Kematian...sesuatu yang pasti bagi yang hidup...kalau Allah mampu mencipta manusia, Dia juga berkuasa mematikan manusia...apa guna kita belajar nama dan fungsi malaikat Izrail zaman fardhu ain dulu dulu kala kalau kita tidak mempercayai kepada kematian..
Aku tiba-tiba je terdetik hati nak menulis pasal benda ni selepas membaca post arif dekat fb group yang ayah Fahmie Mustafa a.k.a fahmie wheelcha baru sahaja meninggal dunia..jadi, sepanjang mid break ni aku mendapat berita dua kematian...satu,semasa mula2 bercuti mak wan muzlifah pun pergi menghadap Ilahi..sekarang,ayah fahmie...fahmie sekarang dah berstatus anak yatim..:(
Ya Allah, aku cukup sedih bila mendengar berita2 kematian sekarang..xtau kenapa..selepas arwah abah meninggal tahun lepas, aku rasa hati dan perasaan sensitif aku ni makin kuat..aku jujur cakap aku x boleh mendengar sebarang berita kematian lagi..bayangkan,perajurit-perajurit di Lahad Datu yang gugur menegakkan keamanan Malaysia melawan geng2 Kiram gila tu,aku mampu menitiskan air mata..aku cukup sebak terutama apabila mendengar suara salah seorang anak perajurit yang gugur yang menanyakan ibunya 'ayah pergi mana'.. :'(
Mungkin orang cakap ini adalah qada' dan qadar..we need to accept the reality..but,honestly said aku masih x puas lagi nak rasa kasih sayang seorang ayah even aku dah umur 23..aku rasa rugi sangat banyak benda aku x sempat belajar dengan abah..abah is really good in Islamic transaction..aku rasa terkial-kial sekarang belajar IBT sebab banyak arabic terms yang aku prefer tanya abah daripada kawan aku yang pandai...teringat zaman aku mabil transaction in Islamic laws dan Usul Fiqh, banyak hadis2 yang aku x faham, aku just called abah dan abah akan melayan aku lama2 even telinga abah x berapa nak dengar.. :'(
Itulah kematian..Ia mengajar kita untuk menghargai orang2 di sekeliling kita walaupun dah terlambat..Kita yang masih hidup ni hanya mampu sekarang berdoa agar mereka yang telah pergi supaya mereka tenang bersama pencipta Kami dan berdoa juga agar kita boleh berjumpa mereka semula di alam sana..Baiklah, cukup dengan cerita...dah 'berjeruk' baju aku basah sebab lap air mat..kena siap2 pergi firm abang akram nak buat kerja PP dengan arif dan ain...choww....Assalamualaikum.. :)
No comments:
Post a Comment