Monday, March 21, 2011

Haramkah bercinta, berpunya, bercouple atau bergewe ini?

Menurut Sheikh Atiyyah Saqr iaitu bekas Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Mesir di dalam kitabnya Seen wal Jeem lil mar’atil muslimah ada ditanyakan soalan seumpama ini. Beliau menjawab bahawa bercinta itu tidak salah. Yang menjadi kesalahan adalah perlakuan kesan daripada bercinta itu. Ini kerana cinta itu mempunai satu ‘kuasa’ yang tersendiri. Jika tidak dikawal, maka ia boleh membawa mudharat yg besar. Namun, jika ia dikawal oleh batasan syara’, maka tidak mengapa untuk bercinta. Kerana Allah telah menganugerahkan hambanya perasaan cinta. Fitrah cinta tidak mampu untuk kita membunuhnya, cukuplah dengan mengawal perasaan cinta itu.

Hari ini, boleh dikatakan semua manusia yang sudah akil baligh mempunyai pasangan masing-masing, baik yang dah kahwin mahu pun yang bercinta sebelum kahwin. Namun ada moleknya bercinta selepas kita ucap "aku terima nikahnya"

Namun jika kita mencari pasangan demi ingin memastikan dan memilih pasangan kita adalah daripada kalangan wanita yang soleha untuk dijadikan calon isteri, maka,tetaplah dengan matlamat suci itu. Namun, ingin mencari calon isteri tidak semestinya dengan cara bercinta, berkawan juga boleh dijadikan cara untuk mencari calon isteri. Dan lagi selamat berkawan kerana bila bercinta sesama manusia, akan hadir makhlut alam ghaib yang datang menghasut untuk membuat maksiat, dari maksiat kecil yang bermula dengan perkataan, sehinggalah terjadinya maksiat besar dan akhirnya matlamat untuk mencari wanita soleha berkubur kerana si pencari sendiri yang menguburkan wanita soleha yang dicarinya.

Jika kita bercinta, cintailah pasangan itu kerana ALLAH swt, dan jika kita cinta pasangan kita itu, bawalah bersamanya sehingga ke pintu syurga. Berusahalah bersama-sama untuk disyurga bukan bersama syaitan yang dijadikan teman di dalam neraka.

Doa Nabi Daud a.s Memohon Cinta Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Di antara doa Nabi Daud a.s ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah s.a.w mengingati Nabi Daud a.s beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Dari Nabi s.a.w beliau bersabda: “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibrilpun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhary 5580)

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Ruh-ruh manusia diciptakan laksana prajurit berbaris, maka mana yang saling kenal di antara satu sama lain akan bersatu. Dan mana yang saling mengingkari di antara satu sama lain akan berpisah.” (HR muslim 4773)



MOOD: HAPPY SEBAB AKHIRNYA BERJAYA MESSAGE GAK ORANG TU...(^^)

Friday, March 18, 2011

Dengar Cakap Orang......

Assalamualaikum....
Penat tapi lega...i really have a hectic week...dealing with many things and people (sape2 yg rajin baca blog aku dan follow Fb aku konpem tau kan pasal apa)..Begitu banyak perkara2 bagus dan penuh hikmah yg aku dapat dalam minggu yg menyebabkan airmata aku keluar macam x tahan dah nak kencing....;)

Seperti yg dinyatakan pada post yg lepas,aku macam org gila menyerang dua seniors yg aku rasa enough and enough i'm dealing with them (aku ada alasan kukuh kenapa aku serang org2 macam tu)...tapi let bygone be bygone...melalui perkara inilah,aku menerima pelbagai nasihat,kata2 semangat dan amarah dari org lain..mula2 aku konpius gak,i thought that people especially that always in my side should support what i have reacted towards them BUT selepas a lot of muhasabah, aku beruntung dan memahami kenapa mereka2 marah sama aku...

Bermula dengan roomates aku sendiri, so sorry for PAAN , KEROL DAN ACAP sebab aku mengamok time korang nak study criminal...i noe and believe you guys mesti menyampah dgn aku sbb time2 kritikal nak test criminal r aku buat hal..sorry guys...i can't control my emotion anymore...Keesokan harinya, Ustazah Ramizah menjadi org kedua aku melepaskan kekecewaan aku...nasihat dia,lupakan org2 macam tu..biarkan mereka...jgn ia menyebabkan awak x boleh focus utk criminal test malam ni...simple tapi sgt mendalam...thanks a lot ustzah (rasanya this sem saya lebih kerap jumpa ustzah compare time blaja ICL dulu...hahaha)

Kemudian,makin ramai yg mengingatkan aku tentang tingkah laku aku especially phrases yg aku guna untuk buat status FB aku...alhamdulillah,it is really a meaningful things to me...nasihat daripada AB losoq (thanks a lot kak long sbb paling bnyak nasihat uteh, thanks to u ucu sebab sudi mendengar amukan aku, thanks to u too Along sebab mendengar bebelan ku time study criminal sama2 and lastly thanks to uda sebab memerangkap uteh dgn ajok g makan & sirah x bernoktah yg bermakna utk uteh)...nasihat2 dari AB Jogja dan students exchange (Kak beb,achoq,achik,kak ulfah,abg mukhlis,abg paan yamin,abg adam)...nasihat2 dari senior2 yg btol2 aku kagumi kat aikol ni (Kak Yan,abg mukhils lagi..hehe, dan paling x sangka abg raden,ex-PM AF yg lepas pun ada memberi nasihat kat aku..nervous gak den orang2 besor tegor aku ni..hehe)...x lupa juga kawan2 aku kat aikol yg memahami aku (thanks yus,rafiq sebab komeng lawok sek2 mu..thanks to everyone yg mengomeng distatus FB aku time aku meroyan hari tu macam aimi)

The most valuable thing yg aku dapat bila perkara ni berlaku,aku lebih dekat dengan Allah..bila aku bersembahyang jemaah di masjid,mendengar tazkirah2 org kat masjid (nak join segan..hehe), mengaji macam xnak berhenti, solat sunat taubah yg x terkira aku dah buat sebab benda ni,hati aku yg selama ni gelap pe daku kuali ni rasa tenang sangat2...Ya Allah,aku memohon agar Engkau terus menetapkan istiqamah ku dalam melakukan ibadat2 yg Engkau suka ini setiap hari, bukan hanya dan ketika aku memerlukan-Mu sahaja...Aku percaya Engkau Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani akan memudahkan dan memakbulkan doa ku ini...Ameen....

Sekian,wallahualam.....

Wednesday, March 16, 2011

I'm Declaring War With You Bitches!!!


SENIOR  (X)!!!!!

vs
JUNIOR (X)!!!!!


SEKARANG ANTARA KO DAN AKU..KO INGAT KO SENIOR,RAMAI SUKA KO..KO INGAT KO BAIK DENGAN RAMAI LECTURERS AKU JADI TAKUT..KO TU CUMA PENGAMPU LECTURERS..X RETI NAK INDEPENDENT!!AKU CUMA TAKUT DENGAN ALLAH JE..NO MORE RESPECT ON YOU 'SENIOR'!!!BIAR ORANG NAK CAKAP APA KAT AKU ASALKAN ORANG TAU KEBENARAN SEBENAR!!!