Wednesday, October 5, 2016

Maut Itu Bila-Bila Masa Sahaja

Salam 2.39 p.m.

Isnin, 3 Oktober 2016, aku dan 30th legacy dikejutkan dengan pemergian dua rakan kami angkara lemas di Lebuk Jepun, Batu 16. Chom (Azrul Hisham) dan Wan Slenge (Muhd Sazwan Rahim), bersama seorang lagi mangsa lemas kat sana lebih kurang jam 10 pagi..

Allahu, 2 hari ini, bertalu-talu info, message, timeline di social network bercerita mengenai insiden ini. Lebih-lebih lagi ia melibatkan orang yang aku rapat. Sham tukang gunting rambut aku sepanjang Asasi Uia Nilai dan Uia Gombak. Ejek mengejek antara aku dengan dia biasa. hahaha. Samalah dengan wan, dia perli aku, aku perli dia balik. Wan ni cukup selenge, dan memang tangkas tidur. Dia letak kepala je, dah berdengkur. Ilmu makrifat apa yang dia guna pun aku tak tahu.

Tapi, itu semua jadi kenangan. Maut memang kita tak tahu masanya. Samalah bila seseorang itu akan lahir. Qada' dan qadar ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu dan malaikat-malaikatnya selepas mendapat arahan dari Si Dia.

Baru-baru ini, ada batch awal 1 semester uia juga baru sahaja meninggal dunia, rebah dalam bilik air. Yang menyedihkan, arwah tengah mengandungkan anak sulungnya yang mana turut diisytiharkan mati ketika itu. Yang lagi sedih, arwah baru sahaja celebrate birthday sehari sebelum kejadian. Hangpa semua tengok, bila Allah nak kita mati, kita pasti mati. Even it was exactly a day after your new age.

Masa aku second year di uiam, ada seorang lagi kawan aku maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk mengajar mengaji Al Quran. Allahu, sebak sangat saat itu. Aku masih ingat wajah beliau ketika dikafankan, bersih dan tenang je.

Kisah-kisah ini menunjukkan once Allah wants us back, He will take us anytime and anywhere He wants. Cumanya kita yang masih hidup, teruskanlah perjalanan ini dengan baik. Belajar apa yang perlu untuk dibawa ke akhirat. Keep chilling with other human being, be kind to them selagi kita boleh. Husnul khatimah itu yang kita mahukan. Hidup tanpa tujuan akhirat tiada gunanya. Begitu juga hidup tanpa tujuan di dunia ini juga tiada gunanya.

Gunakanlah masa dan peluang sesaat kita bernafas for something good, happy, fun and sinonim dengannya. Ingat, hidup hanya sekali . Hidup harus bermakna. Kerana maut itu bila-bila masa sahaja.

Nukilan petang, 3.26 p.m

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

رَبِّ لاَتَذَرْنِىْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُالْوَارِثِيْنَ  

1 comment:

  1. Allahumaghfirlahuma, warhamhuma, waafihuma, wa'fuanhuma.

    Moga kematian kita pun semulia mereka.

    ReplyDelete