Tengok tajuk tahu dah kemalasan tahap melampau nak update blog..haha..Ini first post and could be the final post of this year..haha
Assalamualaikum semua by the way. Moga readers blog ni kalau masih ada sihat-sihat semua. Dengan perkembangan moden sekarang yang laju, aku makin malas nak tulis dekat sini sebab medium seperti IG (muhd_afif) , FB (search Muhammad Afif) dan twitter (@kulatlama) yang short and quick buatkan aku prefer merampu di sana. Alang-alang aku dah tulis ID aku tu, jangan lupa follow okay..haha
Sekarang dah masuk bulan puasa dan nak habis pun sebab hari ini 4 Jun 2018 dah bermula malam kejar mengejar dengan penama lailatul qadar. Jadi, I wish the best for all of you to win the best night of the night ini okay. Aku sediam diam sekarang masih sama, bekerja di ssm, bergaduh dengan bos, menyayangi wife, bergaduh dengan wife..haha..nothing's much happen but still feel grateful for whatever rezeki yang Tuhan berikan..
Aku macam aim nak aktifkan balik blog ini sebab aku boleh bebel macam-macam sebab tak ramai tahu kewujudan blog ini, boleh kutuk bos, boleh kutuk orang, boleh cerita pasal travel (rindu hanat woit nak travel) dan macam-macam lagi..
Aku tetiba nak menulis ni sebab tak tahu bakpe aku rasa bulan puasa ini Allah akan kasi rezeki kepada aku dan wife anak. It has been 2 years perkahwinan aku ini. Isu anak ni tok sah nak cakap lah, macam-macam cara position seks, tanya orang, urut sana sini, minta kirim doa sana sini dan pelbagai lah. Tu belum dengki kawan-kawan, sedare mare post gambar anak masing-masing. Hasutan setan suruh aku blog je depa-depa ini semua..haha..tapi lepas berhusnuzon dan makan aiskrim, aku selalu doa agar aku dan wife dikurniakan anak secomel dan sepintar anak-anak yang timbul di socmed ini. Doa tu kan bagus. Tambah-tambah bulan puasa ini, doa paling cepat makbul sebab tak ada halangan. Aku sebenarnya dah terasa sunyi sampai tak ada idea dah nak buat lawak bodoh untuk isteri agar dia tak rasa sunyi macam aku rasa..haha..jadi kome semua, tolong doa yang baik-baik untuk kami berdua either this month atau mana-mana keadaan yang segera untuk kami menjadi parents okay..muah ciked
Okay lah, cukup bebel. Selamat berbuka semua. Aku tengah stress sebab baru lepas gaduh dengan bos..haha..bye-bye