Wednesday, September 17, 2014

Pergi Tak Kembali...

Ambil kau...nak sangat aku post...memang penat aku pilih tajuk...brainstorming dari hari kau request kat lawsoc (rindu nak lepak bilik puaka tu..boleh intai budak mooting yang comel)...

Malas nak membebel panjang sebab setahun setengah (kecuali kau nak tukar warganegeri kepada Bristol daripada Kelate) kau mesti balik Malaysia punya..bila nak start mengarang ni, aku tengah fikir bila saatnya kita rapat...serious aku lupa wei..kena nikah dah aku ni tapi aku tahu kau dulu nikah dari aku.. (tunjuk lah gileee siapa tunang kau...)

Tahniah sebab impian kau tercapai sambung master kat luar...impian aku memang Allah hold dulu..insyaAllah tahun depan aku pergi sana...deferral letter pun dah dapat...selamat berjuang kat sana...tangkap gambo library wei..mesti cantik library sana..nak harap hakim, dia 24 jam posing maut dgn environment cantik aussie tu...harap anas, dia bukan kaki library...

Intipati yg kau request sebenarnya mengelikan dowh...please lah..aku masih original..:p

Well, knowing you as one of IIUM's mate is a pleasure...nak bandingkan kau dengan aku agak besar perbedaannnya..ruang lingkup kau lebih luas berbanding aku yg lebih suka fokus depan mata je..sebab tu aku buat kerja dalam Aikol je...hahaha...teringat masa jadi exco lawsoc dengan kau...gelaran boboi memang sesuai benor dengan bentuk badan kau (jujur ni, no offence..haha)..it was a good experience to work with you plus dengan keluarga lawsoc kita dari mr.pres sehinggalah dengan tawhidul dan ma'rif...(sampai sekarang aku pening dengan dua orang tu)..then, teringat zaman kau bertanding Presiden Lawsoc...yg tu, biarlah rahasia (on lagu siti masa baca bahagian ni)...

kalau masa belajar, kau memang smart one..cumanya mohon sikap pemalas kau diteruskan kat sana..macam kau selalu buat datang bilik aku nak study,last2 tidur krooh kroohhh...benda ni baik sebab belajar 24 jam x bagus untuk otak..baik kau percaya cakap aku ni...sebab tu aku layan korea (Girls Generation!Fighting!)..

Kat sana nanti, keep post gambo2 cantik utk kasi aku jealous...macam hakim dan anas selalu buat..haha..dah,malas nak membebel panjang...nanti dah settle down, roger no UK kau..senang aku nak korek cerita...sebagai penutup, terimalah (cewaaahhh) syair Imam Syafie..syair ni memang aku selalu pegang sebab aku suka derakkk dan ni sebagai pemegang semangat aku utk sambung belajar kat luar negara...:)

"Merantaulah...
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang

Merantaulah...
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akam kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan"


Kalau aku kena balun sebab upload gambo ni, semua salah kau...kena belanja aku makan sebagai denda.. #kbai