Sunday, July 22, 2012

Let Us Berzikir.. :)


Otak menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Thursday, July 19, 2012

The one and the only...

gambar ketika aidilfitri yang lepas...hmmm...hari ni birthday yang si tengah tu..the one and the only bunga di kalangan 4 ekor kumbang...tapi perangai dia dah macam raja segala kumbang...hahaha

kalau xde dia ni, banyak kerja x jalan...1, jemur baju...2, basuh baju...3,lipat baju...4,gosok baju semua pasal baju..hahaha...kalau makan, x kisah sangat except si abiyd tu yang kerja dia lapar je...haha

dia ni special sikit..dalam adik-beradik kitaorang, dia lah yang paling pandai sekali..tambah2, subject English..perghhhh,power wei...teringat zaman dia minat boy band dulu macam BSB, NSYNC, LP boy band ke dan seangkatan dengannya...dia sorang je faham..haha..aku dah lah anti-english zaman aku bengap English.. sekarang pun bengap juga sikit2..hahaha...

dia juga special dalam in terms of gaduh...kan aku cakap awal2 yang dia ni raja segala kumbang...cuba korang gaduh dengan dia...perghhh, bukan setakat tangan..dengan kaki2 dia terbang...kat mana entah dia belajar muay thai tu... :p...

dia juga special dalam bab2 buat kerja giler...teringat zaman dia sekolah dulu, dia selalu cerita yang dia selalu panjat pokok kat belakang asrama dia...apa punya perempuan daa ganas sangat.. -_-...lepas tu banyak kerja2 x betul dia buat kat sheikh malek tu..xnak lah aku cerita, kan x laku lak dia nanti...hahaha

dia juga special bagi aku masa saat-saat akhir arwah abah sebab dialah orang yang berada dengan aku masa tu...dia sanggup ambil cuti lama + kena blebel dengan admin sekolah dia yang bengong tu just for the sake of the late abah...aku teringat lagi pagi tu bila dia request nak makan roti canai masa tukar syift dengan ummi dan anan..last2, dia x makan roti canai tu bila dia rasa x sedap hati tengok arwah abah macam x respond bila dia try panggil abah...hmmmm....the rest of the story, biarlah kami sahaja tau...kan x pasal2 aku nangis lagi tambah2 puasa nak dekat ni... 

kepada si dia, Najwa binti Abdullah, happy sweet sour yang ke -25..May Allah keep bless you always...thank you sebab meneruskan legasi tunggal menjadi seorang guru selepas abah dan ummi...thank you sebab terus kuat dan penyeri tunggal di kalangan kami adik-beradik... :')

Sunday, July 8, 2012

Ramadhan Datang Lagi


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...ramadhan datang lagi wei...penghulu segala bulan dah menjelma...pewitttt...haha...Aku rasa aku x perlu lah cerita lebih2 apa yang Allah dan Rasulullah s.a.w dah cakap pasal kelebihan bulan ni...Kalau anda dah mukallaf, dah mimpi basah, umur dah orang cakap kubur dah buat alarm call sila fahamkan k..Kalau x faham, boleh cari kat tv atau radio atau internet pasal bulan ni kalau betul2 xtau lah...

Ramadhan kali ni aku berpeluang berpuasa di uia akibat tersekat dengan koje attachment ni..haha..Selepas setahun x berpeluang berpuasa dengan kawan2,kali ni Allah memberikan peluang masa dan nafas untuk aku merasainya kembali kalau dipanjangkan umur lah.. :).. Cuma Ramadhan kali ni aku cuma akan dapat berpuasa di rumah beberapa hari sebelum syawal..sorry orang2 rumah..hehe..Kali ni orang rumah cuma ada ummi, anan dan abiyd..doa berbuka kali ni haruslah dibaca oleh anan atau abiyd (kalau si gemok ni rajin lah). -_-..no more suara arwah abah baca doa..no more suara abah gurau2 cakap dah boleh buka puasa, padahal azan lambat lagi..tiada lagi suara abah promote kurma2 yang abah suka beli..abah mesti beli banyak2 dan paksa kami sekeluarga makan...hehe...tiada lagi tingkah laku dan gerak abah yang prefer buka biasa2 dulu, then solat maghrib, then baru makan yang berat...hmmmm...

Well, this is the reality that I need to accept..I am gonna miss all those moments..Semoga abah tenang bersama si Dia, para nabi, para rasul dan para sahabat..Kepada orang2 rumah, semoga mengharungi Ramadhan kali ni dengan baik walaupun abah tiada...kepada anan dan abiyd, sila jaga ummi baik2..

Cukup ngarut2 apik wei...esok mau koje...kan terlajak lagi macam hari tu...chow2 baby.. Assalamualaikum..