Sunday, July 8, 2012

Ramadhan Datang Lagi


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...ramadhan datang lagi wei...penghulu segala bulan dah menjelma...pewitttt...haha...Aku rasa aku x perlu lah cerita lebih2 apa yang Allah dan Rasulullah s.a.w dah cakap pasal kelebihan bulan ni...Kalau anda dah mukallaf, dah mimpi basah, umur dah orang cakap kubur dah buat alarm call sila fahamkan k..Kalau x faham, boleh cari kat tv atau radio atau internet pasal bulan ni kalau betul2 xtau lah...

Ramadhan kali ni aku berpeluang berpuasa di uia akibat tersekat dengan koje attachment ni..haha..Selepas setahun x berpeluang berpuasa dengan kawan2,kali ni Allah memberikan peluang masa dan nafas untuk aku merasainya kembali kalau dipanjangkan umur lah.. :).. Cuma Ramadhan kali ni aku cuma akan dapat berpuasa di rumah beberapa hari sebelum syawal..sorry orang2 rumah..hehe..Kali ni orang rumah cuma ada ummi, anan dan abiyd..doa berbuka kali ni haruslah dibaca oleh anan atau abiyd (kalau si gemok ni rajin lah). -_-..no more suara arwah abah baca doa..no more suara abah gurau2 cakap dah boleh buka puasa, padahal azan lambat lagi..tiada lagi suara abah promote kurma2 yang abah suka beli..abah mesti beli banyak2 dan paksa kami sekeluarga makan...hehe...tiada lagi tingkah laku dan gerak abah yang prefer buka biasa2 dulu, then solat maghrib, then baru makan yang berat...hmmmm...

Well, this is the reality that I need to accept..I am gonna miss all those moments..Semoga abah tenang bersama si Dia, para nabi, para rasul dan para sahabat..Kepada orang2 rumah, semoga mengharungi Ramadhan kali ni dengan baik walaupun abah tiada...kepada anan dan abiyd, sila jaga ummi baik2..

Cukup ngarut2 apik wei...esok mau koje...kan terlajak lagi macam hari tu...chow2 baby.. Assalamualaikum..

Wednesday, June 6, 2012

'Abiyd..adik bongsu saya



6/6/2001..hari beliau dilahirkan..jarak dia yang jauh dengan abang2 dan kakak dia yang lahir 85,87,89 dan 92 menyebabkan dia ni manja teramat..dia juga akan jadi mangsa2 buli yang dah tua ni...haha..today is his birthday and this time, I can't celebrate it with him atas tuntutan kehidupan seorang mahasiswa cewaahhh 

Semoga di umur yang dah makin tua ni, abiyd menjadi seorang manusia yang taat kepada Allah, ummi dan orang2 disekeliling...you such a smart person and I know you can survive very well in this world..Happy Birthday sekali lagi wahai budak gemok!!!

Thursday, May 10, 2012

Edisi Khas: Abah


Abdullah bin Haji Salleh adalah anak kelahiran Kampung Kemuning, Machang, Kelantan,tetapi dibesarkan di Kampung Padang, Temangan, Machang Kelantan,Darul Naim. Mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Pondok Tuan Guru Haji Abdul-Rahman bin Sulaiman, Sungai Durian, Kuala Krai,Kelantan,bermula dari awal tahun 60-an sehingga akhir tahun 1969 m. Kemudian pada tahun 1970 m. hingga tahun 1976 m. menyambung pembelajarannya di Qismus-Tafaqquh Fid-Diin di masjid Al-Muhammadi,Kota Bharu, Kelantan. Selepas itu, abah meneruskan pencarian ilmu ke India, dan merebut peluang mempelajari pelbagai ilmu di Universiti Darul-Uluum, Deoband,Utter Pradesh,India. Di sini abah berkesempatan menghafal Al-Quran secara kendiri. Sesudah itu, abah menyambung lagi pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga memperolehi ijazah dan diploma pendidikan. Abah pernah berkhidmat sebagai Guru Pendidikan Islam di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, Selangor Darul Ihsan, di samping menyumbang khidmat sebagai pendakwah.

I'm not a good story teller..Many things I can write about him in this blog but it will be not enough because his life is so precious either to me, my family, his family and anyone who knows about him either directly or indirectly..Bercakap mengenai anyone who knows him, di sini ada satu nukilan daripada seorang yg sempat belajar dengan abah..cikgu ramli,ayah kepada fuad syazwan..presiden lawsoc..his entry about abah sangat buat aku menititiskan air mata..Ini adalah entry beliau mengenai abah...

" Hari ini aku kehilangan seorg Tok Guru, al-Fadhil Ustaz Hj Abdullah Salleh, yg telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di hospital HSNZ Kuala Terengganu. Beliau banyak membimbing dan mendidik ku menjadi seorang manusia yg mempunyai kecintaan kepada Allah wpun tidak sehebat org2 lain, wpun sekadar sekadar menjadi manusia yg tidak derhaka kpd Allah. Beliau memanduku bagaimana hidup dalam dunia politik dgn mengikut pejuang2 yg ingin melihat Islam tertegak di Malaysia. Dapat juga aku menangguk sedikit ilmu yg begitu banyak tersimpan dalam dadanya. Beliau mengajarku mengenal al-Quran sebagaimana ayahandaku mengenalkan aku dengan huruf2 al-Quran sehingga aku boleh membacanya.

Beliau kembali mengadap Allah dengan membawa bersamanya ayat2 al-Quran yg dihafalnya beserta dengan ilmu2 yg banyak. Kealimannya dipuji oleh sahabat2 beliau yg pernah kutemui. Hilanglah sebutir sinar ilmu yg banyak lg yg belum kita timba. Banyak amal jariah yg telah dilakukan semasa hidupnya. Beliau telah menterjemahkan kitab al-hikam dan mensyarahkannya di Masjid al-abrar, Kg Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu. Beliau menulis buku tafsir surah Yasiin dan di syarahkan di masjid yang sama. Kemudian beliau menulis buku rawatan mengikut Rasulullah dan disyarah di masjid yg sama juga. Banyak lagi tulisan2 beliau yg tidak dibukukan. Beliau mempunyai ramai murid semasa mengajar di Kolej Islam Kelang dan juga semasa menyampaikan kuliah-kuliah di Selangor dan Negeri Sembilan. Beliau terlibat dengan peperiksaan STPM.
Beliau seorang yg warak dan soleh. Beliau cintakan kepada ilmu dan sangat suka membaca. Beliau lama belajar di pondok sebelum menyambung pelajaran di Masjid Muhammadi Kota Baru di bawah bimbingan Allahyarham Tn Hj Nor bekas mufti Kelantan dan juga TG Nik Abdul Aziz. Kemudian meneruskan pelajaran ke India. Seterusnya ke Universiti al-Azhar sehingga mendapat master. Beliau mahir dalam bahasa arab, al-Quran dan fiqh. Beliau juga lama tinggal di Mekah. Beliau seorang yg kuat berusaha dan rajin belajar. Pernah beliau menceritakan kepada saya semasa belajar al-Quran di al-Azhar, beliau dihalau oleh gurunya tetapi beliau tetap pergi keesokannya dan seterusnya.
Kepada seluruh murid-muridnya, sahabat-sahabatnya, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah semoga roh beliau mendapat segala keistimewaan yg dijanjikan oleh Allah kepada hamba2Nya yg taat kepada Allah. Semoga roh beliau dikumpulkan bersama-sama dengan org2 yg soleh, sidiq, muqarrabin dan bersama Rasulullah saw di syurga yg penuh kenikmatan. Semoga Allah memaafkan segala dosa2 beliau, melapangkan kuburnya, menjadi sebahagian dari taman2 syurga dan mendapat kerehatan di dalamnya menunggu nikmat yg lebih hebat. Aamiiin ya Rabbal 'alamin."


Itu cerita beliau yg belajar di bawah abah..yg aku cukup respect abah ialah dia sanggup susah payah time belajar just for the sake of knowledge..Ya Allah,begitu rendahnya aku kalau dibandingkan dgn abah.. :'(..too many things I can't do with him..I really miss him so much..Aku cukup berangan untuk memberikan cucu kepada abah tapi ajal maut terlebih dahulu menjemput beliau..:'(

Semoga abah tenang di alam sana..Apik cukup dan sangat merindui abah..abah doakan apik berjaya dunia akhirat dari sana yek...