Saturday, June 15, 2013

6 years of journey.....END

Bermula dengan ini :


Diteruskan dengan ini :


dan diakhiri dengan ini :


Suatu kisah, 6 tahun sebagai budak undang-undang.. Mohon result 19hb ni okay je.. Amin.. mula2 xnak masuk sebab aku ni budak sains tulen..kimia boleh score.. suka kelas kimia sebab boleh buat experiment macam2 sampai tabung uji tu pecah..hahaha...add math petik jari je..physics boleh score juga even x faham cg aminah ajar apa kat depan suka kelas physics sebab boleh main macam2..kereta tolak lah..belajar pasal daya lah, had laju lah, hentaman lah... aku mula2 dapat offer matriculation malacca..budak2 lelaki 5sn1 almost dapat kat sana juga..ingat nak follow lah diorang tapi time tu aku ada dalam kem cahaya gemilang cherating, tersesat sorang2 dalam kalangan geng2 lelaki skolah aku yg dpt PLKN aku ni memang selalu sangat lain daripada yang lain...kawan baik aku, Nazmi yg sekarang kerja dengan petronas pun dapat offer yang sama macam aku..dia lah yg tolong check aku dapat offer belajar kat mana..bincang dengan dia dan kami decide nak hold dulu..tahun 2007 tu adalah dasar baru Kementerian Pengajian Tinggi di mana even offer matriculation dah ada, student masih berpeluang untuk dapat offer dari IPTA..kalau dulu, student yg dah accept offer dari matriculation would not entitle anymore any offer from IPTA..agak kejam disitu..

tup tup..aku dapat UIA..nazmi pun dapat UIA..masalah besar kami berdua adalah kami dapat subject yg kami x belajar zaman sekolah..aku LAWS..dia ECONOMICS..kami adalah pelajar SAINS TULEN..kami x belajar dan xtau apa2 pun pasal dua courses tu..hahaha...akhirnya, kami decide kami akan gasak je..lantak lah apa yg jadi, asalkan kami boleh masuk u..dah macam orang kampung gila dapat masuk u pun dah cukup...hahaha...dan bermula lah perjalanan kami..dia dah selamat bekerja dan aku dah selamat habis 10 jun baru2 ni...

mula2 belajar, aku bimbang satu benda je..english..aku tahu UIA sangat tekankan kemahiran dan kebijaksanaan dalam english..aku?nasib baik je lah Paper English 1119 SPM aku dapat A2..kalau x, 5C atau 6C atau 7D..gred wajib aku..then, bermula lah kesengsaraan aku..alhamdulillah, sepanjang 6 tahun belajar, aku x pernah fail any subjects..a few subjects aku dapat c..time CFS, aku dapat c untuk computer nampak tak..nampak tak aku ni x suka benda2 gadget ni, dan basic legal method kaw kaw kena attack dengan madam sery time mooting..x sempat nak sentuh 1st issue, dah habis turn aku submit -_-..kat gombak, aku dapat C sekali je, untuk Professional Practice1 tapi tu semua salah aku..carry marks 30/60, macam mana nak score..hahaha...the rest, alhamdulillah, even aku lemah english, aku boleh score for a few subjects..x sangka sebenarnya tapi tu mungkin hikmah Allah dah aturkan untuk aku..kalau x, sampai ke mati aku akan anggap english ni bahasa kafir..jumud gila kan aku..

Alhamdulillah, 10 Jun yg lepas dengan LGD Class of 2013 berjaya disempurnakan dan dijayakan dengan jayanya..tu tanda selepas ni, a new chapter in my life begins..no more immature words, thinks, acts..kena jadi orang tua dah rupanya..-_-.. Aku telah melalui proses sebagai mahasiswa yang cukup awesome..terima kasih UIA atas anugerah ini..Semoga yang baik2 sahaja untuk aku dan rakan2 aku selepas ni..x kisah lah nak ajdi apa pun lepas ni, yang penting jadi manusia..tu yg Kak Sham selalu pesan dalam kelas EPS..okay lah, enough with the story..lepas ni, a few posts akan menyusul..sebagai mengisi kebosanan dan berlagak jadi blogger terkenal..haha..chow.. Assalamualaikum.. :)