Monday, March 14, 2011

I'M OFF THE LIMIT RIGHT NOW!!

Bismillahirahmanirahim...
Ketika post ini ditulis,aku akan ada test criminal esok..Walaupun aku dah habis 1st round,I still need to understand better about all principles..tapi hari ni lah aku rasa switch kemarahan aku yg cuba aku elakkan berjaya dibuka oleh si ***** dan ********...Aku cuba avoid benda ni tapi jujur cakap aku x mampu nak kawal dah...

Sedih, migrain, dada rasa sakit, xleh nak fokus...Ya Allah...sangat besar dugaan Engkau ini Allah..aku cuba untuk menjadi baik kepada semua orang walaupun orang2 kat UIA ni especially Aikol buat perangai yg boleh switch on kan kunci kemarahan aku bila2 masa je...

Zaman sekolah: sume orang tau bila aku mengamok,satu sekolah boleh tau..dah r aku pengawas..pembaca doa dan zikir time perhimpunan tu tapi aku still x leh nak kawal kemarahan aku...
Zaman PLKN: kemarahan aku berterusan lagi...aku mengamok dalam kelas CB (Character Building)..kelas pembinaan watak2 yg baik tu..watak aku masih lagi watak yg jahat..selain tu,aku pukul orang sampai kawan tu lebam mata sebab aku x boleh kawal kemarahan aku....

Itu sejarah..aku xnak sejarah tersebut datang balik..aku sangat bersykur dapat masuk UIA sebab suasana Islamic (even dah kureng) boleh mendidik aku bagaimana mahu bersabar..tapi peristiwa hari ni menyebabkan aku rasa bersalah pada Allah dan diri aku sendiri...:(...Aku mohon kemaafan dari-Mu Ya Allah..maafkan aku kerana tewas dengan hasutan syaitan..maafkan aku Ya Allah.....




MOOD:AKU DAH GIVE UP NAK BACA CRIMINAL NI!!

Friday, March 11, 2011

Dia..Insan yang Bertakhta

Bismillahirahmanirahim.....
Part 1: Family
Aboh - Seorang yg cool...even kalau nak bercakap kena tinggikan suara akibat masalah pendengaran (apik dop derhaka kan aboh), dia masih lagi layan gok anok dia sorang ni hok cakap banyok & kuat blebel...Sejak aku masuk UIA ni,aku rasa hubungan aku dgn aboh makin kuat..ye r,study bab2 Islam kat Uia ni dengan aku satu-satunya anok hok duk masuk skoloh agama,boleh mutoh hijau gok ket g..anyway,semoga Aboh terus sihat dan boleh melihat apik kahwin ket g (mood: GATAL!)

Ummi - Garang! tu je..teringat time mengaji..kena katok sokmo sbb ngaji laju dok oh + aku ni doh r pelat time kecik2 (mcm mana lah aku leh amek laws ni)..seorang guru yg tegas..teringat time amek spm dulu,ummi siap ckp kalau dop dpt a1 utk paper BM,siap..ye r,malu kot anak cg BM tapi xleh a1..alhamdulilah,even aku satu-satunya dlm siblings aku except si gemok tu yg x pernah dpt straight a's dlm mana2 exam,ummi still percaya pada kebolehan dan kemampuan aku..tanx a lot ummi..be strong and sila makan ubat kalau dop sihat..sekian..

Abang - Budak SHAMS (aku Gong Badok je)..walaupun dia ganas,paksa sokmo aku urut dia tapi dia bekas juara hafazan tu..(bangga wase)..walaupun dia pernah ada masalah,aku tetap syg dia..hopefully,dia terus menjadi abang dan pelindung kepada keluarga aku...amin...

Awa - The only girl yg boleh teman ummi..pe'el mcm laki..time skoloh habis bnd dia kabat...aissh...tapi otok bijok..budak SHAMS gok ni...slalu nok gaduh dgn aku...tapi dia sgt caring (betul ke awa)..skrg dia jadi cikgu kat Johor dan baru2 ni dia ada masalah..tapi dia kuat and buat derk je (effect hidup dgn adik beradik laki)..semoga awa terus kuat k...

Anan - Adik 1st aku..sorang ag pale otok cerdik..budok SMKATJ tu..skrg kat CFS nilai amek econs..ada gok r org hok aku boleh buat geng ket g..dia ni pelik sket..jenis x bercampur gaul dgn orang..rela duduk dumoh,tgk tv,main tenet,main dgn budok gemok..org suruh drive kete g jalan pun xmboh..dia pernah cite orang kenal dia kat skoloh tapi dia dop kenal orang tu (wei,g jalan gok!)..slalu gok baloh dgn aku..biasa r,pe'el aku hok paling musang skali..sume org kot aku nok gaduh..tapi gaduh pun,aku tetap syg dia..cepat sikit masuk gombok..leh balik raya skali!!!

Abiyd - Adik kedua..baru 10 tahun..konpem kaya budak ni bila yg atas2 dah kaya..gemok + gemok + gemok...x padan dgn umur,saiz badan mcm budok skoloh menengoh...sgt manja..marah sikit,nok nangis doh...aissh...sabo je r...alhamdulilah,dia seorang yg pandai...tahun ni dia jadi pengawas..(ada jugok org ikut jejak langkah aku..haha)..sgt suka tgk muka dia time tidur..comel...:)..semoga Abiyd terus berjaya dan jadi adik yg x gedik dan manja k...

*Part 2 akan menyusul kemudian...kawan2...

Monday, March 7, 2011

Aku Cemburu

Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)

Cinta Menyintai Atas Keimanan dan Ketaqwaan
Rasulullah SAW bersabda:Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : "Kami semua pengasih" Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani)
"Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!" (Jalaluddin Rumi).


Cinta Yang Terutama

Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya.
Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'
Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!
Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata.
Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!
Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)

Cinta Allah Cinta Rasululllah
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.
Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Cinta Terulung
Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.
Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)
Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang menentukan turun naiknya kuasa cinta. Bacalah betapa hebatnya komunikasi yang dikatakan faktor kuasa cinta di sini. Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta. Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Apabila manusia memahaminya, maka sudah pasti manusia akan lebih mudah untuk bercinta dengan Pemiliknya iaitu Allah.
Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta. Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah. Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.
Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI KITA. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan. Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.