffic jam (okay, ni bukan doa okay)..

Banyak pulak aku membebel..mungkin ni petanda aku nak start active blogging balik kot..lepas ni, nak buat post2 yang motivated lah...hahaha...chiow..perut lapar..kena makan something juga ni...Assalamualaikum.. :)