Monday, June 4, 2018

1st Post of This Year (2018)

Tengok tajuk tahu dah kemalasan tahap melampau nak update blog..haha..Ini first post and could be the final post of this year..haha

Assalamualaikum semua by the way. Moga readers blog ni kalau masih ada sihat-sihat semua. Dengan perkembangan moden sekarang yang laju, aku makin malas nak tulis dekat sini sebab medium seperti IG (muhd_afif) , FB (search Muhammad Afif) dan twitter (@kulatlama) yang short and quick buatkan aku prefer merampu di sana. Alang-alang aku dah tulis ID aku tu, jangan lupa follow okay..haha

Sekarang dah masuk bulan puasa dan nak habis pun sebab hari ini 4 Jun 2018 dah bermula malam kejar mengejar dengan penama lailatul qadar. Jadi, I wish the best for all of you to win the best night of the night ini okay. Aku sediam diam sekarang masih sama, bekerja di ssm, bergaduh dengan bos, menyayangi wife, bergaduh dengan wife..haha..nothing's much happen but still feel grateful for whatever rezeki yang Tuhan berikan..

Aku macam aim nak aktifkan balik blog ini sebab aku boleh bebel macam-macam sebab tak ramai tahu kewujudan blog ini, boleh kutuk bos, boleh kutuk orang, boleh cerita pasal travel (rindu hanat woit nak travel) dan macam-macam lagi..

Aku tetiba nak menulis ni sebab tak tahu bakpe aku rasa bulan puasa ini Allah akan kasi rezeki kepada aku dan wife anak. It has been 2 years perkahwinan aku ini. Isu anak ni tok sah nak cakap lah, macam-macam cara position seks, tanya orang, urut sana sini, minta kirim doa sana sini dan pelbagai lah. Tu belum dengki kawan-kawan, sedare mare post gambar anak masing-masing. Hasutan setan suruh aku blog je depa-depa ini semua..haha..tapi lepas berhusnuzon dan makan aiskrim, aku selalu doa agar aku dan wife dikurniakan anak secomel dan sepintar anak-anak yang timbul di socmed ini. Doa tu kan bagus. Tambah-tambah bulan puasa ini, doa paling cepat makbul sebab tak ada halangan. Aku sebenarnya dah terasa sunyi sampai tak ada idea dah nak buat lawak bodoh untuk isteri agar dia tak rasa sunyi macam aku rasa..haha..jadi kome semua, tolong doa yang baik-baik untuk kami berdua either this month atau mana-mana keadaan yang segera untuk kami menjadi parents okay..muah ciked

Okay lah, cukup bebel. Selamat berbuka semua. Aku tengah stress sebab baru lepas gaduh dengan bos..haha..bye-bye

Thursday, November 16, 2017

AirAsia Final Free Seat for 2017

FREE SEATS


Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba -- TEMPAT DUDUK PERCUMA kembali lagi! Pengembaraan merupakan suatu pengalaman yang menakjubkan. Ambil langkah pertama dengan menebus penerbangan dari lebih 5 juta tempat duduk promosi yang boleh didapati bermula dari 0 Mata Ganjaran BIG.

Muat turun aplikasi mudah alih Kesetiaan BIG untuk mendapatkan tawaran istimewa ini, dan terbang antara 7 Mei 2018 - 31 Jan 2019..

Go travel and see rhe world baby. Aku for the time being hold for travelling sebab nak buat baby..

Malaysia Airlines End Year Sale

yes bannerMalaysia Airlines

Go check their website. Tiket bulan April 2018 gila murah teruk terutamanya siapa yang nak aim sakura.

Enjoy hunting guys

Sunday, September 17, 2017

Malaysia Berduka

Assalamualaikum..

For a past 2 weeks, 2 berita sedih dari Malaysia. The previous Agong dan juga Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Star Kedah pada umur 92 tahun. Moga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Selain itu, kita juga dikejutkan dengan kematian 21 murid tahfiz Pusat Tahfiz Ittifaqiah bersama 2 orang lagi guru mereka dalam kejadian kebakaran yang sah merupakan perbuatan khianat atau arson attack. Kes ini sumpah buat aku menangis melihat video, gambar dan semua perkara berkaitan dengan kes ini. As pengamal undang2, aku takkan mengulas lanjut isu ini sebab ada perkara2 yang harus dihormati. As truly Malaysian, kita seharusnya menjadi sabar, positif, tidak menularkan perkara yang tak sepatutnya dan banyak lagi dalam isu ini. Let the enforcement officer do their job. Pape hal, tahniah pasukan polis sebab siasat cukup cepat dalam isu ini. Tahniah

Waktu menaip ini aku berada di Johor Bahru selepas hampir 2 bulan tak outstation. Kes apa?Biarlah rahsia. Aku ingat nak buat review hotel yang aku stay untuk 4 hari ini. Nantikan dengan hashtag #bilaafifulas . See you next post. Xoxo

Assalamualaikum

Monday, September 11, 2017

Dah Berkarat

Assalamualaikum,

Kau nampak tak, dah 8 bulan tak update blog. Part 1 Kundasang tak sudah sudah sampai ke sudah. Aku lebih aktif di IG aku @muhd_afif (follow lah siapa nak follow) pasal kehidupan aku. FB pun aku dah kurang sebab aku rasa rimas dengan rakyat Malaysia yang kadang-kadang nampak sangat otak Tuhan kasi memang tara guna betul-betul. Aku rindu Malaysian yang dahulu, Malaysian yang power zaman-zaman aku sekolah dulu

Ini aku tulis balik blog hari ini sebab bos tak ada, cuti seminggu sebab anak UPSR (part ni boleh gelak jahat sebab tak faham kenapa dia yang cuti untuk anak dia yang exam. Ampun Boss, bonus mohon jangan kurang). Aku tulis balik ini pun sebab tetiba rindu perasaan mengarut dekat blog ini (hormon bini aku makin melekat dekat aku selepas setahun 4 bulan kahwin ini). Plus, boleh berletiaq panjang-panjang dekat blog ini.

Sepanjang 8 bulan ini, hanya satu trip ke luar negara aku pergi bawa wife iaitu ke Jogja lah boh, and thank God she really loved Jogja. Besides, kami pergi Lexis Nexis to celebrate our first anniversary (to more and more year with you love. I love you so much). Dan nampak gaya akan terus mereput dari travel tahun ini sebab ada big plan untuk travel next year..tapi flight ticket aku tak beli pun lagi. Doakan berjaya plan aku ni wahai kome kome yang membaca. Doakan juga agar kami dikurniakan anak pertama kami yang kami masih berusaha sehingga sekarang. Aku kesian tengok wife aku berendam ayaq mata every month. Now I know the real feeling and struggle on child issue. Doakan kami ye semua..

Okay lah, cukup sini. Nanti aku update travel aku tahun ini. dah buat draft cuma biasalah, kemalasan melanda selepas kahwin. perut pun makin membesor ini. keje makan yang wife masak je. Bye semua. Assalamualaikum

Tuesday, January 3, 2017

Misi Kundasang: Episod 1

Assalamualaikum semua.

Selamat tahun baru 2017. Lantak lah dah hari ketiga hari ini, aku doakan yang terbaik untuk semua bagi tahun baru ini. Majoriti cakap 2017 would be a hard year for Malaysia tapi aku ini yang jenis meredah semua benda, aku anggap every year is a hard one. It just depends on how you face and settle it..

Aku dan isteri baru balik dari Sabah dari 31 Disember 2016 sampai 2 Januari 2017 [Bandar KK cuma 4 jam, selebihnya di Kundasang]. It just a little treat for both of us as it is quite ups and downs year in terms of work. Personal life? Kami kahwin kot. Ini memang up up sokmo wei. Aku sebenarnya malas nak buat write up pasal trip ini sebab dengan teknologi di hujung jari, kome semua boleh tanya mbah google je on how a trip to Kundasang should be done. However, ramai pula yang whatsapp, komen kat IG aku personally minta share itinerary untuk #misikundasang ini. Jadi, meh lah kita buat amal jariah di tahun 2017 ini ye dok..hahaha

Untuk write up pasal trip ini, its better for me to start dengan benda-benda asas iaitu flight ticket and also the accomodation. Episod 1 ini aku mula dengan flight ticket lah, takkan korang nak pergi sana ikut darat atau laut sebab jarak KL ke KK lebih kurang 10000km++.

Untuk tiket tu, aku depart dengan http://www.airasia.com/my/en/home.page dan aku balik naik pesawat mahal http://www.malaysiaairlines.com/my/en.html haha. Harga tiket pergi balik seorang aku dapat RM150. Dua orang baru RM300. haha. Ada trick on how aku dapat tiket yang boleh dianggap murah ini sebab kebiaaannya harga paling paling murah RM150. Aku sebenarnya boleh je nak redeem enrich atau big point aku untuk beli tiket tapi sebab saja nak try trick baru, it totally worth it.

Trick tersebut adalah..jeng..jeng..jeng..gunalah website traveloka https://www.traveloka.com/en-my/ ..haha. Aku rasa dah ramai tahu kewujudan traveloka ini. Ia dianggap pilihan selain laman sesawang lain yang terkenal seperti skyscanner. Aku akui skyscanner memang beri harga semasa yang mana orang boleh trace better in terms untuk beli harga yang murah. Tetapi aku personally suka traveloka lagi sebab-sebab berikut:

1. Traveloka ada app dia wei. Aku yang pakai phone murah pun boleh download app dia, hangpa phone lagi mahal dari aku tok sah lah malu-malu nak download..

2. Traveloka selalu buat promotion. Kalau korang download app dia, promotion tu selalu akan keluar notification. Jadi korang tak perlu nak beli tiket dekat website 3-4 pagi. Just on the internet data and wallahhhhhh. Lagi best, promotion ini include hotel juga. Jadi you guys would save time and money kalau korang dapat grab the promotion seawal mungkin. Promotion ini akan ada period dia but it would replace with a new one kalau period promotion dah lapse. Promotion ini juga kadang-kadang buat untuk sepesifik thing macam untuk flight Malaysia Airlines je, Malindo Airline je, pemegang kad kredit cimb je dan banyak lagi. So, for those yang jenis assabiyah tinggi, sesuai sangat guna traveloka ini.

3. Traveloka juga ada buat refund item bagi sesiapa yang macam nak batalkan pembelian dia. Cumanya part refund ini depends on certain things je macam kalau beli tiket AirAsia, tok sah lah berharap dapat refund. Kome semua kena baca conditions ini semasa beli through traveloka tu.

Aku rasa itu je kot untuk episod 1 ini. Apa-apa hal kome klik je link-link yang ada untuk cerita Misi Kundasang ini ye. Oleh itu, afif signing off dulu. Till we meet again untuk 2nd episod..haha

Entah apa-apa travel tip takde gambo.. #balingkadbanksebabduittakde

Lupa pula, untuk sesiapa yang betul betul keen nak cari flight ticket, boleh follow abang power ini http://www.rambleandwander.com/ . Abang RAW ada juga twitter dia tapi aku tak ingat nama twitter abang RAW apa..haha..kindly pm dia for any ticket inquiry. Dia punya share harga tiket ini memang power. Okay, bye

Wednesday, October 5, 2016

Maut Itu Bila-Bila Masa Sahaja

Salam 2.39 p.m.

Isnin, 3 Oktober 2016, aku dan 30th legacy dikejutkan dengan pemergian dua rakan kami angkara lemas di Lebuk Jepun, Batu 16. Chom (Azrul Hisham) dan Wan Slenge (Muhd Sazwan Rahim), bersama seorang lagi mangsa lemas kat sana lebih kurang jam 10 pagi..

Allahu, 2 hari ini, bertalu-talu info, message, timeline di social network bercerita mengenai insiden ini. Lebih-lebih lagi ia melibatkan orang yang aku rapat. Sham tukang gunting rambut aku sepanjang Asasi Uia Nilai dan Uia Gombak. Ejek mengejek antara aku dengan dia biasa. hahaha. Samalah dengan wan, dia perli aku, aku perli dia balik. Wan ni cukup selenge, dan memang tangkas tidur. Dia letak kepala je, dah berdengkur. Ilmu makrifat apa yang dia guna pun aku tak tahu.

Tapi, itu semua jadi kenangan. Maut memang kita tak tahu masanya. Samalah bila seseorang itu akan lahir. Qada' dan qadar ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu dan malaikat-malaikatnya selepas mendapat arahan dari Si Dia.

Baru-baru ini, ada batch awal 1 semester uia juga baru sahaja meninggal dunia, rebah dalam bilik air. Yang menyedihkan, arwah tengah mengandungkan anak sulungnya yang mana turut diisytiharkan mati ketika itu. Yang lagi sedih, arwah baru sahaja celebrate birthday sehari sebelum kejadian. Hangpa semua tengok, bila Allah nak kita mati, kita pasti mati. Even it was exactly a day after your new age.

Masa aku second year di uiam, ada seorang lagi kawan aku maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk mengajar mengaji Al Quran. Allahu, sebak sangat saat itu. Aku masih ingat wajah beliau ketika dikafankan, bersih dan tenang je.

Kisah-kisah ini menunjukkan once Allah wants us back, He will take us anytime and anywhere He wants. Cumanya kita yang masih hidup, teruskanlah perjalanan ini dengan baik. Belajar apa yang perlu untuk dibawa ke akhirat. Keep chilling with other human being, be kind to them selagi kita boleh. Husnul khatimah itu yang kita mahukan. Hidup tanpa tujuan akhirat tiada gunanya. Begitu juga hidup tanpa tujuan di dunia ini juga tiada gunanya.

Gunakanlah masa dan peluang sesaat kita bernafas for something good, happy, fun and sinonim dengannya. Ingat, hidup hanya sekali . Hidup harus bermakna. Kerana maut itu bila-bila masa sahaja.

Nukilan petang, 3.26 p.m

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

رَبِّ لاَتَذَرْنِىْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُالْوَارِثِيْنَ  

Tuesday, September 6, 2016

Viral and Judgmental Are Too Scary

Salam sejahtera ke atas kamu.

Tajuk acah-acah deep tapi sebenarnya biasa-biasa aja. Terfikir perkara ini bila berita Safiey Ilias kembali memondan. Aku jujur cakap walaupun umur baru 27 (coming soon), aku dah malas nak ambil peduli haru biru kehidupan.

Kalau hangpa semua perasan, Malaysian ni ada satu attitude; suka viralkan what it is not necessary. Safiey memondan semula. Uqasha buka tudung. Fara Fauzana tak jadi nikah pun depa habis cepat viralkan.

Bagi yang mengenali aku, aku ini seorang yang jumud, keras dan hardcore. Sebab itu suara kasor memanjag, buat submission kat court pun macam nak bergaduh. Cumanya since diri ini sedor diri getting older, aku lebih memikirkan asbab dan ketentuan disebalik cerita. Yes, literally for whatever Safie, Uqasha atau Fara did are actually wrong. Salahnya adalah depa cuba lawan ketetapan Tuhan; jangan nak jadi gender lain, jangan tunjuk aurat dan jangan hebahkan sesuatu gahnya sehingga berlebihan. But, could all of us think just for one second; did they want this happen?

Aku selalu berdoa untuk tidak menjadi seorang yang judgmental. Scary nokharom wei. Tambah-tambah judgmental rakyat Malaysia ni lagi power. Boleh ketemu ajal kalau kena bash, viral dan judge by Malaysian.

Wahai manusia Malaysia,
 If you can't say a good and soothing words, the best thing you could do is to remain silent. Above all, some people were not being raised in the same environment as we are. Some people may not have the same basic knowledge of understanding religion as we are.

If your mouth could only say harsh words, please remain silent, and pray for those human beings. That's the best thing we could do.

Dia bertukar menjadi pondan, Kau bertukar menjadi Tuhan

Coretan Petang, 6 September 2016

Friday, September 2, 2016

I am back




Assalamualaikum.

Sumpah dah bersarang teruk blog ini. Entry terakhir januari 2015, tapi dengan sibuk kerja bagai, trip bagai dan paling best tahun lepas jatuh cinta wei (hahaha), blog ini terbengkalai. 

Sebenarnya 2016 ini nak mula menulis blog balik tapi travel ke Krabi Mac hari itu dan Mei, 28 aku kahwin dengan suri hati, this keep me delays the intention to write something in this blog.

Kehidupan aku sekarang jujur lain. Banyak fokus bila jadi ketua keluarga ini. Regardless either zahir atau batin, aku sekarang lebih fikir ke hadapan berbanding lembap berfikir semasa jadi bujang. Banyak ups and downs for the first 3 months of this marriage tapi seriously, aku bertuah dapat isteri yang memahami, pandai masak dan yang penting pendek dari aku untuk go through those ups and downs. 

Right now, the focus becomes too wide selepas ‘Abiyd kemalangan pada 12 Ogos 2016. Kecederaan? Seperti yang aku meraung di Facebook dan Instagram. Sesuatu yang Abdullah’s clan never thought this would happen. Duit, fokus, tenaga dan semuanya kini fokus pada recovery ‘Abiyd. Aku cukup sedih bagi dia. Dia semangat nak PT3, nak pergi kem peringkat negeri, siap beli beg baru. At last, this is happened to him. Well, Allah knows the best. Aku juga cukup sedih dengan Ummi. Ummi dah semangat untuk majlis sambut menantu 10.9.2016 ini, tapi dengan situasi ini kami sekeluarga bersetuju tangguh kepada 29.10.2016. Cumanya, it looks like ummi akan beraya di hospital dengan abiyd for this year. No more masak-masak, tempah makanan, pergi solat hari raya sama-sama. Allahu. Remuk hati kau tau tidak. Tapi aku belajar qada dan qadar. And as His servant, aku kena guna ilmu ketentuan Ilahi ini. Insyaallah there will be a bright light for all of us.

2nd September would be landmark of this blog to make a comeback. Perlahan-lahan aku akan update perjalanan La Storia. The story would not be more on travelling but it becomes wider than usual. This blog would be a life to all readers, family and myself.

Sekian, satu coretan. 
(Jumaat, 2 September 2016)