Sunday, September 16, 2012

Mood Kacau

Hey folks.. tetiba gatai nak jadi orang putih.. it has been a long time x conteng2 entry blog ni.. bajet famous.. sebab x tulis, busy dengan LAP sepanjang 3 bulan, raya, then, right now, I have faced a tiring 1st week in a new semester..Well, actually there is nothing that I would like to share here.. My life is nothing interesting to be shared anymore..cewaahh..hahaha..sekarang cuma fokus apa2 yang patut..belajar, program, keluarga...tu je..nothing's else even sebenarnya ada... (keling betul ayat aku ni)

Hmmm..aku dah masuk final year..tahun terakhir..perjuangan terakhir..tapi kenapa aku rasa biasa je..happy??well, I'm happy that I can see muka2 budak aikol yg mcm2 ragam tu..sebenci aku pun for certain people, I am really miss them..mungkin dgn nampak muka2 those people, aku ada bahan nak bahan kan diorang (mood jahat hidup..toink..toink)..tapi jujur cakap,aku rasa something missing out dalam lubuk sanubari aku ni..kenapakah...kenapakah...benda2 ni cuma berlaku bila aku duduk sorang2..nak hilangkan sunyi ni,aku call ummi tapi tu pun kena sound ngigau ke apa tiba2 call rumah..aishhh..ummi2..nak keluar,duit confirm digunakan..membazir je nanti...hidup kat KL ni semua mahal2..no need for me ikut syle KL kalau aku yg rabak nanti..sebab tu lah aku pakai phone murah2 lagi..xde kerja aku nak tukar phone baru kalau guna x sampai 3-4 tahun nak beli phone baru..kalau murah mcm es-krem paddle pop xpe gak..ni sebab phone,pergi minta duit dgn kawan2 n hutang sampai x bayar2... (pengalaman).. :)

Sekarang aku dah final year tapi masih single..is it weird??well, for me it's not a weird thing tapi entah lah..susah betul nak faham perasaan Allah kasi ni..adakah ni tanda Allah suruh start google jodoh aku..ramai dah kawan aku bercinta, bertunang pun ada, berkahwin pun sudah, beranak pun dah ada..aku teringin masuk dalam fasa2 tersebut tapi aku takut banyak benda..I wanna try to give my commitment to someone (kalau boleh si A) but I am not good in this thing..sebab tu lah break up dengan yang johor tu..aku lepaskan dia sebab aku takut aku berdosa mempermainkan perasaan dia sbb x dapat kasi commitment dekat dia..

23 years old + isu perasaan ni memang krisis negara betul...I miss all those feelings during school yang mana aku tau cuma nak enjoy je n lepak2 makan mee sup pok awi...well, I can't ignore this phase..mungkin aku dah besar dah..hahaha..aku cuma mampu berdoa je Allah mampu kasi hint untuk aku dalam isu ni..well, better aku off dulu...habis lah aku kena bahan kalau ada orang baca entry ni...hahaha..Assalamualaikum.. :)

Thursday, August 2, 2012

Ogosnism (sesiapa yang lahir bulan Ogos)

Memandai je aku reka perkataan baru tu..haha..jangan jadi orgasm sudah... :D..entry kali ni special untuk sesiapa yang lahir pada bulan Malaysia merdeka ni..kiranya anak merdeka yang x berapa merdeka...hahaha
p/s: mereka yg terpilih ni hanya disebabkan aku tahu tarikh lahir mereka dan aku save dalam phone buruk aku..

1. Khairul Anwar b. Jamil @ Kerol @khairul @khai @nuar @whatever names that he has.. :p :
- tarikh lahir: 4 Ogos
- ciri2: bajet korea, pendek, makan banyak tp x besar2 part ni aku jeles, amat creative dlm bab2 design, kekemasan dan kecantikkan mesti dia ajk keceriaan dan kebersihan zaman sekolah dulu..haha
- aku dah kenal dia dari zaman pj dulu sebab dia one of my roomates zaman ukc 2 dulu..haha..sampai skrg aku xtau mcm mana aku boleh lekat dia..dia dah lah habis lembut punya hati, banding dgn aku yg x peduli dgn org..aku x puas hati dgn org, aku sound direct je..haha..alhamdulillah,persahabatan dari pj masih berterusan sampai sekarang..semoga ia terus kekal wahai si pendek!!!!

2. Mohd Ridhuan b. Salleh (betul ke nama betul mu ni dhue wei)..haha
- tarikh lahir: 14 Ogos
- ciri2: joyah sangat..haha..mulut sgt best..puaka..haha...tapi hati baik..seorang pelajar pintar..suka tidur dan akan berdengkur..haha (sekarang aku xtau sebab dah x jadi roomate).. :)
- aku kenal dia time kat nilai dulu..masa tu aku 2nd year 1st sem asasi..aku jadi roomate dgn dia..aku mula2 x kenal mana dia sebab dia batch pandai 1 sem..tapi lepas dia join QLC dgn aku, kerol dan nasrul, alhamdulillah aku dapat rapat dengan dia..dia seorang yg pandai..aku boleh nampak dari segi kerajinan dia..haha...nothing else aku nak cakap mu dhue except happy birthday!

3. Kamiliah Harun (ni seorang lagi, sorry tau mili aku xtau nama betul ko).. :D
- tarikh lahir: 16 Ogos
- ciri2: dia perempuan..haha..kecik molek..blogger famous..hehe..orang perak (sesuka hati aku je)..haha
- aku kenal dia ni mmg best..ikut blog..1st blog yg aku baca dalam diri aku yg sentiasa buta bab2 IT ni dia punya lah...1st attempt baca terus suka..dah lah blog dia guna animasi2 yg comel yg sampai sekarang aku xtau nak apply dan guna..haha..blog2 dia pun best dan penuh kata2 nasihat..cewaahhh...anyway, sanah helwah blogger yg suka minum milo!

4. Cahya Nugraha (ni mamat dari Pontianak, Indonesia)
- tarikh lahir: 17 Ogos
- ciri2: suka memancing, peminat M.U, pendek dari aku tapi ringan dari aku..haha..
- aku kenal dia masa aku ikut students exchange 2nd time ke jogja kat UII..dia ni aku xtau lah nak describe macam mana..mesra semacam..semua orang dia layan baik..haha..sebab tu lah kak beb dan kak choq sayang sangat kat budak ni..haha..aku pun sayang dia..macam2 dia buat untuk aku..aku lepak rumah dia rileks je..dia lah yg ajar aku makan bebek..cay,aku mau lagi makan bebek di kedai hari tu lagi..haha..dia juga belikan aku ubat time aku selsema dan demam masa kat sana...aishhh...banyak sangat lah jasa dia untuk aku..dia juga share macam2 kisah hati dan perasaan...cewaahhh...haha..apa2 pun, met ultah dik.. :)

5. Nur Juwairiyah bt Abdul Razak a.k.a jue mulut banyak...haha
- tarikh lahir: 19 Ogos
- ciri2: mulut banyak, kalau bercakap,gaya tangan tu nak debat je koje nya..nak buat macam mana, budak KDBM...haha
- aku kenal dia masa asasi dulu..she's a nice person..really eager in learning something..satu anugerah aku ada sahabat mulut banyak ni..haha...hepi bday jue!

6. Nor Fazlina bt Musa a.k.a kak nina.. :)
- tarikh lahir: 22 Ogos
- ciri2: baik, sopan santun, lemah gemalai (mawi puji akak ni)..hehe
- aku kenal kak nina masa aku pergi jogja for the second time..mula2 takut juga dengan dia sebab dia diam sangat...tapi lama2,lepas rapat dan tau favourite dia adalah shopping, terus rapat..haha..teringat time kat jogja, kak nina borong kaw2 pakaian kat sana untuk hari istimewa dia...heehe..sekarang,alhamdulillah telah bergelar isteri kepada abg khalid...hehe...dengar cerita kak kat penang yek sekarang...semoga kak dan abg khalid terus gembira dan kekal hingga hujung nyawa..happy birthday kak.. :)

7. Mohd Khalid b Nordin (Menteri ni weiiii)
- tarikh lahir: 24 Ogos
- ciri2: suka nasyid...that's it...hahaha
- aku kenal dia dari zaman asasi lagi terutaman ketika zaman penyakit nervous dia dulu..syukur,he's better right now..ke ada lagi lid...haha...a good man, kadang2 je perangai nyekit sikit terutama bab2 perli orang..hahaha...yg penting, dia jual biskut dan aku ni lah selalu beli dengan dia..haha..ko xnak kasi aku discount apa ke...:p..pape pun sanah helwah lid.. :)

8. Nazmi bin Zulkifli
- tarikh lahir: 29 Ogos
- ciri2: bajet comel, gamers, a good driver tetiba..hahaha
- aku dah kenal dia sejak umur 9 tahun lagi sampai sekarang..dari darjah 3 sampai form 5, aku sekelas dengan dia..x pernah lain kelas..haha..sekarang sama juga u..haha..nasib baik lain course..cumanya dia akan graduate awal dari aku..nanti aku wi present kat mu mi! Dia lah the longest friendship yang aku ada..segala rahsia aku aku cerita kat dia..aku boleh cakap aku cuma percaya dekat dia je..haha...terima kasih atas persahabatan ni mi and happey great birthday 27 hari lagi...hahaha :)

9. Nur Amalina bt Khalil
- tarikh lahir: 29 Ogos juga
- ciri2: gemok eh..haha..baik,lemah lembut, lemah gemalai (mal,penat aku puji ni..:p)
- aku kenal dia sejak....hmmmm....sejak bila yek mal...hahaha...dia seorang yg baik..mulut pun kadang2 panas juga...haha...seorang yang jaga budi pekerti cumanya ada kasar sikit...sebab tu lah anak buah dia ikut dia...aishhh...saat paling rapat rasanya masa jadi lawsoc sama2...a nightmare kan mal masuk dalam tu..haha...pape pun, happy belated birthday 27 hari lagi... :)

10. Engku Nurul Farahana bt Engku Aziz
- tarikh lahir: anak merdeka (sila fikir sendiri)
- ciri2: pendek..haha...kurus..(betul ke ni ngku)..haha..putih (ni confirm betul kan)..haha
- aku kenal dia sebab dia schoolmate dgn aku dan classmate time form 4 & 5..aku start kenal dia masa time PMR sebab dia satu-satunya yang cemerlang PMR kelas 3 al-ghazali..macam salah je fakta aku ni..haha...dia seorang yang baik..teringat zaman dia jadi penolong ketua kelas dengan rudi dulu..dia baik contra dgn rudi tu,hampeh...hahaha...sekarang, bakal menjadi seorang guru...happy birthday guru (janji ditepati)..haha :)

p/s: tu je lah nama2 orang yang akan sambut birthday bulan 8 ni yang aku ada save dalam phone aku..utk mengetahui umur2 dia atas, sila tanya tuan badan sendiri..:)..kepada yg sambut birthday this month, sorry x wish sebab aku x save dalam phone aku jawapan ngelat..pape pun, ogosnism korang sangat bertuah lahir di bulan negara kita merdeka dan bebas daripada penjajahan..semoga Allah terus merahmati korang di umur baru nanti ikut tarikh lahir masing2 yek.. :)

Sunday, July 22, 2012

Let Us Berzikir.. :)


Otak menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.