Hari demi hari aku lalui perkara yang hampir sama, bangun pagi pastu mandi pastu siap-siap, pastu start enjin kaki aku x pandai bawa motor dan bergerak menuju ke kuliah. Hari-hari aku akan hadapi kuliah dan kelas, jumpa kawan yang sama, kelas yang sama dan juga tandas yang sama mungkin bau sedikit berbeza.. tandas tengah tetap menjadi pojaan hati
Huhhh..aku mengeluh panjang terasa begitu letih menghadapi perkara sama berulang kali. Mungkin korang macam aku juga sesuka hati aku je nak samakan orang dengan aku, menghadapi situasi yang acap kali berlaku dalam kehidupan. bagi yang bekerja, sudah tentu bangun pergi kerja, balik kerja dan tidur. Tidak terlepas juga bagi pengemis di jalanan.Bangun tidur matlamat utama lebih banyak kutipan duit dari semalam.
Pernah korang terfikir?
Sampai bila kita mahu jadi begini. “Follow the Flow”. Atau aku perlu mengubah Flow/laluan hidup lebih fleksibel dan berbeza. Mungkin ramai diluar sana yang sudah berjaya mendapatkan apa yang mereka mahukan dan mungkin kehidupan mereka sudah selesa. Kenapa tidak kita turut berubah menjadi manusia yang berilmu,beriman dan beramal..Melihat ramai manusia megah memandu kereta mewah di mana-mana membuatkan aku terfikir.Perlu ke kemewahan? atau ianya hanya satu impian semata-mata dan dimegahkan?
Aku mula berfikir dan terus berfikir. Apa sebenarnya haluan dan tujuan hidup sebenar...Pelbagai jenis buku telah aku baca bagi mencari hala tuju sebenar haluan hidup baiklah,ni serious tipu aku baca buku motivasi...Memang payah jika hidup dipenuhi dengan rintangan...Tapi ianya menjadi perkara mudah jika dapat ditangani dengan bantuan Allah disamping usaha kita.
Sebut pasal usaha…
Usaha bukan sahaja menjadi perkara penting dalam kehidupan, malah sabar dalam usaha juga perlu. Bila kita dah berusaha, tapi tiada hasil.kenapa? solat kita dah, puasa pon dah…yang lain-lain rasanya dah okay.Kira aku dah okay la, tapi kenapa doa tak makbul?
Allah itu Maha Adil. Jika tiada hasil hari ini, tunggu hari esok dan seterusnya atau Allah akan memberiku ganjaran pahala di akhirat sana. Jika benar usaha kita istiqamah, Allah pasti menunaikan hasrat kita. Ingat ya…kita mengutip dan mengejar amalan untuk hidup di akhirat kelak, jika kita sedar hakikat sebenar kehidupan, InsyaAllah kita akan tersenyum dan tenang sentiasa mengiringi kita sehingga ajal...Teruslah mencari rahmat Allah.Jika usaha kita tiada hasil pada hari ini.teruskan berusaha kerana esok masih ada.bukan kita mengejar dunia semata-mata.tapi kejarlah akhirat juga. dunia ialah jambatan menuju akhirat.Kita perlu melangkah dalam dunia mengejar yang nyata dan hakiki bukan duniawi semata-mata.
“ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.”
Aku juga manusia biasa seperti kalian yang sedang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.Tapi apa yang perlu kita fikirkan, sudah puaskah hidup kita dengan Allah?atau kita hanya solat setiap hari tanpa muhasabah diri.Melalui hari-hari seperti biasa tanpa apa-apa perubahan dalam diri seperti:
“Aku mesti berubah menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh .”
atau
“Aku mesti berubah menjadi kaya supaya dipandang tinggi oleh masyarakat”
Kita manusia,ada aqal ada nafsu.Anda boleh berfikir antara memilih dunia atau akhirat.
Jauh di benak fikiranku tatkala menulis ayat terakhir ini...
p/s: Nasib ada adik kat UIA ni..kalau x dah lama aku blah tinggal kan dia...:D
No comments:
Post a Comment