Assalamualaikum..:)
Sebab azam tahun baru nak cakap benda baik2 je, meh aku kasi topik berat sikit..Bughah..ni bukan adik beradik buruk ke apa tau..aku kalau x belajar laws dan Islamic Laws dekat Aikol, memang sampai ke sudah aku xtau maksud terma ni..thanks Aikol.. #sebak hahaha
Aku rasa nak menulis pasal benda ni apabila kecoh hari ni apabila mufri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melabelkan rakyat yang TURUN pada malam New Year di Dataran Merdeka adalah penderhaka dan darah mereka halal untuk dipergunakan. Aku jujur cakap aku terkejut dengan kenyataan ini. I really wish this statement has been spinned by the responsible online news a.k.a Malaysiakini. But, when we look on the past, Mufti selama 30 tahun ini selalu mengeluarkan kenyataan atau mungkin boleh diperkatakan fatwa yang kadang2 mengelirukan. Aku mengakui kenyataan2 dia yang banyak berpihak kepada pihak kerajaan yang mana aku ni penyokong kuat PAS dan dia selalu balun PAS ada serba sedikit menyebabkan aku menyampah dengan dia, tapi aku masih hormat dia terutamanya pada zaman mula2 masuk tahun 2000 ketika isu Black Metal berleluasa, dia seorang je yang berani memperkatakan bahawa BM telah menyebabkan orang Islam dan Melayu murtad. Kenyataan dia ini telah dipertikaikan banyak pihak terutamanya hamba Allah yang kini memegang jawatan penting dalam kerajaan yg mengelar dia sebagai nyanyuk.
Okay, fokus kembali pasal bughah. Aku jujur cakap jika benar dia berniat dan berkata sedemikian, mohon tarik balik. Benda2 macam ni boleh menyebabkan kekacauan terutamanya geng2 yang sibuk mengelar diri mereka Pejuang Melayu dan Islam pasti akan memukul gendang membasmi mereka2 yang TURUN semasa #RPDM31..isu bughah bukan isu kecil macam PPSMI yang boleh dipandang enteng..Dr.Maza pun ada mempertikai kenyataan ini yang mana:
"..untuk semua agamawan di negara mana pun mereka berada patut ditanya: apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan –samada sultan ataupun menteri- ayat-ayat Tuhan tidak terkena mereka? rakyat sahajakah yang patut selalu diingat agar taat pemerintah?! Bukankah pemerintah lebih utama diingatkan agar takutkan Allah dalam pengurusan harta rakyat jelata..kedamaian negara terletak di tangan pemerintah bukan hanya di tangan rakyat..ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan untuk bunuh. Padahal bughah adalah istilah yang mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah pada rakyat yang berkumpul tanpa senjata. ..apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara? Kita boleh saja untuk tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah rakyat awam yang menyertainya atas alasan selekeh sedemikian rupa? Menghalalkan darah rakyat atas nama agama adalah satu jenayah yang sangat besar..sesiapa yang memanipulasi agama untuk kepentingan tertentu telah merosakkan nama Tuhan dan utusanNYA yang mulia.."

Aku bukan lah dikategorikan sebagai manusia yang dirujuk dalam hal ehwal agama Islam ini tapi berdasarkan kenyataan Tan Sri, aku x nampak logiknya dia menampilkan bughah sebagai balasan bagi mereka yang berhimpun..aku seconded 100% of what Dr.Maza said yang hanya disebabkan satu perhimpunan yang mana aku tanya kawan aku yang pergi berhimpun dan kawan polis aku yang menjaga pada malam tersebut langsung tiada apa2 yang buruk berlaku, xkan kita boleh halalkan untuk menghukum bughah..
Kat sini aku lampirkan satu konsep bughah yang JAKIM keluarkan yang kalau baca betul2, boleh fahamkan sendiri adakah perhimpunan tersebut patut digelar sebagai menderhaka atau tidak..
Aku juga letak video pasal demo2 ni, mungkin lebih menjelaskan lagi posisi situasi ini sama ada berhak dilabel sebagai bughah atau tidak:
Aku tau tanpa ulama', pasti yang rakyat2 marhaen yang buta agama macam aku ni, makin buta lah asyik kutuk ulama'..tapi, in current situation, we need to see on current situation in which aku percaya prinsip maslahah mursalah lebih dipraktiskan dan mendapat lebih utama di Malaysia ini.. Wallahualam..Panjang lah pula entry kali ni aku bebel..moga yang baik2 sahaja untuk Malaysia tercinta ini..jangan sibuk nak halau je kerja..Sekian, assalamualaikum.. :)
MAN JADDA WAJADA
No comments:
Post a Comment