Thursday, February 2, 2012

Kematian...

Assalamualaikum...

Dah lama x menulis wei...last aku tulis time exam hari tu..plus peristiwa aku naik hantu dengan pondan2 uia ni, membuatkan aku xde mood nak buat entry baru... xde kaitan.. Kematian?? Tiba2 je aku nak tulis pasal mati kenapa..buang tabiat ke apa..

Well, aku rasa aku x perlu lah terangkan mengenai apa itu kematian dan prinsip asas mati ni..korang confirm dah tau yg kita ni, seorang manusia cuma sementara berada di muka bumi ni..kita pasti akan kembali kepada fitrah iaitu menemui pencipta kita, Allah S.W.T..kapan kembalinya??That's His job....:)

Aku sejujurnya sangat takut tiap kali nak masuk tidur...kenapa??takut x bangun esok a.k.a mati..bayangkan, bila Allah kasi green light untuk bangun dari tidur, banyak sangat perkara2 teruk yang aku buat..antaranya mudah je...bangun subuh pukul 7 ke atas..kepala hotak betul aku ni...Allah dah kasi best alarm, aku boleh buat bodoh je..benda ni xkan berlaku kalau aku duduk di rumah.. faham2 je lah sendiri..ni rasa nak berbini ni..kalau ada tulang rusuk kiri aku tu,confirm dia tolong gerak kan..haha melampau giler imaginasi..

Tu baru satu..subuh gajah..lepas saat tu, x terkira lah perkara2 yg aku lakukan sama ada baik atau buruk...sesungguhnya x terkira perkara2 tersebut..sebab tu lah, sebelum tidur aku buat perkara2 kecik yg at least boleh menghapuskan dosa2 kecil aku..Antaranya, baca surah wajib sebelum tidur, Surah al-Mulk..aku pun baru start amalkan pembacaan ni last year..aku selalu dengar orang cakap keberkatan membaca surah ni..aku pun pelik lah, then aku baca translation surah tu..seriously, it really open my hearts and minds.. sila baca translation selepas mengaji..apart from that, aku akan ambil wudhu' sebelum tidur..wudhu' kan berfungsi sbg penghapus dosa2 kecil..ye lah, kita xtau apa anggota badan kita buat sepanjang satu hari..contoh, pergi korek hidung dan lesek (xtau perkataan Bahasa Melayu biasa) dekat orang..kan dosa tu.. pengalaman sendiri

Sebelum tidur aku juga baca apa yang orang kita selalu sebut iaitu 3 Qul..nak tau Qul apa, ia adalah gabungan surah2 dari Surah Al-Nass, Al-Falaq dan Al-Ikhlas..ringkas dan mudah je surah2 ni..rugi siapa x baca..kalau lagu Gee, Genie, Oh, Hoot, The Boys aku boleh sebut, xkan surah2 ni aku x boleh baca..ye dop?? Last but not least aku akan tunaikan solat sunat taubat dan hajat...orang cakap sunat taubat patut dilakukan time buat tahajud..masalahnya aku ni payah nak bangun tahajud..hehehe..dan untuk sekian terakhir kalinya, sebelum tidur lafaz syahadah dan ucapan Bismillahirahmanirahim xkan aku lupa..tidur adalah satu ibadat, jadi dgn sebut lafaz Bismillah, at least aku buat pahala kecil sesuka hati aku je buat rule sendiri...pasal lafaz syahadah, kalau aku dimatikan pada malam aku tidur, sekurang-kurangnya aku meninggalkan dunia ini dengan lafaz yang aku pegang sejak dari kecil lagi..

Begitulah cerita aku mengenai kematian..cukuplah aku membebel ni..esok banyak kerja nak kena buat..tidur dulu semua..Selamat Malam...Assalamualaikum..

p/s: sebak je dengar lagu In-Team: Pemergianmu...:'(

Monday, January 9, 2012

Dari sahabat untuk sahabat



Islam itu Indah..Islam itu Mudah..Islam menekankan persaudaraan...even sekecil mana suatu perkara atau kesusahan itu, kalau atas dasar ukhuwah Islamiyyah, pasti saudara sesama Islam akan datang membantu..kalau saudari yang nak datang membantu pun bagus...:D

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan ) jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaan-Nya. Dan ingatlah, Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa Maha Meliputi Pengetahuann-Nya" [Al-Baqarah: 268]

Ayat di atas menggambarkan keazaman syaitan dalam memporak-perandakan ukhuwah Islamiyyah. Syaitan sanggup melakukan apa sahaja asalkan akhlak Islamiyyah yang dibawa oleh junjungan besar kita Muhammad s.a.w hancur seperti Singapura dilanggar sama itu todak..

Aku bukan sahabat yang baik tetapi aku cuba menjadi yang terbaik dalam segala benda demi sahabat aku..a life without a friend is just like eating nasi without petai..it needs to compliment between each other...Even people said for instance petai is really smelly, confirm kentut busuk punya lepas makan tapi cuba fikir apa nikmat selepas kentut tu...perut rasa lega kan..macam baru lepas sesuatu yang membebankan kan..Situasi yang sama juga dalam persahabatan ni..sahabat adalah seorang manusia biasa..tidak maksum..tetapi mereka juga yang akan bersama kita untuk bergosip, menolong ajar subjek2 tertentu even though kawan tu bukan faham sangat pun subjek tu dan sebagainya..mereka adalah petai yang akan menghasilkan kentut yang busuk tetapi kentut itu juga akan memberikan nikmat kelegaan kepada kita semua..:)

Aku selalu pegang kata2 Umar bin Abdul Aziz mengenai sahabat ni...:
" "Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau."

Salam Persahabatan..Diri ini bukanlah sahabat yang baik tetapi diri ini ingin menjadi sahabat yang baik kepada sahabat sekalian..macam pelik je ayat aku ni..Sekian, wallahualam...:)

p/s: sahabat = petai...habislah aku

Sunday, January 8, 2012

Islam Itu Indah...


Ini japan punya version..9 orang gewe2 aku (dalam mimpi je)



ini Korea punya versi...still look gorgeous...:D



ini Indonesia punya versi..serious tabik video ni..:)

p/s : Dakwah dalam Islam pelbagai sebenarnya...x semestinya bila sebut berdakwah, kita kena duduk masjid 24 jam je..video terakhir adalah contoh terbaik bagi aku dakwah di dalam Islam..walaupun versi bahasa jawa kalau x salah, at least ada Indonesian subs..nasib baik lah aku join student exchange..kalau x, jangan harap aku nak faham bahasa Indonesia ni...:)